Powered By Blogger

Monday, July 09, 2007

Toleransi dan Jabatan yang tak bermisi





But only a brief moment
is granted to the brave
one breath or two, whose wage is
The long nights of the grave.

IQBAL
Secara kebetulan aku melayari web Malaysiakini dua hari lalu dan terkejut dengan dua kenyataan kurang sopan oleh Lim Kit Siang. Kenyataan tersebut, walaubagaimanapun telah diturunkan dari lamanweb berkenaan, berkait dengan kes penyanyi yang ditangkap di Ipoh kerana pakaian yang mendedahkan aurat, dan kes Ravathi yang dilahirkan sebagai Siti Mariam akan tetapi dibesarkan secara Hindu.

Islam is an intolerant religion,” katanya tentang kes penyanyi dan “Ravathi must make public as to what she went through whilst under detention,” tentang kes kedua. Kedua-duanya berhaba dan berbahang.

Kes Ravathi; usahlah diambil pusing. Dia dibesarkan oleh neneknya seorang penganut Hindu sebagai orang Hindu. Tak ada kes. Nokhtah. Faqad.

Tapi kes pertama? Wajarkah komen sebegitu dibuat? Atau wajarkah Jabatan Islam menyerbu segala pub dan disco yang ada di Ipoh dan menangkap kesemua penghibur Melayu yang mendedahkan aurat? Apa bezanya mendedahkan aurat yang sedikit dan yang terlampau? Mungkin beliau bekerja di situ untuk mengumpul duit supaya dapat menghantar ibu atau neneknya ke Mekah untuk menunaikan haji atau umrah!

Kebetulan Sheikh M. Yassin kawanku dari Somalia berada di KL dan kami membincangkan hal ini. Katanya, ”Mengikut teladan Rasulullahi solallahu ’alaihi wassalam, ada tiga perkara yang mesti kita lakukan:

1. Berdakwah kepada keluarga,
2. Berdakwah kepada masyarkat yang sudah Islam, dan
3. Berdakwah kepada masyarakat yang bukan Islam.

Baginda tak pernah mengeluarkan arahan supaya Abdullah bin Ubay, bapak segala munafik ditangkap atau dibunuh, meskipun hal keadaan Abdullah diketahui umum di Madinah.

Jadi, katanya apa yang wajar kita buat tentang penyanyi tadi?”

Aku berdiam diri dan menyahut, ”Maaf akhi, aku nak pulang berdakwah kepada keluarga.”

Sebut mengenai toleransi, terlintas padaku dua peristiwa yang lampau.

Pertama tentang buku Rangila Rasul, karangan Rai Phal, seorang ekstremist Hindu dari kumpulan Arya Samajists, di India pada tahun 1927 (kandungannya sama seperti Satanic Verse). Buku ini telah menimbulkan kemarahan kaum Muslimin di India (sebelum wujudnya Pakistan) dan telah meletuskan demonstrasi yang berlarutan, untuk beberapa bulan.

Rai Phal telah disaman oleh masyarakat Islam, akan tetapi tidak didapati bersalah oleh mahkamah Lahore yang dihakimi oleh Kanwar Dallep Singh. Ini telah memberikan semangat yang lebih meninggi kepadanya dan seterusnya pelbagai lagi buku-buku yang mencaci Rasululullahi sollahu ’alaihi wassalam telah diterbitakan oleh kumpulan Arya Samajists.

Dengan tidak disangka, seorang anak kampung yang buta huruf, Ilm-ud-Din namanya, telah bertindak membunuh Rai Phal, pada suatu siang hari di satu tempat terbuka. Ilm-ud-Din tak menganggotai mana-mana parti atau persatuan, tapi kerana telah rasa terluka yang amat apabila diberitahu yang buku Rangila Rasul dan penerbitan-penerbitan yang lain menceritakan keburukan tentang Baginda dan menganggap Baginda sebagai seorang yang gila, beliau telah bertindak sedemikian. (Gila ada perkataan asal dari bahasa Hindi). Dan cekalnya pemuda ini, apabila ditawarkan khidmat guaman untuk membelanya, beliau bertanya, ”untuk apa? Memang aku yang membunuhnya dan wajarlah aku mati. Dan aku rela mati kerana aku akan syahid!”

Begitu juga dengan Pak Muchlis anak Bugis dari Surabaya, yang rasa tersinggung apabila Ibu Tien dalam tahun 70-han dulu, yang khabarnya, sebagai patron kepada Gereja Sedunia di Indonesia, telah menyetujui untuk mengadakan persidangan antarabangsa badan tersebut di Indonesia. Akibah dari cadangan ini telah berlaku demonstrasi dan rusuhan hampir setiap hari di seluruh pelusuk pulau Jawa. Tapi Presiden sewaktu itu masih terus mau mengizinkan persidangan dilangsungkan. ”Toleransi,” katanya.

Setelah mendapat fatwa dari beberapa ulamak bahawa wajib bagi umat Muslim menghalangi Persidangan tersebut, Muchlis membuat perancanaan persendirian. Beliau telah melengkapkan dirinya dengan 7 bilah belati tajam. Tiga bilah belati yang pertama telah ditusukkan keperut anjing yang mengawal kawasan rumah ketua persidangan, seorang paderi ’bulek’ dari luar Indonesia. Belati ke-empat ditusukkan kedada sang paderi yang ketika itu sedang di bilik bacaan untuk menyiapkan kerja-kerja bersabit dengan persidangan. Dan bakinya habuan tiga lagi tentera yang datang untuk membantu mangsa setelah mendengar jeritan paderi. Apabila ternyata beliau telah dikepung, Muchlis cuba melarikan diri dengan melompat dari loteng bangunan, setinggi lebih 15 kaki. Lompatan ini ternyata terlalu tinggi baginya, dan akibahnya kaki kanannya patah.

Sewaktu dalam tahanan, apabila disyorkan tentang khidmat peguambela, Muchlis juga berpendirian seperti Ilm-ud-Din, walhal beliau tak pernah pun tahu tentangnya. Walaubagaimanapun pembicaraan tak dilaksanakan kerana campur tangan Almarhum al Malik Faisal. Muchlis dibawa ke Makkah dan telah diberi igamah untuk menetap di sana sehingga beberapa tahun yang lalu.

Begitulah keadaannya dengan toleransi.

Yang salahnya bukan Islam tetapi jabatan yang kononnya menjalankan tugas untuk Islam. Merekalah yang perlu diperbetulkan dulu, dirikan prioritis yang tertentu untuk menghindar dan membendung keadaan yang terkeluar dari landasan syari'ah.

Kita? Berdakwahlah kepada keluarga dan kepada non-Muslim tentang Islam. Supaya mereka fahami apa yang dibenarkan dan tidak dibenarkan oleh hukum Islam.



12 comments:

Anonymous said...

ada dua kes:

1. encik osman mahu menghapuskan sejenis pokok kecil di depan rumah beliau. dia lalu memotong pucuk2 yg ada pada pokok tersebut. maka timbullah pucuk2 baru. pokok yg diharap akan mati itu tiba2 menumbuh dgn rendang, segar dan cantik.

2. encik karim mahu menghapuskan sejenis pokok kecil di depan rumah beliau. dia lalu menyembur racun dia umbi pokok tersebut. tidak lama pokok itu layu, kering, lalu mati.

utk mematikan sebatang pokok kecil:
1. perlu ada ilmu tentang pertanian.
2. perlu tahu apakah sumber yg memberi kehidupan kepada pokok tersebut.
3. perlu tahu apakah benda yg kelihatan spt membunuh tp sbnrnya memberi manfaat kepada pokok tersebut.
4. perlu ada niat ikhlas & kesungguhan utk membunuh pokok.
5. hendaklah dilakukan dgn betul2 & tidak sambil lewa sahaja.
6. keberhasilan kerja perlu diperinci & diperhati agar pokok itu benar2 mati.
7. perlu memilih medium yg betul utk membunuh pokok.

apa pendapat saudara?

Anonymous said...

Tuan dan rakan-rakan,

Saya dah jelaskan kepada umum:

(Kyodo): Malaysian Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi said Monday that Islamic authorities should be more understanding in handling conversion issues following numerous high-profile cases that threw Malaysia's image as a progressive and moderate Muslim country into question.
"I have always told the religious departments to listen to their grouses why they want to leave the religion. We have to be ready to listen and to resolve the problem," he told reporters on the sidelines of an international Islamic seminar.

"This is not something that cannot be done (leaving Islam). It has happened before. For those who don't want to be Muslim anymore, what can you do?" Abdullah added
.


Jadi jangan bimbang noo! Sebenaqnya masa depa tanya saya dok tidoq, jadi saya tak ingat apa-apa pun.

Mak Su said...

kadang2 kita perlu berlembut dan bertoleransi, kadang2 kita perlu menegakkan yang benar, dan jangan pula jadi bodoh.

Butaseni@Wan Raja said...

kepada p lah........
had hari,yang takde had dan takde hari.bro keng,rasa2 terkejut tak kalu 1 hari si enJoy tu pulak kena sembelih?hehe

Pa'chik said...

keng.. saya pun pikir begitu juga.

Kalau selagi pejabat ugama dok macam tu, asik dok serbu kelab malam, dan tangkap orang berceramah... memang tak ke mana la.. bukan kelab malam saja orang buat maksiat... nuh.. yang bapak segala maksiat tu yang kena tangkap dulu...

dan lagi.. cecuba la amek tindakan kat pendakwah hendu.. bukannya tangkap pendakwah Islam yang bercerita yang benar, tapi pasal takde permit.. takleh ceramah, kuliah, khutbah...

KakNi said...

Matlamat tidak menghalalkan cara - both to the religious department and to the woman singer

Ordinary Superhero said...

Ayohai Ayoh Keng, sangat lah saya setuju dengan saranan tuan.

Bunga Rampai said...

Salam Bro Keng,

Untuk para terakhir - Walau secebis nasihat pun, itu adalah dakwah. Tugas kita menyampaikan - sentuh hati mereka dengan cahaya Islam, selebihnya DIA uruskan untuk membuka hati-hati itu menerima cahayaNYA.

Terima kasih entri ini.

Pegawai Khalwat said...

Tuan Keng, semuanya atas kepala yang mengepalai.

Yang bawah ni selalu jadi pak turut saja. Tak reti atau tak berani nak bagi pandangan.

Anonymous said...

Daripada Petani,

Assalamualaikum Pok keng...

Bagi saya toleransi ada had dan batasnya.Tindakan mereka itu wajarlah dipuji,dlam keadaan kakitangan awam yang sentiasa dihimpit parti pemerintah,mereka masih mampu menegakkan amar makruf nahi mungkar dan wajar dicontoh oleh jabatan agama di negeri negeri yang lain.

Sekurang kurangnya mereka gunakan kuasa yang diamanahkan agama dan kerajaan yang ada untuk membasmi mungkar.Mungkin mufti perak tahu akan hal ini dan jabatan agama mestila rujuk dia untuk buat sebarang tindakan.Betul tak?

Nampak macam pok keng setuju jer dengan pandangan Dr Mashitah ibrahim tentang keharusan wanita melacur untuk sara keluarga.

memanglah dakwah perlu ada prioritas.Akan tetapi prioritas yang dibawah tidak boleh ditinggal terus.Rasulullah SAW berdakwah untuk keluarga dan ummat Baginda.

Baginda tidak menunggu kesemua kaum keluarga baginda termasuk Abu jahal untuk masuk islam,kemudian barulah baginda bardakwah untuk ummat.

Rasulullah SAW adalah contoh suri tauladan yang baik.Tetapi dalam mengambil kisah dan iktibar dari sirah Rasul perlu kepada huraian dari Ulama-ulama Muktabar,bukan mengikut akal fikiran ahli ilmu dunia macam kita ni.Takut takut nanti,tersalah tafsir dan membawak kepada tersalah implement.

P/s: kalau tuan tak mau view comment saya ni pun takper,tapi ini email saya: mighty_contract@yahoo.com

Unknown said...

Salam Tuan Keng...

Teramatlah setujunya saya dengan saranan tuan keng tu. Selalunya orang bawah ikut cakap orang atasan..iaitu majikan tapi kekadang orang bawah tu "lebih kuah dari sudu". Eh...betul ke saya punya perumpamaan ni tuan? Hehehehehehehehe....

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Maaf kerana lambat balas e-mail tuan keng itu hari..
Saya hormati pendapat tuan,tetapi saya tetap dengan pendapat saya..
Sama2lah kita berlapang dada..