Powered By Blogger

Thursday, July 12, 2007

Roadrunners




Entah kenapa, pemandu di Timur Tengah tertarik dengan bunyi hon. Baik kereta atau pun lori. Kaherah seolah-olah ‘betelanjang’ sekiranya tak kedengaran bunyi hon. Semakin terik matahari, semakin riuhlah bunyinya. Suatu awal pagi sewaktu bas yang membawa kami ke lapangan terbang membunyi-bunyikan honnya dengan riuh apabila melalui lorong-lorong Heliopolis yang sunyi, aku bertanya, “Kenapa anta gemar sangat berhon?”

Jawabnya, “Ini Mesir. Membunyikan hon itu sesuatu yang wajib dan disamping itu menggembirakan ketika memandu, dan penduduk tak akan berasa resah dan bosan dengan bunyi yang riuh ini”.

Begitulah Kaherah. Sekiranya anda menunggu di Medan Tahrir atau di lorong-lorong sekitar Al Azhar, bunyinya yang pelbagai, menjadi musik latar yang menarik kepada suasana. Kenanganku kepada Kaherah adalah pada bunyi keriuhan hon dan juga pada roti ‘isy biladi, yang kepahit-pahitan.

Teman-temanku yang pernah tinggal di Saudi pula ada cerita yang lebih menarik. Sekiranya terdengar bunyi hon dari bilik pameran kereta, janganlah terkejut. Orang Saudi tidak memilih kereta, tetapi memilih hon. Jadi yang pertama-pertama diuji mereka adalah hon. Terakhirnya baru uji-pandu. Tak kiralah apa jenama kereta sekali pun. Justeru VW tak mendapat pasaran di sana kerana bunyi honnya seolah-olah bunyi anak kambing.

Nik, yang baru pulang dari Teheran menyuruh kami meneka keadaan di sana.

”Lagi riuh,” aku menjawab.

”Tak mungkin berbeza dari Saudi,” sahut Syed yang lama di sana.

”Salah,” Nik menyapa, ” sunyi sepi. Kereta-kereta yang banyak seolah-olah ikan yang sedang berenang. Tidak berlanggar antara mereka meskipun sesak keadaannya. Orang Teheran, amat bersabar. Tak ada yang membunyikan hon meskipun untuk meminta laluan.”

”Tapi di India yang tak jauh dari Iran berbeza,” sahutku. ”Riuh, seolah-olah Kaherah”.

Aku menceritakan pengalamanku menaikki taksi dari New Delhi ke Agra. Amat mengerikan. Jalannya sempit dan senantiasa sibuk. Tapi adab berkereta disana adalah, yang kecil mesti memberi jalan kepada yang besar, meskipun di lorong yang salah. Setelah tiga jam aku menahan keresahan kerana amat bimbang akan keselamatan kami, aku bertanya kepada pemandu.

”Pernah ke ditimpa kemalangan?”

”No Sir,” jawabnya.

”How come,” aku hairan.

”In India, you must have four good things, to be safe.” Jawabnya.

“Apa?”

“Good car, good driver, good horn and good luck.” Jawabnya dengan penuh keyakinan.

Dan sambungnya lagi, “I am a good driver.”

Apa bezanya pula dengan keadaan dari Jakarta ke Cirebon?

Kecuali pemandu dan temanku Affan (almarhum), kesemua yang didalam Kijang cemas di sepanjang perjalanan. Maklum saja, perjalanan pada waktu malam. Adab di jalanraya di sana juga persis di India. Sesampainya di Cirebon keadaan kami terlalu penat kerana tekanan (stress) yang timbul dari keresahan.

”Affan,” kataku, ”pulang nanti ana ngak mau lagi bermobil. Berkereta-api aje deh!”

Dan begitulah, dari Cirebon ke Jakarta, kami bekereta api. Sangka kami itulah terselamat.

Sebulan selepasnya kereta-api yang sama tergelincir dari landasan dan lebih 200 penumpang maut.

Mungkin kerana kereta-api tak mengamalkan tabiat membunyi-bunyikan hon sewaktu dalam perjalanan.



Nota:
Roadrunner: karekter dari kartun Looney Tunes, yang selalu mengeluarkan bunyi 'beep-beep' (seperti hon kereta), sambil berlari-lari. Dan ini amat menyakitkan hati si coyote, yang berhasrat untuk memerangkapnya.


21 comments:

Mak Su said...

kat sini main hon nanti keluar jari

Anonymous said...

Gitu ke..kongsi sikit gi Manila baru ni...jalang semua jeng..nok gi 3km ambik mase 1/2 jang..tanye drebor taxi...kat Manila kalau nak bawe kerete kene ade due bende ...GOOD HONK and Good BRAKE...expats dok berani nak bawe kete sini ujar beliau..

Syazwina Saw said...

When I was in the passenger's seat of my father's car, he gave a quiet honk when he turned a corner --- in our housing area, no less. When I half-jokingly told him off about it, he said,

"In Makkah, honking another car is like saying, 'Assalamu'alaykum'. The bus driver told us," he explained with a wicked grin.

Haih. Mentang-mentang baru balik hajj.

Pa'chik said...

lama dulu terpaksa balik raya dari perlis ikut hadyai skali neh..

punya la laju tak hingat geng deme tu bawak.. potong celah-celah antara lori ngan bas dua tiga kali...

9 pelajar malaysia mati kemalangan...
dok terbayang tajuk utama mingguan melaya esoknya...

Anonymous said...

gitu rupanya ye..

Ku Keng said...

Mak Su:

Mereka dari Italy ke?

Tengku Dye:

Tapi semenjak ada Metro, keadaan lebih baik. Sebelumnya, lebih teruk. Agaknya kultur berhon ni menandakan tahap kemiskinan!

Syzwina:

Ramai yang faham isyarat salam tu. Kalu kena pada rempit, nahas jadinya.

Pa'chik:

Begitulah kekadang apabila melihat bas ekspres melintas, naik gerun dan serun.

Inna lillahi wa inna ilai raaji'un.

NBB:

Ya berbeza dengan Ipoh. Sekiranya mereka tau kultur memandu di Ipoh pasti mereka akan berhon dan juga bermain lampu.

Pegawai Khalwat said...

Itulah Tuan Keng. Mungkin di sana tidak ada road bully yang bawak batang paip dalam kereta.

Kalau di sini. Harus bersepai cermin, paling kurang kemek dinding dan calar.

Anonymous said...

beep biip

Bunga Rampai said...

Salam Bro Keng,

Jauh berjalan
maka luas pandangan
dan bertambahlah pengalaman
lalu dikisah jadikan teladan.

Beep beep ...

Anonymous said...

Ayah Keng,

Haih, lame bebenor Yeop dok buat komen kat blog Ayah Keng. Tapi kali ni kerana ada kene mengene dengan Yeop sikit, maka Yeop nok ceghito ler.

Dalam kampung Tok Batim jangan pepandai main hon. Banyak pantang larang. Nanti pokok dok bebuah, perempuan tekejut, jadi gugur, ayam dok betelor. Macam macam. Tapi kalu hon VW tu OK. Kerane bunyinye pun macam kambing panggil mok die nak menyusu.

Ggitu ler Ayah Keng.

Tiit tiit.

Butaseni@Wan Raja said...

salam bro keng,
hehehe 4 good things to patut dicontohi hehehe

MYA MARJA said...

Seronok baca cerita pengalaman benar di negara orang.

Yang selalu jumpa di Malaysia dua keadaan; pertama, apabila dihon, menjeling-jeling (ada yang angkat jari); kedua, buat-buat tak dengar sahaja.

dith said...

Nice try Keng. Writing something that makes more sense eh? :))

Roadrunner was my fave cartoon . I love its brazen attitude and the poor exasperated coyote!

Dalam hidup ini, banyak character2 seperti roadrunner yang selamba habis mara ke depan tanpa peduli masyarakat sekeliling. Dan banyak jugak bersifat seperti si coyote yang selalu mencari pasal untuk menjatuhkan orang kerana iri.

Pasal drivers dan hon kereta. AGaknya Malaysia antara yang paling kurang guna hon??

Anonymous said...

hon di Malaysia dimainkan oleh iklan radio. sungguh mengganggu iklan2 sebegini!

Unknown said...

Salam Tuan Keng

Lama gak tuan dok menulih blog ni, puas ambo menunggu2. Sekali menulih tu ado duo. Baguih le tu. Terubat rindo ambo kat tuen.

Pasal hon ni ambo jare guno sampai hon ambo pun payoh doh nok berbunyi. Sekali2 ambo guno sebab orghe tok reti baso, jale buat supo hok demo. Ambo gere jugak lagu tuh. Pah tu demo angkat jari, tunjuk kat ambo kato ambo dok ado otok.

Kerajaan buat masa nak belajar kereto..kena gi kursus pemandu berhemat/berhemah tapi bilo doh dapat lesen...apo tok jadi gan orang2 baru dapat lesen ni...buat prebaih pitih jah.

Anonymous said...

Orang mundur akan berperangai begitu.

Orang maju mengatakan itu adalah satu pencemaran, pencemaran bunyi. Ikutkan hati, mahu ku sepak terajang mat-mat keta/motor yang bunyikan hon, ubah paip eksos, buat bising, pekak kah mereka?

KakNi said...

Kira ok lah kat sini, bising sangat pun tidak, sunyi sangat pun tidak. Kat shah alam lagi OK, tak dak jam pun....

artisticklytouch said...

Aku bersyukur aku berada di Redang..motokar ada 5 biji saje, motosikal banyak tapi yang rempit satu je, RXZ warna kuning tu, hon...??? apa tuh? dah lama tak dengar. Oh tapi tetap bahaya kerana pabila malam, kami memandu tanpa lampu.

Di usia remaja, kau tidak hebat jika kau punyai lesen memandu kenderaan motor tetapi kalau kau punyai lesen memandu bot...kaulah Redang Idol!!!

Anonymous said...

salam,
it has been a while. an amazing first 6 months being called a muslem. the honkings is like hiccups. 'honks' 'honks' that brings me to a great realization and a great decision. thank you.

Deb aka Aisyah

blackpurple @ jowopinter said...

Di kota KL kalau 'bermain' hon silap-silap dikata kurang ajar. Silap-silap dikata pembuli jalanraya.

Kalau di kampung saya membunyikan di jalan kampung itu tanda 'menyapa'... :)

Macam-macam!

sinaganaga said...

Beep beep!