I.
Selepas Peperangan Dunia ke-2, terbentuklah negara-negara ‘baru’ di Nusantara apabila sempadan kawasan negara antara Malaya, Singapura, Indonesia, Borneo Utara, Brunei, Philippines dan Thailand digariskan semula penjajah. Garisan baru ini bukan setakat memisahkan beberapa wilayah tertentu dari kawasan asalnya, ianya juga telah menghilangkan bersamanya sebahagian dari sejarah bangsa.
Riau yang dulunya sebuah daulah yang dikenali sebagai Johor-Riau dan mempunyai perkaitan yang rapat dengan Tanah Melayu dan Singapura, menjadi terpinggir daripada sejarah Tanah Melayu setelah ianya diserapkan kedalam Indonesia. Dan dengan secara otomatis sejarah Riau menjadi sejarah Indonesia. Meminggirkan sejarah adalah sikap kita sendiri disebabkan tidak mau meletakkan keutamaan kepada apa-apa yang telah menjadi milik sejarah negara-negara lain. Walhal sejarah Riau adalah juga sejarah kita. Pahlawan-pahlawan Riau adalah juga pahlawan kita.
Setelah kejatuhan Melaka, dan seterusnya kerajaan Johor-Melaka, kesultanan Melayu bangun kembali dengan didaulatkan oleh king makers lima bersaudara berketurunan Bugis, daripada keluarga Daing Rilaka yang berasal dari keturunan raja Luwok dari tanah Bugis, yang menetap di Kelang. Mereka adalah terdiri dari Daing Perani, Daing Menambun, Daing Merewah, Daing Chelak dan Daing Kemasi. Mereka bersaudara inilah pendiri dan pembekal modal insan untuk institusi raja-raja terutamanya di Johor-Riau, Pahang, Terengganu, Selangor, dan Perak.
Kesultanan Johor-Riau yang terbentuk pada 1722 dilantik oleh mereka, dan begitu juga kesultanan Terengganu melalui perlantikkan Sultan Zainal Abidin I, pemula silsilah Yang di-Pertuan Agung pada hari ini, pada 1725. Kesultanan Selangor yang bergalurkan dari Raja Lumu (1742 - 1778) adalah juga dari istana Bugis.
Ada yang berpendapat bahawa keluarga Daing Rilaka atau dikenali sebagai Opu Tenriburong, adalah lanun laut (pirates) dari Bugis. Ini adalah sebagai satu helah untuk memperlekehkan institusi raja-raja Tanah Melayu. Sekiranya ini benar, maka di manakah sejarah yang menceritakan tentang keganasan dan kezaliman yang mereka lakukan di Selangor atau di tempat-tempat lain?
Memang banyak sekali peperangan yang dipelopori mereka, tetapi itu adalah untuk menentang penjajahan Portugis dan Belanda di tanah Melayu pada waktu itu. Pengelibatan mereka semata-mata kerana ingin membebaskan negeri-negeri Islam dari penjajahan, dan secara kebetulannya pula raja-raja yang dalam negeri yang berkait adalah dari kaum kerabat mereka. Peperangan-peperangan itulah sebenarnya permulaan perjuangan untuk kemerdekaan tanah air.
Sekiranya umum mengatakan bahawa kemerdekaan Malaya adalah tanpa tumpah darah, maka pendapat ini tak tepat sama sekali. Ukuran garisan-masa perjuangan untuk menuntut kemerdekaan bukanlah semenjak 1956 akan tetapi 200 tahun lebih awal dari itu. Apa yang kita saksikan pada hari ini, terutamanya melalui akhbar The Star bahwa tokoh-tokoh kemerdekaan tanah air terdiri dari anggota parti-parti MCA, MIC dan UMNO, dan hanya UMNOlah yang mengambil berat tentang pembebasan tanah air dari belenggu penjajah, adalah pembohongan. Apa yang sedang berlaku pada hari ini adalah taktik halus untuk menukar sejarah bahwa Malaya adalah milik sama kesemua kaum dan perjuangan kemerdekaan hanyalah milik mereka. Pengelibatan MCA dan MIC adalah kerana British memprasyaratkan bahwa Tanah Melayu akan diberi kemerdekaan sekiranya mereka diberi tempat di tanah ini.
Mengikut T H Tan, yang mewakili rombongan Tunku Abdul Rahman ke London untuk menuntut kemerdekaan dari kerajaan British, bukan setakat MIC dan MCA diruangkan peranan dalam negosiasi kemerdekaan, malahan ruang-ruang kekuasaan dan kepimpinan yang bertambah juga diehsankan oleh UMNO kepada mereka. Katanya,
”They (UMNO) stood willingly in favour of the Chinese and Indian Alliance candidates. Not only they forego seats which would without question would have been theirs, but they worked tirelessly, unselfishly for the Chinese and Indian candidates. And it was notable that not a single Chinese or Indian, 17 of them in all, lost their seat. I salute those UMNO leaders who made the sacrifice and contribution of incalculable value to the cause of Malayan independence.” (Looking Back, the Historic Years of Malaya and Malaysia by Tunku Abdul Rahman Putra, m.s. 50 dan 51)
Bravo!!
Kenapa pengiktirafan untuk pelopor-pelopor kemerdekaan tidak diberi kepada kesemua yang terlibat dalam perjuangan berdarah semenjak dua ratus tahun sebelumnya? Bukankah mereka sebenarnya bapa-bapa kemerdekaan Tanah Melayu yang sohih?
II.
Tidak mencukupi dengan penguasaan Melaka, penjajah Belanda turun pula ke Selatan, ke Riau, untuk menghancurkan kerajaan Riau yang ketika itu menjadi pusat dagangan baru di rantau Tanah Melayu. Akhirnya Riau bertindak balas dan bermulalah peperangan antara Riau dan Belanda. Selepas menenggelamkan kapal perang Belanda, Welvaren, Raja Haji sebagai Yamtuan Muda ke-IV Riau, telah mengusir Belanda dari pelabuhan Riau dan mengejar mereka hingga ke Melaka.
Entah apalah tebiat Sultan Mansur* (Tun Dalam), Sultan yang memerintah Terengganu pada tahun 1733 – 1793, sewaktu Raja Haji menyerang Belanda di Melaka pada tahun 1784, baginda Sultan telah bersubahat dengan Raja Muhammad Ali putera Raja Alam di Siak, untuk membantu Belanda dalam peperangannya dengan pihak Raja Haji.
Setelah selama 6 bulan Melaka dikepung oleh tentera-tentera Islam, ternyata pertahanan Belanda lebih kuat dan akhirnya tentera Islam tewas dengan terkorbannya Raja Haji di Teluk Ketapang.
Diceritakan pada saat beliau mangkat, pada tangan kanannya memegang pedang perangnya dan pada tangan kirinya memegang kejap kitab Dalaail Khairat, himpunan solawat karangan Sheikh Al Jazuli yang mashyur.
Wafatnya adalah pada hari Rabu di Teluk Ketapang, Melaka, pada 19 Rejab 1198 H/8 Jun 1784 M. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un. Raja Haji bin Upu Daeng Celak adalah adik kepada Raja Lumu, Raja Selangor yang merupakan nenek moyang kepada kesultanan Selangor pada ketika ini.
Mengikut kajian Almarhum Wan Mohd Saghir, dalam Tuhfat an-Nafis meriwayatkan kejadian aneh terhadap jenazah Raja Haji setelah mangkat dalam keadaan syahid fisabilillah seperti berikut:
“Syahdan adalah aku dapat khabar daripada itu daripada orang tua-tua yang mutawatir, adalah sebelum lagi ditanamnya mayat Yang Dipertuan Muda Raja Haji, al-Marhum itu, maka ditaruhnya di dalam peti hendak dibawanya ke Betawi, sudah sedia kapal akan membawa jenazah al-Marhum itu. Maka menantikan keesokan harinya sahaja, maka pada malam itu keluar memancar ke atas seperti api daripada peti jenazah al-Marhum Raja Haji itu. Maka gaduhlah orang Melaka itu melihatkan hal yang demikian itu. Di dalam tengah bergaduh itu kapal yang akan membawa jenazah al-Marhum itu pun meletup, terbakar, terbang ke udara segala isinya serta orang-orangnya. Seorang pun tiada yang lepas.
Syahdan kata qaul yang mutawatir, tiadalah jadi dibawa jenazah al-Marhum itu pindah ke negeri yang lain. Maka ditanamkan jua di Melaka itu, hingga datang diambil dari negeri Riau adanya. Dan kata setengah qaul yang mutawatir sebab itulah digelar oleh Holanda yang dahulu-dahulu dengan nama Raja Api adanya....”
(Tuhfat an-Nafis, Naskhah Terengganu, hlm. 151)
Begitulah pada bulan Rejab ini 223 tahun yang lampau, wafatnya Raja Haji yang diiktiraf oleh Kerajaan Indonesia sebagai Raja Haji Fisabilillah dalam peperangan untuk memerdekakan Tanah Melayu dari penjajahan Belanda. AL FAATIHAH.
Malaysia tak akan mengiktirafi beliau kerana beliau bukannya dari alif mim nun wau!
Nota:
* Anehnya kerana permaisuri Sultan Mansur, Raja Bulang binti Yamtuan Muda Daing Chelak, adalah mempunyai pertalian adik beradik dengan Raja Haji.
12 comments:
Memang betul. Pejuang kemerdekaan hanyalah alif min nun wau(sarkas!) dan sekutunya sahaja.
Mungkin bro boleh joint cite Raja Ali Haji ni dengan http://shaifulbahri.blogspot.com/2007/01/menjunjung-kasih-tuanku-sultan-selangor.html
Adakah dia org yang sama?
Joe:
Terima kasih Bro. Sudah dilinkkan.
terima kasih untuk cerita ni tuan keng.
itulah... pejuang kemerdekaan hanyalah amnu... kekeke... mereka yang pengecut diiktiraf, bukannya orang yang mempertaruhkan nyawa menentang penjajah.
dulu pun ada orang yang baru pencen tahun 2003 dulu, pun nak dimasukkan namanya dalam senarai pejuang kemerdekaan.
Celakalah akan mereka yang menipu kita. Menggadai negara kita sebegini rupa.
Tuan Keng yang dihormati,
Bahan sejarah seperti ini jarang kita peroleh. Terima kasih paparan ini.
Saya sangat rindu akan sejarah sewaktu Porugis dan Belanda menjajah Melaka (Tanah Melayu) suatu waktu dahulu. Persoalannya, mengapakah kita hanya dapat membaca sejarah penjajah British di Tanah Melayu, dan bukannya Portugis atau Belanda? Jawapannya mungkin kita dapat menekanya.
Walhal zaman sebelum Portugis menjajah, iaitu zaman kerajaan Melayu Melaka seperti lengkap kita dapat telusuri. Mengapa ya?
Ayah Keng,
Sejarah masakini dirubah kembali untuk penyesuaian politik semasa. Berbeza dengan di USA, sejarah mereka meskipun menunjukkan kezaliman pendatang, masih di simpan dan dipelajari di pusat-pusat pengajian.
Sebab sejarah kita dirubahlah maka, keadaan semasa menjadi kucar kacir. Seorang kata Negara Islam dan beberapa orang lagi kata tidak Islam. Setiap kali pemilu diadakan, sejarah diputar belitkan. Dan sekarang pendatang ke tanah ini sedang memperlengkapkan kajian bahawa mereka juga anatara kaum terawal ke semenanjong ini sewaktu ianya dihuni hanya oleh kaum temiang dan negrito.
Anehnya kenapa pula mereka datang awal tetapi masih berbudaya asing. Walhal kesemua yang lainnya berbudaya nusantara?
Terima kasih Ayah Keng kerana memaparkan sejarah yang menarik ini.
Salam Tuan Keng
Menarik sekali sejarah yang tuan paparkan kali ini. Saya mengaku pengetahuan sejarah saya ni tak lah mendalam sangat sampai macam ni. Tapi dari pengamatan saya yang kurang tahu ni...memang betul lah yang tuan kata tu...pejuang kemerdekaan hanyalah orang2 alif min nun wau...hehehehehe. Bagi org2 yang bergiat aktif dalam alif min nun wau ni boleh le dapat apa2 yang patut dapat kan kan kan tuan keng?...hehehehehehehehe
Wah Hebat sungguh pengkajian Ayah Keng nie..sampai kitab Tuhfat Al-Nahfis diwujud.. sememangnya sejarah sekarang amat menyembunyikan fakta fakta yang berlaku yang menyebabkan pertiwi bangsa tidak mengenal apa itu kemerdekaan apa itu perjuangan.. higgakan mereka sangka alim min nun wau tu lah orang orang yang amanu...dan perlu disanjungi...
great and interesting research.
sungguh malang riau-lingga yang merupakan empayar kesultanan melayu dipisahkan dan ini melemahkan saki baki perjuangan kesultanan Melayu melaka dan tanah jajahannya. begitu jugalah yang terjadi pada kekuatan kerajaan melayu yang bertunjangkan Islam seperti Acheh dan yang lain-lain yang diserapkan kedalam pemerintahan yang lebih kerdil melalui perjanjian/syarat tertentu.
begitu juga dalam pengurusan negara dewasa ini, tidaklah menjadi pelik dalam merging of financial instutions /banks di mana bank yang lebih kerdil menjadi utama menelan bank yang lebih besar dengan pengaruh pihak tertentu.
inilah resam dunia yang serbe terbalik di zaman ini, 'semut menelan gajah'.
thanks for sharing.
Hadir tuan...byk ilmu dari cerita tuan..syukran...
PS..kata arwah atuk belah emak saya..moyang saya yg ke 7 (ke 8?) dulu orang Bugis..katanyelah..saya dengar aje masa kecik2 dulu..;)
Pak Keng,
Terima kasih berkongsi ulmu.
Terima kasih.
Psss.. tak sempat nak komen panjang, sibuk.
Pa'chik:
jangankan yang diluar amnu, yang didalam pun kalau dah tersalah kem pun dipadamkan dari sejarah. Inilah jumudnya amnu.
Mya Marja:
Nanti akan saya ceritakan tentang sejarah kota Belanda di Melaka.
Yeop:
Sepatutnya Yeop tanya Pak Batin teman-teman Yeop tu tentang sejarah mereka.
Terima kasih Yeop atas maklumat sejarah Amerika.
Puteri:
Begitulah, kerana terlalu taksubkan politik, jasa-jasa yang lain diketepikan.
Tengku D:
Sayangnya banyak kitab-kitab sejarah jawi tak dirumikan atau ditransliterasikan kembali. Sengaja atau malas, tak tau lah.
ikelah:
Sejarah Melayu di Temerloh dan Raub juga amat menarik. Mengapa mereka lari dari Sumatera dan kenapa memilih tempat yang jauh dari pantai, juga perlu dikaji.
Anggun
Shukran. Oh, rupa-rupanya Bugis!
~ahni~:
Sesama, puan.
Tuan Pegawai:
Harapnya nanti pentaskan tentang Raja Haji, supaya masyarakat mengenalinya.
Post a Comment