Powered By Blogger

Sunday, April 29, 2007

Hak ba'da 50 Tahun Merdeka







Awal-awal pagi lagi saya sudah menerima sms.

"Malays choose party over race. Non-Malays choose race over party. Can you name at all where a Malay candidate (BN/non-BN) won in a non-Malay dominated area?"

Saya tak membalas sms tersebut kerana ternyata kawan itu keliru. Beliau keliru dengan keadaan politik di negara kita.
Kita mesti mengalah.
Mesti memberi.
Mesti memelihara hak.
Jangan pentingkan hak kita.
.
..
...
Sebenarnya apakah hak kita?



Sedarlah. Yang berjuang (untuk merampas) Tanah Melayu dengan darah secara sukarela bukannya kita. Itu adalah sumbangan kawan kita yang sudah bersiap sedia dalam senyap. Tak siapa yang menyangka. Tau-tau dah lengkap dengan senjata dan segala apa persiapan. Siap dengan pertubuhan. MPAJA. Bintang Tiga. 14 hari orang Melayu dalam ketakutan.

Kita? Hanya dengan jampi serapah Kiyai Salleh.

Melayu kononnya, terkenal semenjak dulu dengan sikap suka menolak kemajuan. Mereka yang memerangi British adalah dianggap menolak kemajuan. Dan berbanggalah kita dengan kemerdekaan tanpa peperangan. Tapi apa yang tersirat dalam perjanjian Kemerdekaan? Pengadaian.

50 tahun Kemerdekaan yang kita akan rayakan dengan gahnya pada tahun ini bukan bermakna kemenangan bangsa dan kekalahan pejajah. Tak usah menafi-nafikan bahawa kita masih dijajah. Kita bebas. Bebas untuk mengikut minda yang semakin dijajah.

Kata kita, pemikiran kita sekarang adalah pemikiran yang berkemajuan. Sikap kita adalah sikap globalisasi. Kononnya.

Dan perlunya bagi kita untuk yakin dan meyakinkan kepada orang lain yang kita akan mejaga hak mereka. Hingga ke titisan darah terakhir.


Tok Janggut! Tak siapa mengingatinya atau rakan-rakan seperjuangannya. Ramaikah yang tahu tentang mereka? Malahan amat sedikit. Segelintir.

Kenapa? Kerana minda kita sudah dijajah. Teruk dijajah sehingga kerapkali diperbodohkan.





Al Fatihah.

Notakaki:
Ba'da = Selepas
Gambar Barisan MPAJA dari Clare Street.





20 comments:

Yeop-Harley said...

Ayah Keng,

Al Fathihah. Banyak atok Yeop dulu menceritakan tentang kekejaman tentera MPAJA di kampung.

Rupanya si pekedai runcit pun tentera yang berpangkat, kata atok. Kejam wei kejam.

Adakah sejarah tentang pejuang kita sudah tak berguna lagi?

Dan Ayah Keng, dulu Yeop dah bilang. Merah putih, merah jambu dan songkok tinggi... itulah kekuatan.

Sayuti said...

benar tuan. kita bebas. bebas mengikut minda yang telah dijajah.

HCI said...

Kita kan dalam proses pengadaian.

Anonymous said...

Tuan Keng. Salam hurmat.

Terima kasih kerana mengingatkan saya tentang:
1. Kekejaman Bintang Tiga.
2. Tok Janggut dan rakan-rakannya.
3. Minda yang dijajah.

Dan tahniah kepada semua kerana rela dijajah dengan budaya menipu, pelakuan korupt, perangai bodoh dan kesanggupan untuk diperbodohkan.

Pegawai Khalwat said...

Ha ha ha....

Saya mengketawakan diri sendiri, dan umat tanah air ini yang begitu bangga dengan 50 tahun merdeka.

Persoalan yang sama akan berulang di kaca tv, di dada akhbar, di corong radio. "Apa itu merdeka?"

Maka jawabnya lain bagi orang muda, lain pula bagi orang yang dah lama.

Orang muda akan terkinja gembira melaung merdeka! merdeka! merdeka! pada berpaut rapat pada bahu, pinggang dan dada teman mereka.

Orang lama pula kata, "hang pa tau apa merdeka? tau seronok saja"

(Errmm... bukan semua orang muda dan lama begitu ya!)

Semangat merdeka tu ada, tapi lain cara dan lain rasanya.

Apa rasanya kalau setiap kali merdeka, di kaca tivi kita tayangkan slaid Tok Janggut itu, atau slaid Jepun, Bintang 3 atau MPAJA.

Bukan setakat di kaca tivi, tiap kali berarak, atau menunggu tengah malam mahu melalak, jangan buat konsert, buat tayangan.

10 tahun ulang benda yang sama, tengoklah kesannya.(Entah ada, entah tak ada).

Psss... entah boleh buat, ditapis hingga tinggal habuk dulu. Saya ni, geram ada, kecewa ada, harapan pun ada.

Heran betul, aku kalau komen blog Keng mesti panjang berjela.

tegezoot said...

merdeka konon! org melayu pulau pinang(tempat saya) tak sedar yg nasib dah lebih kurang macam rakyat palestin. kena halau dari pulau sendiri.

Unknown said...

Salam Tuan Keng

Hehehehehe menarik entri tuan kali ini. TAu kenapa? Sebab ia membolehkan kita mentertawakan diri kita sendiri tentang kemerdekaan yang telah kita capai dan akan dicapai sedangkan kita sebenarnya masih dijajah dari segi minda kita. Minda kita2 ni lagi 50 tahun Malaysia merdeka pun belum tentu merdeka lagi. Hahahahahahaha.

shafarina said...

Kawan kepada kawan yang turut sama berkempen dari rumah ke rumah sedih dengan seorang muslim bila..

'makcik tak kisah lah calon tu bina kuil ke ape. makcik tak peduli orang baru tu nak bina masjid ke apa. janji makcik undi b*'

entahlah, betul sgt apa yg ditulis tu. kita masih dijajah tanpa sedar.

KakNi said...

Pak Keng, sememangnya kita tak pernah bebas dari dijajah. Betul soalan yang perlu ditanya "Apakah itu merdeka?" dan "apakah itu dijajah?" juga. Macam mana nak bebas kalau tak tahupun apa yang dijajah? Sayapun tak tahu

Hasrul Halid said...

Kata Kamus Dewan:

(merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain: Malaysia ialah sebuah negara yg ~ dan berdaulat; besok ia jadi seorang awam yg ~ dan tidak lagi menjadi perajurit y

Kata 'kita':

Merdeka ialah kebebasan anak menantu menjajah sesuka hati dengan menggunakan 'proksi'!

Butaseni@Wan Raja said...

'sahabat' melayu sedang menanti Bangku diatas tu dengan mulut ternganga.
awas!jangan sampai hari kemerdekaan kita yang keseratus digelar 'Independence Day of Republic Malaysia'

Anonymous said...

melayu mudah lupa..

Bunga Rampai said...

Masih ada minda-minda yang belum dijajah. Empunya minda-minda ini harus berani ke hadapan. Ada pelbagai cara. Kalau hendak seribu daya.

Kita jangan gah bercakap sahaja. Menuding sana sini. Lihat diri sendiri, apa senjata yang ada. Bertindak yang termampu. Jangan sekali-kali berpeluk tubuh.

Salam.

tuan tanah said...

Terima kasih.

blackpurple @ jowopinter said...

Jangan lupa juga neokolonialisme

Pemikiran dan idea kita juga menjadi bebal dek dibatasi politik kepartian yang sempit.

Anonymous said...

keng, saya turut bimbang.

zizie ali said...

berdebar. bila lihat gambar tok janggut.
terima kasih. entri keng sentiasa membuka minda. namun, masih ramai yg rela membiarkan minda mereka terkunci.

Anonymous said...

keng bey...

selamat menyambut hari ibu...

semoga Malaysia akan merdeka dalam erti kata sebenar..

dith said...

Keng,

One way is for you to rewrite the history books of Malaysia. Write the truth and the should -have -been. Do not write with sarcastic insinuations as people might not be able to read between the lines:p

Anonymous said...

Sebelum merdeka, setiap yang melawan British adalah penjenayah. Hanya selepas 1957, barulah mereka itu beransur ansur dilihat sebagai Wira Negara - walaupun bukannya semua. Tok Janggut adalah salah seorang yang mendapat perubahan status.

History is written by the victor.

There's no such thing as truth when it comes to history. Everybody has their own definition and way of telling it ! Everybody has the urge to tell their version of history for their own good. The only difference is whether they are alive ( read : influential enough ) to tell it or not !

The only way we could hold up our brand of history and made others to accept it, is by standing together, working together, being knowledgeable and victorious !

So, where are we at the moment ?