Powered By Blogger

Thursday, April 12, 2007

Al Fatihah ila Wan M Saghir








Satu pagi, dua bulan lalu, sebuah teksi menghimpit keretaku di persimpangan lampu isyarat di Jalan Bandar Dalam (Sentul) dan Karak Highway dan pemandunya memberi isyarat supaya aku menurunkan cermin. Gayanya seakan-akan cemas. Ini membuatkan aku lagi cemas, kerana takut-takut sesuatu yang tak di ingini akan berlaku. Tapi aku memberanikan diri dan melihat apa yang hendak dilakukannya.

”Ustaz sakit!” laungnya.

Apabila aku nampak keliru dengan apa yang disampaikan, beliau laung lagi, ”Ustaz Wan sakit.” Dan barulah aku sedar, siapa yang menegurku. Rupa-rupanya seorang pemuda yang merupakan murid kepada Ustaz Wan Mohd. Saghir.

”Insha Allah,” anggukku, ”nanti ana datang.”

Ustaz Wan Saghir, penyelidik, sejarawan dan pengajar kitab-kitab lama karangan ulamak-ulamak Patani, dan malahan yang telah memertabatkan ulamak-ulamak Melayu (Jawi) silam, juga merupakan saudaraku, diperanakan di Riau.

Tak banyak yang nak ku ceritakan tentang beliau di sini, hanya ingin memanjangkan berita sedih kepulangan beliau pagi tadi lebih-kurang jam 11.30 (12 April 2007), kerahamatullahi ta’ala, setelah diserang angin ahmar (stroke) selama dua bulan. Jenazah beliau pada ketika entri ini ditulis sedang dikebumikan di Pondok Pak Chu Him Gajah Mati di Kedah, untuk memenuhi hasrat almarhum serta juga atas permintaan guru-guru pondok di sana. Allahummagh firlahu warhmahu.

Ustaz Wan Saghir, terkena angin ahmar pada sebelah kiri badannya. Meskipun tak begitu berat keadaannya, beliau hanya boleh bergerak-gerak dan berjalan perlahan-lahan. Terakhir pertemuan kami, ternampak ada kemajuan yang baik pada dirinya, dan sudah mula mau berbual-bual panjang. Meskipun dipesan supaya berihat, semangatnya kuat. Diceritakannya tentang majlis sambutan 70 tahun Madrasah Tuan Haji Ibrahim Bongek yang dihadhirinya, pada 16 Februari sebelumnya meskipun beliau telah berbulan-bulan mengalami sakit buasir, dan terpaksa dipimpin untuk ke kereta; beliau menceritakan tentang progrem yang bakal diadakan di Raub untuk pertemuan suku-sakat Rawa, dan tentang Teuku Daud Beureueh, pejuang Atjeh, yang mempunyai tali persaudaraan yang rapat dengan Sheikh Daud al Patani. Nama Teuku Daud Beureueh itu katanya adalah mengambil sempena nama Sheikh Daud. Beliau juga menceritakan bagaimana keadaan sakitnya telah memberinya beberapa ilham untuk membuat ubat-ubatan sendiri yang dapat melegakan beberapa keadaan dirinya.

Dalam keadaan tidak lagi dapat menyebut dengan betul dan petah, aku bersyukur kerana dia sempat berpesan kepadaku supaya membuat pembetulan kepada silsilah yang menjadi kajian bersama kami, berdasarkan kepada beberapa maklumat yang baru beliau perolehi. Alhamdulillah. Di samping itu ada juga beberapa pesanan yang lain.





Hari ini aku kehilangan kekandaku yang amat ku sayangi. Seorang yang amat mementingkan silatur-rahmi. Tempat aku mencari ilmu. Semoga Allah SWT memberinya kelapangan dan cahaya di alam kuburnya dan keselesaan dalam menantikan akhirah. Semoga berkumpul dirinya dalam barisan ulamak-ulamak yang telah beliau martabatkan. Dikalangan solihin dan muttaqin; awliyak dan anbiyak.

Allahumma 'aj al qabrahu raudhataan mirriyadhil jannah.

Keterangan gambar:

Gambar terakhir beliau bersama Sheikh Salleh b. Sheikh Uthman b. Sheikh Tahir Jamaluddin (Pak Ngah Leh Penanti [kini menetap di Makkah]) pada akhir tahun lepas.



14 comments:

MYA MARJA said...

Takziah sahabatku!

Sama-sama menghulur al-Fatihah..

abdullahjones said...

al-fatihah.

ps: saya pernah beberapa terjumpa dengan Ustad Salleh Penanti.

Pa'chik said...

salam takziah buat tuan keng
dan al-fatihah buat Tuan Ustaz Wan Saghir. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang dikasihi dan dirahmati Allah. Amiin.

Anonymous said...

Asslamu alaikum Tuan Keng,

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun. Seorang ulamak yang begitu gigih dalam penulisan dan pengongsian ilmu. Berjuang dalam bidang dakwah sehingga akhir hayat. Semoga Allah SWT memberikannya ganjaran yang terbaik dan semoga ilmunya terus hidup dikalangan kita dan dimanfaatkan bersama.

Ya Allah, gantikannya dengan yang seakan-akannya atau yang terbaik darinya.

Takziah dari saya, Tuan Keng.

Pak Malau said...

Inna lillahi wa inna ilaihi raajiun.

Dia meninggal dan kita ditinggalkan. Apakah kita terbaik?

Yeop-Harley said...

Ayah Keng,

Maaf terlambat. Yeop panjangkan takziah kepada keluarga almarhum. Ada dua tiga buku karangan (transliterasi) almarhum pada simpanan Yeop. Yeop amat bersyukur kerana usaha-usaha almarhum dalam memudahkan kita menikmati karangan ulamak-ulamak Melayu silam.

Semoga almarhum ditempatkan ALLLAH SWT pada setinggi-tinggi maqam.

Unknown said...

Salam takziah dari saya dan keluarga untuk keluarga almarhum dan juga Tuan Keng.

Semoga roh almarhum dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman. Amin.

zizie ali said...

berkawan dgn penjual minyak wangi. kalau tak banyak, sedikit wangian terlekat juga.

MDM FARAH FAIZURA said...

Al-fatihah

Anonymous said...

Akhi;

Takziah! Semoga kita semua beroleh husnul khatimah.

Shukran atas ziarah. Saya dah linkkan blog akhi di weblog saya. Fastabikul khairat.

Ilal liqa'.

blackpurple @ jowopinter said...

AlFatihah.

Semoga roh almarhum Ustaz Wan Mohd. Saghir sentiasa dilimpahi keberkatan dan rahmat-Nya. Amin.

maklang said...

Al Fatihah..

Moga2 arwah dicucuri rahmatNya , insyaAllah...

Pegawai Khalwat said...

Al-fatihah......

Bunga Rampai said...

Al-Fatihah..