Powered By Blogger

Sunday, April 01, 2007

Cinta Kepada Baginda




La ilahaa illalLah Ya Rabbi khudz biyadii...

Mawla ya solli wassollim.... sekali lagi dalam hidup kita, kita menempuhi hari milaadunnabi. Hari keputeraan nabi.

Sabda Baginda Rasulullah sollahu 'alaihi wassalam kepada sahabatnya,"..... bahawa akan ada umat yang akan datang yang lebih tinggi kedudukannya daripada kamu semua." Kata-kata yang amat mengejutkan sahabat-sahabat yang hadhir, "kerana," kata Baginda apabila ditanya, "mereka cintakan daku meskipun mereka tak pernah menemuiku..."

Cintanya sahabat kepada Baginda Rasulullah sollahu 'alaihi wassalam, dapat kita gambarkan dari peristiwa Bilal ibn Rabah sewaktu diminta untuk melaungkan azan sebelum pengebumian Baginda. Tatkala tiba kepada kalimah 'Asyahadu anna Muhammadur....' berderai-derai keluar air matanya sehingga dirinya menjadi sebak lantas tak dapat meneruskan azannya. "Demi Allah," sumpah Bilal "aku tak akan menjadi muezzin lagi (untuk melaungkan azan)." Begitulah hibanya perasaan Bilal ibn Rabah, untuk melepaskan tuannya yang amat dicintainya, Sayiddina Muhammad sollallahu 'alaihi wassalam.

Dan beberapa tahun selepasnya sewaktu bilal mengunjungi Medinah untuk menziarahi teman-teman, beliau telah diminta oleh Sayyidina Hussein ibn 'Ali untuk melaungkan azan fajr pada keesokkan harinya. Dan berita ini telah tersebar ke seluruh pelusuk Medinah. Maka berduyun-duyunlah penduduk Medinah ke Masjid Nabawi, pada fajr keesokan harinya untuk bersama-sama mengingat kembali waktu-waktu semasa hayat Rasulullah sollahu 'alaihi wassalam.

Benar, laungan azan yang mendayu, menyebabkan linangan air mata pada semua yang hadhir, dan suasana menjadi hiba.

Cinta. Itulah cinta. Dan bagaimana pula ukuran cinta kita kepada Baginda?

Baginda menjanjikan syafa'at kepada umatnya di Mahsyar, dan adakah kita menerima pelawaan ini? Baginda menjanjikan pembawaan selawat yang dilafazkan kita, oleh malaikat Jibril terus kepadanya tatkala selawat itu dibaca, dan beramalkah kita dengan bacaan ini? Dan Allah SWT menjanjikan balasan sepuluh kali ganda kepada setiap kali selawat yang kita lafazkan. Masih menantikah kita untuk menyambut pelawaan Allah ini?
janganlah kau berharap esok saja akan berbuat kebaikan
jangan-jangan esok tika ianya menjelang ....
engkau pula telah menghilang

Selawatlah amalan yang paling senang untuk dibuat. Usah dikirakanlah sunnah-sunnah lain yang kita sibuk perbahaskan penyesuaiannya, pada zaman ini!







ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD,
BIQADRI HUBBIKA FIH,
WAZIDNAA YA ALLAH HUBBAN FIH....



p.s.:
tapi jangan dilupakan ibadah yang fardhu!


14 comments:

Pa'chik said...

terima kasih tuan keng.

dan err.. elok juga p/s tu, banyak dari kita (bukan kat sini, orang tempat lain la...) suka melebihkan yang sunat pulak dari fardhu. Lebih teruk, melebihkan adat dari ibadat.

dith said...

Keng,

Jazakallah hairan kathira for this beautiful reminder. I can't agree more with KKK. Orang2 tertentu tiu telah 'membida'ahkan' segala macam tradisi kita yg telah diharuskan oleh ulama' muktabar sehingga hari maulid ini jadi sunyi sepi dan lalu begitu saja.

Since few days ago, I have been visiting this page because I know you never fail to write a piece for ar Rasul's maulid. A tad late this year, eh? :p. Busy with the recent islamic finance conference I suppose.

KakNi said...

Semoga kita sentiasa mengingati Kekasih Allah dan beramal dengan apa yang telah disampaikan oleh Beliau.

Anggun said...

Tuan Keng,

Kisah cinta sahabat memang tak terbanding..kecintaan kita kepada Rasulullah boleh terus tersemai sekiranya kita sentiasa membaca sejarah perjuangan baginda dan sahabat-sahabatnya, malah boleh mengalir airmata..Saya..setiap kali maulidur rasul, makin meningkat usia..kerana lahir sehari sebelum 12 Rabiul Awwal..ahh..diri saya semakin tua tuan..

shafarina said...

Terima kasih kerana mengingatkan.

Kecewa juga saya, bila maulidur rasul diraikan berlebih-lebihan (ada tokoh, ada cuti, konsert tangguh dsbg) tapi semangat kecintaan kpd Rasullullah saw tu tak dizahirkan.

Semoga saya juga tergolong dlm yg mendapat syafa'at Baginda di akhirat kelak. Amin.

Anonymous said...

Tuan Keng,

Kami di kawasan rumah sedang menganjurkan persiapan untuk majlis, tetapi telah dibangkang oleh kumpulan yang dengan panjang lebar membid'ahkan cadangan ini.

Keliru jadinya. Dahlah majlis bacaan Yaasin mereka tegahi, tahlil dicemuhi, talqin dihalangi, Maulud pula dicaci.

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,

Salam ukhuwah! Pertama kali sampai di sini.

Mudah-mudahan dapat kita beramal apa yang disuratkan di halaman biru tua ini. Mudah-mudahan...

Anonymous said...

Assalamu alaikum Tuan Keng,

Maaf, ini komen yang panjang. Terbaca akan saya fadilah sholawat dan amat bermanfaat sekali pada pandangan saya untuk dikongsikan bersama. Adapun:

(Kata Syaikh al-Faasi) pada syarah "Dalaailul Khairaat":-"Ketahui olehmu bahawasanya bagi orang yang mensholawat atas Nabi s.a.w. sepuluh karamah:-


1.mensholawat akan dia oleh Malikul-Jabbar ;
2.mensyafaatkan dia oleh an-Nabiyul-Mukhtar;
3.mengikut dengan malaikatul-akhyar;
4.menyalahi akan munafiqin dan kuffaar;
5.menghapuskan kesalahan dan awzaar;
6.menolong bagi menyampaikan hajat dan awthaar;
7.bercahaya dan cemerlang zahir dan asraar;
8.kelepasan daripada huru-hara negeri Darul-Bawaar ;
9.memasuk akan negeri Darul-Qaraar ;
10.salam daripada Tuhan ar-Rahiimul Ghaffar .

Dan lagi katanya): "Tersebut di dalam " Hadaaiqul Anwaar", bermula segala faedah dan pertaruhan bagi orang yang mensholawat atas Nabi s.a.w. itu empat puluh satu:-


1.menjunjung titah Allah dengan sholawat itu.
2.muwafaqah akan dia Allah ta`ala pada sholawat atas Nabi s.a.w.
3.muwafaqah akan dia malaikat pada sholawat atas Nabi s.a.w.
4.hasil sepuluh sholawat daripada Allah atas orang yang sholawat atas Nabi satu kali.
5.diangkat baginya sepuluh darjat.
disurat baginya sepuluh kebajikan.
6.dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan.
7.diharapkan qabul doanya.
sebab bagi syafaat Nabi s.a.w.
8.sebab bagi ghufran dosanya dan menutupi segala 'uyub .
9.sebab bagi memadakan barang yang dicitanya.
10.sebab bagi mendampingkan hamba daripada Nabi s.a.w.
11.sebab bagi menempati bersedekah.
sebab bagi menunaikan segala hajat.
12.sebab bagi sholawat Allah dan malaikat atas orang yang sholawat atas Nabi s.a.w.
13.sebab bagi menyucikan dan berkat atas orang yang sholawat atas Nabi s.a.w.
14.sebab bagi kesukaan hamba yang disukakan dengan syurga dahulu daripada matinya.
15.sebab bagi kelepasan daripada huru-hara hari qiamat.
16.sebab bagi menjawab Nabi atas orang yang sholawat atasnya.
17.sebab menjaga bagi lupa akan Nabi s.a.w .
18.sebab menghilangkan papa orang yang sholawat atasnya.
19.sebab bagi mengharumkan bau tempat sholawat dan tiada kembali atas ahlinya menyesal pada hari qiamat.
20.menafikan daripada hamba itu bakhil daripada sholawat atas nabi tatkala disebut namanya.
21.kemenangan daripada doa orang atasnya dan hinalah orang yang meninggal sholawat atasnya tatkala disebut akan namanya s.a.w.
22.datang orang yang sholawat itu atas jalan syurga dan tersalah jalan orang yang meninggalkan dia daripada jalan syurga.
23.lepas daripada busuk majlis yang tiada mengucap padanya zikrullah dan rasulNya.
24.sebab bagi sempurna kalam yang dimulai dengan " alhamdulillah" dan sholawat atas Rasulullah s.a.w.
25.sebab bagi kemenangan hamba dengan lalu atas shirathul-mustaqiim.
26.sebab bagi berjumpa orang yang mensholawat atas Nabi s.a.w. dengan Allah dan tsana' yang hasan antara langit dan bumi.
27.sebab bagi rahmat Allah.
bagi berkat.
28.sebab bagi berkekalan kasih akan Nabi s.a.w. dan bertambah-tambah kasih akan dia dan yang demikian itu satu tempat daripada tambatan iman kerana tiada sempurna iman melainkan kasih akan dia.
29.sebab bagi kasih Nabi akan orang yang mensholawat atasnya.
sebab bagi dapat penunjuk hamba dan hidup hatinya.
30.sebab bagi dilentangkan orang yang sholawat atas Nabi s.a.w. dan disebutkan dia padanya.
31.sebab bagi tetap atas imannya.
menunaikan dengan sholawat itu daripada hak Nabi s.a.w. dan syukur atas ni'mat Allah yang memberi ni'mat dengan dia atas kita.
32.mengandung bagi menyebut zikrullah dan syukur akan Dia dan ma'rifah akan ni'matNya.
33.bahawasanya sholawat daripada hamba itu doa dan memohonkan daripada Tuhan bagi dirinya.
adalah bagi orang yang 34.membanyakkan sholawat itu melihat akan rupanya yang mulia dan termenteri pada hatinya .
35.adalah orang yang membanyakkan sholawat itu menempati akan maqam syaikh yang murabbi akan dia dan lagi sholawat itu isi-kahwin anak bidadari dan harga mahligai dan menempati akan merdeka akan sahaya dengan dia.

Harap dimaafkan hamba kerana terlalu panjang amatnya, semata-mata untuk dimanfaatkan bersama akan kafiyati ini adanya.

Bunga Rampai said...

Salam Bro Keng,

Menghayati entri yang bak sinar berlian, dan komen-komen yang bernilai.

Pegawai Khalwat said...

Tuan Keng,

Nak mengomen bab ni memang tak pandai. Tapi terima kasih atas peringatan.

Iman Mawaddah said...

Assalamualaikum Bro Keng,
Terima kasih atas peringatan ini. Sayu hati membaca menilai diri ini yang masih jauh dari landasan cinta suciNya.

Anonymous said...

noted. tq pak keng.

simah said...

salam keng bey

*jangan lupakan ibadah fardhu :0) ... *

peringatan yg paling tepat...
(sebab saya pun tak cukup lagi melakukan yg berfardhu...)

Ku Keng said...

KKK:

Wa alaikumus salam.

Pada bulan hadapan akan diadakan seminar Imam Syafie, di KL. Bukan anjuran pengikut mazhab Syafie, tetapi oleh pengikut tak bermazhab. Anehnya.

Inilah angkara PhD dari St. Andrews atau Birmingham atau Harvard. Mereka menjadi kuda-kuda orientalis untuk mencari konon-kononnya kelemahan Ahli Filosof terkenal seperti Al Ghazali, Ibn Arabi dan imam-imam mujtahid.

Yang lebih bid'ah, tetapi tak dilihat oleh puak-puak ini adalah, membid'ahkan yang lain-lain.

Pa'chik:

Yang sunat seiring yang fardhu OK. Keikhlasan kita beribadat kepada Allah adalah dengan banyaknya melakukan yang sunat. Insha Allah.

Puan dith:

Dalam zaman mufti diajak berforum, pendapat menjadi murahan.

:-))

~ahni~:

Amin Allahumma Amin.

Anggun:

Selamat eid millad. Semoga bertambah kecintaan kepada Baginda.

wan;

Syafi'na ya Rasulullah.

ismail:

Mengelirukan itu pun bid'ah juga. Insha Allah kita masih ada kitab kuning dan guru-guru untuk mengajar.

Mya Marja:

Wa alaikumus salam. Insha Allah.

Emkay Omar:

Wa alaikumus salam. Shukran. Itu dari Jawahirul Mauhub karangan Sheikh Wan Ali al Kutani.

Dik Rampai:

Wa alaikumus salam. Komen yang bernilai. Alhamdulillah saya pun dapat menikmati sama ilmu-ilmu dari mereka.

Tuan Pegawai:

Semoga bermanfaat.

Iman Mawaddah:

Wa alaikumus salam Dik. Menyedari kelemahan itu adalah kekuatan.

NBB:

Taken. Pandu cermat ya!

Madah_Berhelah:

Salam. Sebaik-baik pegangan adalah untuk memperbaiki mutu diri. Alhamdulillah.

Simah Hanim:

Salam juga. Insha Allah tak akan leka lagi.