Powered By Blogger

Saturday, May 12, 2007

Che'




Terpahat dibenakku dua hadith yang menjadi peringatan dalam khutbah Jumaat di Masjid INTAN kelmarin.

Seorang sahabat menggendung ibunya dari Medinah ke Makkah untuk mengerjakan haji. Apabila ditanya kepada Rasulullahi sollahu 'alaihi wassalam tentang apakah ini membalas jasa-jasa ibunya kepadanya, Rasulullahi sollahu 'alaihi wassalam menjawab;

"Tidak! Tak memadai untuk membalas meskipun setitik susu dari ibumu."

Seorang yang lain pula mengadu kepada Rasulullahi sollahu 'alaihi wassalam, bahawa ibunya memalukannya serta isterinya dengan meminta-minta bantuan tanpa batasan. Rasulullahi sollahu 'alaihi wassalam pula menjawab:

"Apakah ibumu tak malu membawamu kemana-mana dalam keadaan perutnya memboyot selama 9 bulan?

Adakah ibumu tak malu menyusukan kamu dalam apa keadaan sekalipun apakala kamu merengek-rengek kelaparan?

Adakah kamu pula tak malu dikeluarkan ke dunia melalui kemaluan ibumu?"





Oh Che', begitulah pengorbananmu dan maafkan daku kerana sering berkata 'uuh' kepadamu dulu.

Allahummaghfirli waliwalidayya, warhamhuma kamaa rabbayaanii shogiira.
Allahummaghfirli waliwalidayya, warhamhuma kamaa rabbayaanii shogiira.
Allahummaghfirli waliwalidayya, warhamhuma kamaa rabbayaanii shogiira
.
(Ya Allah ampunilah daku dan rahmati dan belas kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana belas kasihannya mereka kepadaku sewaktu kecil-kecilku dulu.)


Nota:
Che' adalah panggilan sesetengah orang Kelantan dan Terengganu kepada ibu.


26 comments:

Bunga Rampai said...

Salam Bro Keng,

Damai membaca nukilan ini. Redup hati merasa. Ada teduhan pada kalimah doa. Lalu menitislah air mata saya. Amin.

Terima kasih untuk itu.

Selamat Hari Ibu.

Butaseni@Wan Raja said...

salam,
ceritamu sungguh berinspirasi.
trima kaseh kerna menyedarkan aku..
aku nak baliklah...jumpa mak aku.

dith said...

Another poignant way to pay tribute to mom on her day!

Pak Malau said...

Syukur.

Menyedari kesilapan yang silam, dan menentukan ianya tak berulang. Itulah taubat yang terbilang.

tegezoot said...

Aku tebus diriku untuk ibuku.

Anonymous said...

wah.. ada juga artikel untuk ibu..
anak mana tak sayang ibu.. kecuali mereka yang tak pernah kenang jasa..

siapa sayang ibu? angkat tangan..
(saya tengah angkat ni..hehe)

Sayuti said...

Allahummaghfirli waliwalidayya, warhamhuma kamaa rabbayaani shogiira.

amin.

Pa'chik said...

Allahummaghfirli waliwalidayya, warhamhuma kamaa rabbayaani shogiira.

amin.

keng,ada jugok hok panggel ko ayoh che'. Ado jugok ko tok.

maklang said...

Semuga ibu2 berbahagia menyambut hari ibu bersama anak2 tercinta...

Yeop-Harley said...

Ayah Keng,

Dan syaya juge ye:

Allahummaghfirli waliwalidayya, warhamhuma kamaa rabbayaani shogiira.

Iman Mawaddah said...

Bro Ku Keng,
Terima kasih atas ingatan kisah sahabat-sahabat Rasulullah tersebut. Tersentuh hati jika dikenangkan pengorbanan ibu. Tapi adakalanya manusia mudah alpa. Kadang kala saya juga turut tidak terlepas dari kealpaan itu. Allahummaghfirli waliwalidayya, warhamhuma kamaa rabbayaani shogiira.

zizie ali said...

tadi. di klinik homopathy ada seorang pemuda menggendong seorang tua menemui doktor. tak tahu sama ada ibu atau nenek. saya dah sedekahkan mereka sekuntum senyum. pemuda itu juga mensedekahkan saya sekuntum senyum.

Anggun said...

Tuan,

Terharu..Ibu penuh pengorbanan..Selamat Hari Ibu, Mak.

Maria Papoila said...

Madeleine McCann, 4 years old,disappeared from The Ocean Club resort, Praia da Luz, Lagos, Portugal, in the evening of May 3, 2007. Police says that she was kidnapped by an english man.
Please, go to my blog, and if possible, copy my last post to your blog (it´s in english and in portuguese).
There´s a reward, google it!

Pegawai Khalwat said...

Saya menangis lagi.

Entri kali ni tak boleh tulis panjang, air mata bergenang.

Anonymous said...

Salam Bro.,

Sebuah nukilan yang amat berkesan pada diri saya. Minta Allah terima taubat saya dan ampuni diri saya.

Saya akur tentang kekhilafan dan saya tebus diri sendiri untuk kesenangan emak di kubur dan di akhirah.

Emak, ini penyesalan yang terlambat tapi saya sedar dan akur, emak.

shafarina said...

Salam,

Saya nak tulis, tapi dah tak tau nak tulis apa pulak.

Cuma yg saya tahu, doa itu saya titipkan untuk emak dan abah setiap lepas solat. Dan sy sedar yang walau macam mana pun, jasa ibu tu tak terbalas dunia akhirat.

Dalam hati juga, saya beruntung saya juga adalah seorang ibu dengan 2 amanah yang perlu saya jaga.

Syukran ya.

Ordinary Superhero said...

Amin.

'Mek' juga panggilan manja di kampung ambo.

Butaseni@Wan Raja said...

bro keng
nape balas komenku menerusi email
reply di sini pun tak pe

Pa'chik said...

sebab tu, ada orang kata che guavara tu oghe klate.. hehe...

Anonymous said...

I thank you greatly for this touching entry - and the highlighting of the hadiths. Really touched me, also a mum.

I have printed your entry to my students and they find it as a good way to remember mums.

Thank you for this Sir.

Anonymous said...

Didn't know that there is a mosque at INTAN.

Thanks. Anyway thanks also for the good reminder.

Unknown said...

Salam Tuan Keng..

Tersentuh hati ini membaca entri tuan kali ini. Memang terlalu besar pengorbanan ibu pada kita2 semua. Cuma ada juga sesetengah org yang alpa dengan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh kedua orang tua kita. Semoga kita semua sama2 bertaubat dgn kekhilafan yang telah kita lakukan.

Saya rasa tak terbalas lagi pengorbanan yang telah che' curahkan kepada ambo ni.

Allahummaghfirli waliwalidayya, warhamhuma kamaa rabbayaani shogiira.

Amin........

jinggo said...

ku keng entry tu memang di antara yang terbaik pernah saya baca.......
tersentuh hati bila membacanya....
oh ibu kau la segalanya..........
tima kasih ku keng, peringatan yang sungguh bermakna..........

KakNi said...

Ya.. tak mungkin kita dapat membalas jasa ibu yang telah perih jerih menjaga kita sehingga dewasa.

Ku Keng said...

Dik Rampai:

Titisan kala keredupan. Tanpa mendung?

Ya jasa ibu, tak terbalas.

butaseni

Dah jumpa ke belum dan emak tak terkejut ke?

Puan DITH:

And to you a Happy Mother's Day too.

Pak Malau:

Semoga tak menjadi ulangan.

tegezoot;

Aduhai Ibu, untungnya kamu.

SangPelangi:

Saya masih mengangkat tangan!

Sayuti:

Dan Yut kamu nanti akan diraikan pada Hari Bapa.

Pa'chik:

Amin.

Kawe panngil tok pun che' jugok.

Maklang:

Hari Ibu hari yang beruntung untuk anak-anak Maklang, kerana nampak ada hidangan yang begitu lazat.

Yeop:

Laar Yeop, balik Yeop, kan kampung kome dekat.

Iman Mawaddah:

Sejuk ibu dan ayah menerima hantarkan lima kali setiap hari. Alhamdulillah.

Zie:

Itulah satu-satunya jasa yang tak sempat saya kembalikan kepada ibu sendiri.

Anggun:

Dan juga selamat hari ibu kepada Anggun.

Maria:

Check with the Burmese there.

Tuan Pegawai:

Alhamdulillah.

Anon:

Juga Alhamdulillah.

Wan:

Afwan, Wan.

OS:

Tu Pak Mus panggil mok dio mek.

butaseni:

itu mel perkenalan.

Pa'chik:

Patutlor dio paka semutar!

Anon2:

Hope it is useful for them.

Abu:

Very convenient. Cool and easy to park.

Putri:

Bagi Putri mungkin disebut Hari Bonda.

Jinggo:

Sama-sama kita beringat.

~ahni~:

Dan tatkala dewasa pun ibu masih menjaga cucu. Memang tak terbalas.