Powered By Blogger

Saturday, April 07, 2007

Sifat Melayu




"Orang Melayu," kata Mohd. Yassin, "berdasarkan kepada anakku yang dah 6 tahun di Malaysia, ada beberapa sifat yang unik." Dia pun menyenaraikannya satu persatu. Aku mendengar dengan khusyuk.
  1. Orang Melayu sangat mementingkan halal dan haram. Bawalah mereka kemana-mana restoran besar dan soalan pertama mereka adalah, "halal ke ni?". Malahan Malaysialah yang mempelopori Global Hub. Tapi apabila diberitahu yang makanan itu atau ini ada kandungan yang tak halal, jawab mereka "aah itu sedikit saja. Kita tak perlu persoalkan. Nanti susah!"
  2. Yang paling mereka benci adalah keturunan BC (tak perlu aku menyebutnya disini). Tapi anihnya, Melayu yang kaya raya, pasti ada keturunan itu di belakang mereka.
  3. Kebencian kedua mereka adalah kepada Singapura. Untuk mengalihkan tumpuan mereka kepada isu politik tempatan yang panas, kaitkan isu itu kepada Singapura. Perhatian mereka serta merta bertukar.
  4. Kebencian ketiga mereka adalah pada Bush. George Bush. Mereka bencikan Bush lebih daripada kebencian orang Arab kepadanya, sekiranya ada perasaan sebegitu.
  5. Kebencian keempat mereka adalah pada Israel. Marahnya orang Melayu kepada perangai seseorang dan mereka akan labelkan orang itu sebagai Yahudi.
  6. Anihnya, meskipun benci membenci, apabila ditanya kedua-dua si Melayu dan si BC tentang Malaysia, mereka masing-masing akan memuji melangit negara mereka. Seolah-olah tak ada masalah.
  7. Orang Melayu takut untuk menerima rawatan perubatan daripada pengamal perubatan allopathy. Apabila sakit, mereka akan mencari air jampi dulu. Sekiranya tak ada kemajuan, maka mereka mencari pengamal herbal. Dan seterusnya mencari bomoh. Yakinnya Melayu kepada doa.
  8. Apabila memulakan sesuatu mereka akan mengadakan kenduri doa selamat. Baca Yasiin dan bikin tahlil.
  9. Apabila mendapat sesuatu, begitu juga. Doa selamat, Yasiin dan tahlil.
  10. Apabila gagal dalam sesuatu, mereka mencari bomoh.
  11. Orang Melayu suka berinsya Allah. Nak buat maksiat pun mereka ikrarkan dengan "Insya Allah." Tapi ujarku, Arab berinsya Allah lagi lebih mudah, tapi sentiasa mungkir.
  12. Berjaya buat maksiat pun mereka bersyukur. "Apa?" tanyaku. "Pengeluaran album oleh penyanyi!' jawab Yassin selamba.

Sekurang-kurangnya Melayu ini, kata Yassin, lebih bertawakal dari Arab. Dan lebih kepekaan mereka tentang Palestine, dari Arab-Arab di Negara Teluk.

P.S.: Saya kira pandangan Yassin taklah dikira menghina.




13 comments:

dith said...

Jadi,boleh pakai ke pengamatan Mohd Yassin ni tentang orang melayu?

abdullahjones said...

tak boleh. hahaha.

MYA MARJA said...

Melayu sentimen vs Melayu sentimental;
Melayu lama vs Melayu baru vs Melayu Baru..a;
Melayu kolot vs Melayu moden;
Melayu bodoh vs Melayu bankrap...

InsyaAllah bersama kita bangun, dan membangunkan..

Bunga Rampai said...

Barangkali ada lagi tambahan kepada pengamatannya ini setelah 10 tahun di Malaysia :)

Salam.

Anonymous said...

Tuan Keng,

Salam.

Saya tak mau komen banyak-banyak kerana dari pengamatan itu, banyak ada pada saya. Kah kah.....

Pa'chik said...

1. Dari hal sembelihan, dan bahan dari babi saja... duit, takpe...

2. Iye kot. Tapi tak semua..
3. Benci perangai pemimpin depa.
4. Bush jahat. Proksi Yahudi.
5. Israel pun jahat.
6. Jarang puji.
7. Tak pernah jumpa bomoh. Tukang urut kalau tercabut sendi adalah.
8&9. Setuju.
10. Rujuk 7.
11. Dengan kawan belum lagi. Kalau dalam tibi ada la. Majalah ke.
12. Yang berjaya lakonkan adegan rogol pun ada yang cakap alhamdulillah.

Pegawai Khalwat said...

Bapak....

Memang begitulah keadaannya.

Tapi pengamatan Yassin tu untuk generasi/umur setara dengan pentadbir negara/ketua rumah.

Pandangan ini akan berubah sedikit sebanyak bila beralih generasi.

Sang Pencinta said...

Sang Pecinta paling setuju sebahagian no.3, Sang Pencinta tak benci Singapura dan orang-orang yang berada di dalamnya. Tapi Sangpecinta akan pergi ke Singapura jika politik 'dalaman' tak menentu

Anonymous said...

ada jugak betul nya tu. ada jugak tak betul.

simah said...

rasanya orang melayu masih mcm dalam list ni ker keng bey? ada yg saya setuju tapi rasanya ada yg keterlaluan sikit...tapi disebabkan saya kurang peka dengan isu semasa, saya tak pasti apa yg berlaku disana sekarang..

maklang said...

ada yang maklang setuju ada yang tak....terpulang pada masing2...

KakNi said...

Nape saya tak tahu BC tu apa?

Unknown said...

Saya pun tak nak komen banyak2 sebab bak kata mak lang, ada yang saya setuju dan ada yang tidak. Tepuk dada tanya selera. Kwang...kwang...kwang