Powered By Blogger

Friday, December 29, 2006

Keliru







Adapun sewaktu blog ini sedang ditulis, jemaah haji sudah mula berkumpul di Mina, kerana keesokannya mereka akan ke Arafah untuk berwukuf. Kini pukul 6.15 pagi di KL bermakna 1.15 awal pagi Jumaat di Mina.

Dan pada siangnya nanti, berbondonglah manusia ke Arafah untuk berwukuf sehingga sebelum Maghrib. Arafah, tempat pertemuan Adam dan Hawa di bumi. Dari Arafah, jemaah akan ke Muzdalifah untuk mengutip batu untuk melontar, serta juga untuk mabid atau bermalam sebentar, sebelum meneruskan perjalanan ke Mina. Dan esoknya pada pagi Sabtu akan bergaunglah Jamratul Aqabah dengan laungan takbir. Manusia akan berpenuh sesak untuk membuat lontaran pertamanya. Ada yang membaling anak-anak batu yang dikutip sebelumya di Muzdalifah dan ada juga yang kerana terlalu emosi, membaling selipar-selipar mereka.

Di Makkah pula, bagi yang tidak ke Arafah dan Mina, mereka akan berkumpul pada pagi Sabtu itu, untuk menunaikan solat ‘Eidul Adha. Ketika itu kita di Malaysia, sudah sekitar jam 1 tengah-hari, dan sedang bersiap-siap untuk solat zuhur.

Maka ‘Eidul Adha mestilah menyusul hari wuquf. Tak boleh sebelumnya. Dan disebabkan pengistiharan wuquf itu hanya boleh dibuat oleh Kerajaan yang mentadbir urusan haji di Tanah Haram, maka tak boleh sesiapa mengistiharkan wuquf sebelum pengumuman tarikh oleh pentadbir tersebut. Akan tetapi selepas peristiharan tersebut tak ada mana-mana kerajaan yang boleh mengistiharkan hari wukufnya sendiri, kerana wukuf , lokasinya khusus hanya di Arafah. Bermakna 'Eidul Adha sehari selepas hari wuquf di Arafah.

Kalau kita kaji semula. Sewaktu wukuf sedang dilangsungkan, kita masih pada siang hari Jumaaat. Tepatnya petang Jumaat. Ketika jemaah di Jamratul Aqabah untuk lontaran hari pertama mereka, kita pula belum lagi zuhur pada hari Sabtu. Bermakna sewaktu solat ‘Eidul Adha berlangsung di Masjidil Haram di Makkah, kita baru akan menunaikan solat zuhur di KL. Bermakna di sana siang Sabtu dan di sini pun siang Sabtu.

Dan esoknya pada hari Ahad di Malaysia, sewaktu kita melaksanakan solat subuh, jemaah yang dalam kepenatan di Mina sedang nyenyak tidur, kerana di sana baru pukul 1 pagi, juga pagi Ahad. Dan siang nanti mereka akan melontar pula di ketiga jamrah. Bermakna pada hari Sabtu yang baru berlalu itu jemaah haji sudah selesai mengerjakan wukuf di Arafah, lontaran hari pertama pada Jamratul 'Aqabah dan juga bertahallul (bergunting rambut atau bercukur kepala). Dan sudah pula menanggalkan pakaian ihram mereka. Begitulah congaknya.



Tetapi ‘Eidul Adha kita di Malaysia adalah pada hari Ahad! Mungkinkah telah berlaku pertambahan yang ketara kepada perbezaan waktu antara Mina dan Malaysia, semenjak berlakunya gempa bumi di Taiwan beberapa hari lalu?


Saya sedang cuba mengira hari-hari Tasyrik untuk perlaksanaan korban.

Saya menalipon seorang teman, Ustaz Ismail Mina untuk meminta pandangan. Beliau dilahirkan di Mina, jadi pastinya beliau yang paling sesuai untuk dibuat rujukan.

"Ustaz, macam mana pandangan anta tentang raya tahun ni?" muqadimmahku.

"Sheikh," ujar beliau, "itu memerlukan fatwa. Ana bukan mufti jadi ana tak layak mengeluarkan fatwa. Dan sekiranya ana mufti sekalipun, fatwa ana tak boleh diterima kerana hanya fatwa Mufti Negara dikira muktamad. Tapi setakat ini jawatan ini belum diisikan lagi."

“Ya Allah terimalah korban kami sekiranya kami melaksanakannya pada hari Rabu di Malaysia.” Saya berdoa sebelum menamatkan perbualan.




19 comments:

Bunga Rampai said...

Salam Bro Keng,

Wah, wajah baru!
Cantiknya macam laut saujana, berasa nak berenang pula :)

Baca dan terus baca, terima kasih atas tulisan-tulisan yang menarik, sering membawa hati kepadaNya. Alhamdulillah.

Selamat menyambut Hari Raya Korban.

Anonymous said...

Tiada bahasa seindah kata,
Hendak ku luahkan padamu Tuan,
Terima kasih tak terhingga,
Atas segala nasihat dan pandangan.

Pergi ke pekan membeli lada,
Hendak dimasak bersama lokan,
Salah dan silap harap maafkan,
Salam Aidiladha padamu Tuan.

hjghaz said...

Tuan HJ

Kemungkinan besar macam seorang rakan mencelah huruf K dalam jaKim dan iKim
yang menimbulkan ke KELIRU an tu.

Tapi bila AWAL MUHARRAM dan MAULUD NABI mungkin sama pulak dengan tarikh Saudi???

Anonymous said...

Konfius jugak. Mungkin ada orang wukuf di tempat lain koot, :p

Pa'chik said...

Tuan keng,
hari rabu ke hari selasa?

liyas said...

"Adapun sewaktu blog ini sedang ditulis, jemaah haji sudah mula berkumpul di Mina"

..."Dari Arafah, jemaah akan ke Muzdalifah untuk mengutip batu untuk melontar, serta juga untuk mabid atau bermalam sebentar, sebelum meneruskan perjalanan ke Mina."

Dari MIna nak ke MIna??

Anonymous said...

Salam Bro Keng,

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Yeop-Harley said...

Ayah Keng,

Hari ni ke esok pengakhir hari Tasyrik. Tok Batin Jusoh (dia Islam dah) kata hari ni.

Sayuti said...

tuan,
saya dengar2, kita lewat sehari sebab nampak (?) anak bulan zulhijjah.

wallahualam.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam 2007.

Semoga segala pengorbanan diberkati, dirahmati, diredhai Allah...

Anonymous said...

Akhirnya ada jugak orang yang membincangkan isu ini - puas jugak saya bertanya sesama keluarga & teman tapi tiada jawapan pastinya.
Bila saya bergerak ke masjid pagiu Ahad tu, hati tertanya2 - betul ke pagi raya ni? -rad-

tuan tanah said...

Saya raya hari Sabtu, di sini.

Tetapi tak rasa macam hari raya pun, alahai.

Ku Keng said...

Rampai:

sempena tahun baru, maka pembaharuan baru!

Selamat berhari raya kembali.

Madah Berhelah:

Terima kasih di atas ingatan,
Semoga nasihat menjadi ingatan yang berkekalan.

hjghaz:

munsabah pula K yang tidak membawa ong.

Saudi tak meraikan mauludur-rasul, jadi tak menjadi ikutan jabatan ber-K.

Puan DITH:

Dulu di Kampong Teko, ada wukuf. Oleh Ayah Pin.

Pa'chik:

Rabu, maksud saya. Kerana Selasa masih tasyrik mengikut kiraan 'Eidulfitri yang jatuhnya Sabtu di Saudi.

Liyas:

Bermula dari Mina dan selepas wukuf dan bermabid, jemaah kembali ke Mina untuk melontar.

Lentiform:

Selamat Hari Raya kembali.

Yeop:

Tok Batin tu rujuk kepada rukyah ke hisab.

Sayuti:

Wallahu a'lam.

blackpurple:

Amin. Dan semoga dunia menjadi lebih aman pada tahun ini dan pada tahun-tahun yang akan datang.

Anon:

Negara semakin maju tetapi banyak hal yang belum terjawab.

Tuan Tanah:

Mungkin kerana terlampau sejuk. Nak buat korban pun tak meriah.

Pegawai Khalwat said...

Tuan Keng,

Betul tu. Konpius juga saya. Depa dok ikut kalendar Gregorian kot.

maklang said...

maklang ada jugak tanya kat kawan pasal ni. dia agak ariff dalam benda2 macam ni. dia kata, mengikut perkiraan waktu anak bulan tu nampak lebih awal lagi dari di malaysia
( masa 1 Zulhijjah), sebab tu mereka raya awal. Waalahua'lam...

Maklang pun confius sesangat pasal ni. adakah ini menunjukkan bahawa orang2 islam tak bersatu???:(

Ku Keng said...

Tuan Pegawai:

Soalan: Adakah tugas Tuan sebagai PK akan dimansuhkan, bersabit dari arahan baru Jabatan PM dan Mufti Perlis? :-))

Masalah tentang penetapan hari sudah terlampau lama kita hadapi. Dan perlulah kepada kesefahaman yang universal. Orang Cina kata kalendar mereka lebih tepat dari Gregorian.

Maklang:

Kalau begitu mungkinkah 1 Muharram di Saudi misalnya berlainan dengan 1 Muharram di Malaysia. Bermakna petang nanti mereka sudah tahun baru, tapi di Malaysia lusa baru tahun baru?

Mereka yang ariff sungguh mengelirukan kita yang tak ariff.

maklang said...

keng:


nanti orang balik dari haji, kita tanya bila 1 muharram di sana...

tapikan kalau bulan puasa, kenkadang Saudi Raya dulu, dan kita kena ikut kat mana kita berada untuk mak raya...

KakNi said...

Tempat kerja sayapun buat majlis korban pada hari rabu, sebab selasa tu masih cuti umum, lagipun kalau ikut 'pengistiharan', hari rabu tu 'valid' lagi.

Kita yang tak arif ni percayalah pada orang yang arif.

Ku Keng said...

maklang:

Terbaik. Dan kalau mereka dulu ber Hijrah dari kita di Malaysia, maka semestinya mereka tua sehari dua daripada kita di sini.

:-))

~ahni~:

Tapi ramai yang ariff kerana terlalu ariff tak ditakrif.