Powered By Blogger

Sunday, December 24, 2006

Malam dan Hari Yang Sepuluh

Mungkin pesanan ini agak terlewat. Tetapi taklah terlalu terlewat kerana Zulhijjah baru saja bersama kita.

Surah Al Fajr mengingatkan kita pada malam yang sepuluh (Demi fajar; dan malam yang sepuluh; dan yang genap dan yang ganjil (QS.89:1 -3). Hari-hari yang dimaksudkan ini termasuk hari-hari yang kini telah dan akan bersama kita.

Ada tiga bulan-bulan hijriah yang mempunyai 10 hari yang penuh berkat. Iaitu:

  1. 10 akhir Ramadhan;
  2. 10 awal Muharram, dan
  3. 10 awal Zulhijjah:

Dan peristiwa-peristiwa dalam Zulhijjah, mengikut Abil-Laits Assamarqandi, adalah:

  • 1 Zulhijjah adalah hari Allah menganugerahkan keampunan kepada Nabi Allah Adam a.s., dan juga hari pertemuan Nabi Allah Adam a.s. dengan Siti Hawa, di bumi iaitu di Arafah;
  • 2 Zulhijjah adalah hari penerimaan do'a Nabi Allah Yunus selepas beberapa lama dalam perut ikan nun;
  • 3 Zulhijjah adalah hari Allah SWT perkenankan do'a Nabi Allah Zakaria a.s. Tersebut di dalam kitab Al-Futuhat Ar-Rabbaniyyah ‘ala Al-Adzkar An-Nawawiyah, bahawa jarak masa doa Nabi Zakaria ‘Alaihissalam memohon untuk dikurniakan zuriat dengan berita gembira yang diterimanya, adalah 40 tahun;
  • 4 Zulhijjah adalah hari kelahiran Nabi Allah 'Isa a.s.;
  • 5 Zulhijjah adalah hari kelahiran Nabi Musa a.s.;
  • 6 Zulhijjah adalah hari Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-Nabi-Nya ;
  • 7 Zulhijjah, hari pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula selepas 10 Zulhijjah.;
  • 8 Zulhijjah adalah hari Nabi Ibrahim a.s. bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail. Seharian ia berfikir tentang apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan hari Tarwiyah (hari berfikir-fikir).
  • 9 Zulhijjah adalah hari turunnya ayat terakhir kepada Rasulullah sollahu 'alaihi wassalam, iaitu pada ketika Nabi sedang wukuf di Arafah pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun ke-9 H. Ayat terakhir yang yang diturunkan ini tersebut dalam surah al-Ma'idah, ayat 3. Menurut sejarah, Nabi wafat 81 hari selepas ayat ini diturunkan.
  • Pada 9 Zulhijjah juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dari-Nya bukan dari syaitan. Justeru hari itu dinamakan hari Arafah (hari tahu).
  • 10 Zulhijjah adalah Hari Raya 'Eidul Adha (Hari Raya Korban) yang dinamakan juga hari Nahar (menyembelih). Barang siapa berkorban pada hari ini dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan menjadi sebab untuk mendapat kemapunan dari Allah akan dosanya serta dosa ahli keluarganya. Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau apa jua sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta dengan timbangan amal baiknya lebih berat daripada Bukit Uhud, sebuah bukit yang terdapat di Madinah.

Dan hari-hari ke-11, 12 dan 13 Zulhijjah adalah hari-hari Tasyrik. Marilah kita hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, dan bertakbir selepas solat waktu.

Banyak syarah-syarah dari ulamak-ulamak yang muktabar, tentang fadhilah berpuasa pada hari-hari 1 sehingga 9 Zulhijjah. Pada pagi 10 Zulhijjah pula disunatkan 'berpuasa' dari waktu fajar sehingga selepas khutbah solat 'eidul adha.

Wallahu a'lam.

Selamat berpuasa.

8 comments:

HCI said...

nak puasa tapi ramainya saudara mara yang kenduri kawin, tapi insyallah, hari khamis dan jumaat mesti.

di katakan tuhan mengampuni dosa tahun ini dan tahun akan datang jika berpuasa di hari jumaat nih.

dith said...

Insyallah hati bertekad berpuasa sekurang2nya hari Wukuf.

-Satu permintaan: Tuan Keng, mata saya mempunyai masaalah membaca blog yg berlatarbelakangkan warna hitam. Setiap kali sesudah membaca, mata menjadi kabur! Tukar le warna lain, :p

Ku Keng said...

Kah Has:

Insha Allah Has. Kata mursyid-mursyid, Allah itu sifatnya adalah apa yang tersemat di hati kamu. Dan kita yang berbaik sangka akan sentiasa untung dengan kemurahan-Nya atas rahmat-Nya.

Puan Dr:

Insha Allah juga.

Dah ditukarkan warnyanya. OK?

Anonymous said...

keng bey..

love this new template..
terima kasih atas peringatan ini..

Salam aidilAdha utk keng bey dan keluarga.. maaf zahir dan batin

Pegawai Khalwat said...

Yang ruginya ramai yang lebih kenal kalendar Gregorian dari kalendar hijriah kita.

Ramai yang lebih tahu 1 Januari ada apa, 14 Februari ada apa dan sebagainya.

Ramai juga yang mungkin sedar tapi tidak menyedarkan. Entahlah.....

blackpurple @ jowopinter said...

Betul kata tuan pegawai tu. Yang lebih menyedihkan ramai orang kita yang lebih hafal tarikh yang entah apa-apa berbanding tarikh kebesaran kita Islam sendiri...

Mengingatkan diri saya sendiri sebenarnya ni...

masaklomak said...

Thank you for the reminder and posa tadi but esok tak posa kot coz niaga kerepek tadi ada orang offer breakfast but reject coz posa but rasa2 nye lagi elok accept offer tu dari posa sunat kan? Posa tu sunat je but reject offer sesama islam macam tak baik yo. so esok tak posa coz nak jaga ati kawan tu. Moga2 my choice is correct.

salaam

Sayuti said...

perubahan sempena tahun baru ke tuan?