Powered By Blogger

Saturday, December 02, 2006

KEBETULAN




I.

Agaknya apakah kemungkinannya sesuatu kebetulan itu berlaku?

Terpulang sebenarnya kepada apa yang kebetulannya. Dalam teori probability atau kemungkinan, ia adalah fungsi atau faktor kepada kerambangan dan juga antaranya kepada keadaan, perbuatan dan masa.

Tapi apakah kemungkinan anda hadhir pada hari pengebumian teman rapat, di tempat yang jauh dari kampung atau negara, dan tanpa menyedari bahawa yang dikebumikan itu teman sendiri?

II.

Lima tahun dulu saya sengaja mentakhirkan urusan di Jeddah supaya sempat menyambut Ramadhan di Makkah al Mukaramah dan di Madinah al Munawarrah. Dalam perjalanan dari Makkah ke Madinah saya mendapat berita ada kemalangan di jalan yang sama yang melibatkan sebuah van yang membawa jemaah Malaysia terhumban dalam gaung. Dan sewaktu tiba di Madinah, saya menerima sms dari KL. “Uncle, tolong uruskan jenazah ayah dan adik saya. Mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya dekat Madinah dan telah meninggal. Mayat sekarang akan dibawa ke Madinah.”

Keesokan harinya saya menanti-nanti di Masjid Nabawi sewaktu ‘Asar kalau-kalau jenazah dibawa untuk urusan solat. Ada empat jenazah yang dibawa dan saya pun berkejar ke Baqi’ sebaik sahaja solat jenazah selesai. Setelah bertanya kepada pegawai Kedutaan yang hadhir, ternyata mayat yang saya nantikan belum diuruskan lagi.



Begitu juga pada hari keduanya. Giliran untuk mengebumikan jenazah yang saya tunggu belum tiba.

Dan pada hari ketiganya juga begitu. Selepas ditanya, jawapan yang saya dapati daripada pegawai Kedutaan adalah, balai polis di mana jenazah disimpan, hanya dibuka selepas solat Tarawih dan tutup dua jam selepasnya iaitu pada tengah malam. Pegawai yang bertugas hanya dua orang dan mereka malas atau enggan untuk berurusan.

Pada hari keempat, tibalah giliran jenazah bapa dan adik teman saya. Dato Wan Hilal dan anaknya. Dikebumikan tak jauh dari kawasan maqam Sayiddina 'Uthman ibn ‘Affan. Dan berita yang saya sampaikan ke anaknya di KL amat menggembirakan ahli keluarga yang berkait kerana sekurang-kurangnya pengebumian telah disaksikan oleh seorang kenalan yang telah menjadi wakil mereka.

III.

Selalunya pada awal Zulqa’idah saya akan menyusun kad-kad ‘Eidulfitri yang diterima pada Ramadhan yang baru lepas, dan mengasingkan mana-mana kad yang tertera padanya ayat-ayat al Quran atau Hadith Rasulullah, untuk dibakar atau disimpan dengan rapi. Serta juga saya mencatit nama-nama pengirim sebagai ingatan.

Dan untuk tiga tahun berturut-turut saya tak menemui kad dari seorang teman rapat dari Kuching. Selalunya kami berlumba-lumba mengirim kad ucapan. Kalau tidak saya yang dulu, beliaulah yang awal. Mustaffa Anwar, anak Kampong Jawa, di seberang Sungai Sarawak di Kuching. Dan sememangnya seperti biasa, saya menghantar kad ucapselamat kepadanya.

Kebetulannya pada satu hari saya didatangi tetamu dari Kuching. Lantas saya bertanya sama ada beliau mengenali Mustaffa.

“Siapa tak kenal dia,” jawabnya, “Beliau aktif dalam barisan pemuda parti dan mempunyai harapan untuk maju dalam politik Sarawak. Beliau dah meninggal tiga tahun dulu.”

“Hah. Meninggal?” sahut saya, “Inna lillahi wa inna ilahi raaji’un. Sakit apa?” Saya bertanya terkejut.

“Bukan sakit apa-apa tapi kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan dari Madinah ke Makkah. Dalam bulan Ramadahan. Bersama anak lelakinya.”

Subhanallah,” sambut saya, dengan lembut. Dengan berlinangan air mata.

“Kenapa?” Tanya tetamu tadi terkejut.

“Saya di Madinah sewaktu itu dan hadhir pada waktu pengebumian kesemua jenazah. Tapi tak sangka Mustaffa antaranya.”

IV.

Siapa sangka bahawa saya akan menghantarnya ke penginapannya yang mutakhir sebelum Mahsyar. Inilah takdir dan ini adalah kebetulan yang amat rendah peratusan kemungkinannya.


Gambar: Pemandangan di Jannatu-Baqi'

25 comments:

Anonymous said...

Masyallah!

You never cease to amaze me

Anonymous said...

Salam,

This is masaklomak. I read your writing with interest and wish to give my 10 cents comments but cant do it coz there's problems when I login into my Blogger Beta. so I have to use anon to leave a comment. An anon requires your approval. Up to you then. But I'll post my name there so you'd know.

Kebetulan is a proof of how small this world is and how insignificant it is as compared to the hereafter.

Salam.

Anonymous said...

baru je petang tadi saya menghantar seorang saudara ke perhentian yang terakhir itu.

takziah utk En Keng. Setelah 3 tahun baru dapat berita ya...

p.s. Saya negeri TG Nik Aziz en keng bukan TG Haji Hadi.

Anonymous said...

Inna lillahi wa inna ilahi raaji’un....airmas

abdullahjones said...

saya tunggu kebetulan terjumpa bro.

Anonymous said...

Salam Ayahanda,
Jangan Bersedih, semoga allah merahmti al-marhum. Teringat al-marhum datuk saudara menunaikan haji lebih kurang 5 lalu. Mungkin ada niat sampingan semasa menunaikan haji, ingin menyelesaikan harta keluarga. Katanya "aku takkan balik sekiranya masalah harta itu tidak selesai.." dan al-marhum meninggal di makkah...al-fatihah

Anonymous said...

AJ-

Dan berapa peratuskah kemungkinan itu?

Anonymous said...

kata pm, hanya secara kebetulan anak menantunya dapat projek. tidak disengajakan.

Ku Keng said...

Puan DITH:

I was more amazed of the coincidences.

masaklomak:

Ya begitulah sebenarnya. Alam dunia ini amat kecil sebenarnya.

Pa'chik:

Takziah juga dari saya di atas peninggalan En. Zainuddin.

Airmas_SZ

Itulah kesudahannya bro., untuk kita semua.

KKK:

Terima kasih. Sekiranya tak putus harapan kita kepada Khaliq, kita sebagai makhluk akan selamat dan lebih cekal.

Juga mengingatkan kepada bab 1 dalam Hikam Ibn Ata'illah.

AJ:

Dulu mungkin saya akan kenal bila terjumpa. Tapi sekarang kerana perut AJ dah besar, saya harus teliti betul-betul supaya tak tersalah orang.

Kenapa tak call?

Sang P:

Jadi kesimpulannya masalah hutang tu selesai atau tak?

Puan DITH:

Peratusannya lebih tinggi untuk terjumpa Puan kerana rumahnya jugak di Kuantang.

NBB:

Betul. Memang betul.

Zizie:

Barangkali kebetulan itu ada kebetulannya.

Begitulah adanya.

Anonymous said...

tambahan atas soalan ayahanda

bukan masalah hutang, masalah pengagihan harta..doa al-marhum makbul..dia tak balik malaysia jadi tak selesai agihan tu..katanya 'deal' dengan pak arab..memang kita akan kalah..s.p tak tau le, belum pernah ke sana dan deal dengan orang arab.

sekian terima kasih

Anonymous said...

Keng,

AJ tak nak jumpa sbb nanti terdedah rahsia bahwa : he is not as macho and ganas seperti dalam blog dia!

Anonymous said...

assalamu'alaikum tok keng..

lama tak singgah kat blog tok ni.. kebetulan lalu sini saya nak bagitau la yg saya dah pindah rumah.. rumah lama tu kerajaan ambik balik..dah robohkan pun..rizab jalan gamaknye..

bila tok free..tok singgah le rumah baru saya ye..tak kisahlah kebetulan ke..kesalahan ke..yg penting semangat kejiranan kena ada kan...??

Anonymous said...

Assalamu'alaikum w.b.t.
Tok...ooo..tokk...
susahnye nak publish comment kali ni.. mcm tak bagi comment je..
tak pelah..kebetulan saya lalu kat sini nak gak turunkan sepatah dua kata... hish! ni masuk kali ketiga saya menaip comment ni kalau tak masuk gak memang takde jodohlah nampaknye..

nak bagitau tok..saya dah ada rumah baru..rumah lama tu kerajaan dah ambik..dah roboh pun..rizab jalan gamaknye..

jemputla singgah kat rumah saya yg baru ni 'nato720.blogspot.com' bila ada masa ye..tak kisahlah kebetulan ke kesalahan ke.. saya ada punye..everybody is welcome...tak macam tok punye rumah ni..mcm tak bagi masuk je..

Ordinary Superhero said...

Ya, teringat akan kejadian itu.

Kebetulan Ayoh Keng berada di sana sekurang2nya dapat mengurangkan gusar, gundah dan sedih keluarganya di sini pada masa itu.

Sayuti said...

qada dan qadar... Maha Suci Allah SWT.

Anonymous said...

Keng,

Tu gambar Baqi' tahun bila?

p.s. Takut satu masa nanti nak lawat Baqi' pon tak dibenarkan (Wahabbi takut Bid'ah!)

Chika Chika said...

lama sungguh tak membaca tulisan kamu. mcm dulu, masih suka isi tulisan.

eh.

sebaknya mengalami situasi 'kebetulan' camtu. :(

Chika Chika said...

lama sungguh tak membaca tulisan kamu. mcm dulu, masih suka isi tulisan.

eh.

sebaknya mengalami situasi 'kebetulan' camtu. :(

abdullahjones said...

dith, syyyyyyyyyttt!

loppiess said...

wah..sungguh mengujakan tulisan ini...dan pemandangan di jannatu baqi, burung burung, batu batu dan gurun..dan awan yang kelabu, keng, aku mengurut dadaku.

Anonymous said...

Salam Bro Keng,

Kehidupan ini penuh dengan kebetulan dan kejutan yang datang tanpa diduga, hadir tanpa diundang.

Anonymous said...

Salam Bro Keng,

Kehidupan ini penuh dengan kebetulan dan kejutan. Datangnya tanpa diduga, hadirnya tanpa diundang :)

Pegawai Khalwat said...

Tuan Keng,

Nak mengomen dulu, tapi talian yg timbul naik membatal hasrat.

Dah lupa apa yg nak dikomen dulu.

KakNi said...

Pak Keng,
Kebetulan yang sungguh tidak disangka-sangka. Kadang-kadang jika kita ikhlas, maka Allah akan tunjukkan kepada kita apa yang kita tidak nampak.

Ku Keng said...

S Pencinta:

Kesian pada Atok, sampai mati marahnya kepada Tok Arab.

DITH:

Tapi rekod suara merdu di Surau Sg. Lembing masih tak dipecah sesiapa.

NATO:

Saya dah singgah rumah baru anda. Cat baru nampaknya.

O Superhero:

Ya kebetulannya. Bersama seorang teman yang juga kebetulannya teman anda.

Sayuti:

Ya benar Yut.

DITH:

Tu gambar 2 tahun lalu. Sekarang penziarah diizinkan hanya di ruang hadapan perkuburan. Dan sebagaimana biasa kaum wanita hanya ditangga naik.

ChikaDior:

Jangan terlalu sebak. Minggu depan raya.

AJ:

:-))

Lope:

Begitu menguja sekali. Sunyi dan sepi meskipun disekelilingnya ada keriuhan tok-tok Arab dengan "Rialin, Rialin" mereka.

B Rampai:

Salam Dik.

Tapi jangan bergantung hanya kepada kebetulan. Usaha juga perlu.

Tuan Pegawai K:

Nanti akan ingat balik apa yang kebetulannya terlupa.

~ahni~:

Ya, begitulah keadaannya. Sambutlah tetamu transit dengan ikhlas. Nanti banyak keberkatan. Insha Allah.