Powered By Blogger

Saturday, January 06, 2007

Ilmu



Di kala usainya musim Haji 1427H/2006M dan kesepian yang akan menyelubungi kota Makkah buat seketika, saya teringat akan almarhum Sheikh ‘Abdul Karim al Banjari. Asalnya dari Kalimantan; berketurunan Banjar. Guru di Masjidil Haram, Makkah. Beliau pulang kerahmatullah sekitar empat tahun lalu. Di samping sempat dimanfaatkan beberapa ilmu dari Almarhum, saya mempunyai beberapa kenangan manis bersama beliau.

Sewaktu hayatnya, setiap kali saya ke Makkah, saya tak akan lupa menziarahi beliau di halaqah pengajiannya di Masjidil Haram. Ketika itu kalau ada pemuda-pemuda beraut muka atau berwajah Nusantara, berserban dan tak banyak bercakap-cakap, yang berkumpul di ruang-ruang di sebelah kiri laluan Bab 'Abdel-'Aziz ke Ka'abah, untuk pengajian, itu pastilah murid-murid beliau. Berbeza sekali dengan murid guru-guru Salafiah yang hanya berselubung merah atau putih. Khabarnya sekarang ruang itu sudah sunyi dan kebanyakan murid-muridnya telah pulang ke negara masing-masing, kerana ketiadaan igamah (atau surat keizinan) untuk bermastautin di sana.

Beliau seorang guru yang tegas. Sekiranya murid-muridnya tak dapat menjawab apa-apa soalan setelah ditanyainya sebanyak 3 kali, maka beliau akan menutup majlis pengajian. Kerana bermakna murid-murid belum faham apa yang telah diajari sebelumnya, tapi enggan atau malas bertanya. Maklumlah kesemua murid-muridnya bekerja pada siang harinya, sama-ada sebagai pemandu jemaah atau pekerja-pekerja kedai. Tetapi Almarhum adalah seorang guru yang amat baik dan pemurah.

Sebagai guru yang mengajar di Masjidil Haram, beliau sentiasa dalam intipan pengawal Masjid kerana beliau dari fahaman kaum tua iaitu bukan dari golongan Salafi. Maka setiap pengajiannya cuba dirakamkan oleh pentabir Masjidil Haram, untuk tujuan penapisan.

Dan pada suatu waktu selepas selesainya pengajian, datang sang pengintip untuk mengambil perakam suara yang tadinya diletak hanya beberapa inci di depannya. Almarhum mencuit saya dan berkata, ”Lihat tu,” sambil menunjuk kepada sang pengintip tadi. Almarhum senyum dan ketawa kecil. Sambil berjalan sang pengintip tadi meletakkan alat perakam rapat ke telinganya dan cuba-cuba mendengar apa yang direkodkan. Berkerut-kerut mukanya kerana tak ada apa-apa suara yang telah dirakamkan. Baik bunyi Melayu ataupun Banjar dan apatah lagi Arab. Selain dari bunyi putaran pita, yang kedengaran dari pita itu hanyalah kesepian. Kerana tak ada apa-apa bunyi langsung yang tertangkap pada pita rakaman tersebut. Begitulah kejadiannya setiap kali beliau mengajar. Allah SWT tak mengizinkan suaranya dirakam.

Malahan sewaktu beliau menyampaikan pengajian, suaranya pun tak kedengaran. Akan tetapi kesemua muridnya mendengar apa yang diajarinya. Kalau ada sesiapa yang melihat majlis pengajian tersebut, mereka akan menyangkakan bahawa itu adalah majlis pengajian orang bisu. Kerana tak ada bunyi dan suara yang kedengaran langsung, baik dari guru apatah lagi dari murid yang taat mendengar. Demikianlah Almarhum Sheikh ’Abdul Karim al Banjari. Seorang manusia yang aneh. Semoga Allah SWT merahmatinya dan meletakkannya di taman yang terindah di sisi-NYA. Al Fatihah kepada ruhnya.

Satu waktu Almarhum menceritakan kepada saya tentang mula-mula kedatangannya dari tanah Bandjarmasin ke kota Makkah untuk belajar. Berbulan-bulan beliau mencari guru untuk mengabdikan dirinya semata-mata untuk mencari ilmu. Setelah puas bertanya-tanya beliau dinasihatkan supaya berguru dengan seorang ulamak yang asalnya dari tanah Hindi. Apabila bertemu dengan guru yang dimaksudkan, alangkah terperanjatnya. Tak terhingga. Kerana orang yang bakal menjadi gurunya itu sering ditemuinya, malah setiap hari, dalam perjalanan dari rumah tumpangannya ke Masjidil Haram dan apabila waktu pulangnya. Beliau penjual haruman dan wangian ’attar di lorong yang menjadi laluannya ke Masjid. Dan beliau tak sekali-kali menyangka yang penjual 'attar ini seorang guru dan ulamak Hadith.




Begitulah Cik Rampai, aneh sungguh hidup ini kadang-kadang. Pemberi ilmu itu di tempat yang paling tak disangka.

Dan terima kasih Cik Rampai di atas puisi, sempena 'Eidul Qurban, yang begitu indah:

Korban

Rasa kehambaan yang mukhlis
tenang
dalam pelukan
cinta hakiki
harum
sebuah munajat
kamil
sekeping
hati.

Allahuakbar!

Wahai Tuhan
dalam kami menyisir
kehidupan
hiaskanlah di hati nan redup
puncak keunggulan
malai syahdu
keimanan.

~ Bunga Rampai ~



Gambar: Pandangan dulukala sekitar Masjidil Haram. Dalam bulatan adalah Rumah Maulud atau tempat kelahiran Rasulullahi sollallahu 'alaihi wassalam.

16 comments:

Anggun said...

Assalamua'laikum Tuan Keng..

Kaifa Haaluk..

Berbulan tidak meninggalkan komen di blog tuan. Saya masih pembaca tetap laman tuan..cuma akhir2 ini internet di rumah tak boleh di buka langsung..Alhamdulillah hari ini baru pertama boleh berjalan spt biasa.

Cerita tuan menyedarkan saya lebih lagi tentang salahnya saya 'judging the books by its cover'. Kita tahu..kita sedar..tapi dalam diam kita masih mempunyai anggapan tersendiri dalam menilai seseorang dari luaran semata-mata..MasyaAllah..siapa yang sangka ulamak itu hanya penjual minyak attar..

Sesungguhnya saya masih insan yang daif dan di dalam kezaliman..Astaghfirullah..

Tkasih atas sebuah cerita yang cukup memberi iktibar..maaf komen yang panjang..

Pa'chik said...

al-Fatihah utk almarhum. Sungguh besar rahmat Allah utk beliau itu. (Kalau kat mesia, mesti kubur almarhum dah dikeramatkan).

blackpurple @ jowopinter said...

tuan keng,

Kepingin untuk ke sana....

Ya. Walaupun Almarhum sudah tiada tapi ilmunya peninggalannya akan terus hidup...

Yeop-Harley said...

ayah keng

kat malaya ni org2 hindi tak ramai yang jadi dai'.
yang ramai jadi tokeh nasi kandar,nak berguru pun dia ajar ilmu tebor roti canai je.
yang di lorong jln ampang tu jual sireh berintikan emas dan perak.ada yang baik kat mesjid sri petaling..nak ikut yut pergi sekali lah....

Bunga Rampai said...

Salam Bro Keng,

Terima kasih atas entri ini. Menyentuh naluri, terharu.

Mudah-mudahan Allah SWT membuka hati kita semua untuk mahu mencari ilmu yang ada di mana-mana itu, kemudian dipermudahkanNya untuk kita mempelajari ilmu itu, seterusnya dikuatkan iman kita untuk menggunakan ilmu itu pada jalan yang benar. Amin.

Sayuti said...

cerita yang menarik... takjub.

subhanallah.

dith said...

Keng,

Dengar kat UIA, solat jumaat dua kali , satu kumpulan biasa dan satu lagi, faham2 lah

tuan tanah said...

Terima kasih atas entri ini.

Menarik benar.

Anonymous said...

Tuan Keng,

Tuan mencuitkan kerinduanku kepada Ka'abah dan Mekah.

Unknown said...

Assalamualaikum Tuan Keng,

Ilmu, kenangan dan pengalaman yang kita dapat bukan mudah untuk dilupakan apatah lagi yg banyak membantu dalam kehidupan kita sehari2 dalam mencari ilmu dunia dan akhirat dan untuk mendapat keberkahan Allah yang Maha Esa. Betoi tak Tuan Keng?

Pegawai Khalwat said...

Tuan Keng,

Memang benar. Ilmu itu kita boleh dapat di tempat yang tidak kita sangka. Hidayah Allah itu adalah atas kehendaknya.

Sebab itulah saya sering mengingatkan diri saya dan orang lain, bahawa ilmu itu boleh datang dari mana-mana sahaja. Terpulanglah sama ada kita sedar atau tidak.

Kadangkala sudah lama, barulah kita sedar ilmu yang kita pelajari. Nak lagi ilmu kehidupan.

Tapi dalam satu majlis ilmu yang saya sertai, dikatakan kalau mahu belajar mestilah ada guru. Jika tiada guru nanti syaitan akan menumpang menjadi guru kita.

Apakah benar begitu? ada komen tuan barangkali.

maklang said...

Subhanallah....moga2 guru itu sentiasa dibawah lindunganNya...Amin.....

simah said...

Al fatihah utk arwah.. itulah jasa seorang guru..walaupun tiada di dunia.. ilmu yg menafaat masih dapat diteruskan oleh anak muridnya..dan dikenang seumur hidup..masyaallah

masaklomak said...

Ilmu saya cetek dan sikit. Nak share tapi malu sebab dah try tapi takde orang nak tau. Nak amalkan tapi tak guna nye ilmu.... pasal bahasa asing la... pasal kira riba la...So kalau ada ilmu tapi tak guna pon tak guna gak.

Ada ilmu tapi tak praktik kan ... tak guan gak. Macam kite ni la.... ilmu kata kena puasa, kite puasa. Ilmu kata kena Qisas.... tak pakai pon. Ilmu kata jangan amik riba, tukar interest jadi profit.... abih riba... astaghfirullah.

Tak cari ilmu, zalim. Ada ilmu, tak pakai, zalim. Ada ilmu, tapi di guna untuk mendapat kepentingan dunia saje.... lagi zalim.

Ku Keng said...

Anggun:

Alhamdulillah bikhair, insha Allah abadan, daaimaan.

Terima kasih Cik Anggun diatas komen dan lawatan.

Ya, Uwais al Qarni, hanya penjaga unta, tetapi berilmu sehingga dipuji oleh setiap penduduk langit. Komen panjang tak mengapa, asalkan berguna untuk semua.

Pa'chik:

Saya pun lupa nak bertanya di sebelah mana kubur almarhum di Ma'ala. Dan ya nasib baik beliau bukan tinggal di Malaysia.

blackpurple:

Kalau kepingin itu sudah dikira amalan baik. Insha Allah tekadkan niat tapi jangan bersandarkan kepada "kalau aku ada uang ...."

Yeop-Harley:

Kalau Yeop ke Masjid India Ipoh, mereka akan menunjukkan kepada Yeop senarai ulamak-ulamak Hindi di Malaysia. Bukan hanya yang menjadi karkun.

Bunga Rampai

Salam Dik.

Aamin, Alluhamma aamin.

Sayuti:

Begitulah misterinya alam dan penghuninya Yut. Betul ke kamu bukan Banjar?

Puan DITH:

Tak pula saya dengar tentang itu. Nanti minggu ni saya akan cek.

Tuan Tanah:

Ya, banyak lagi yang menarik tentang almarhum. Insha Allah akan saya ceritakan.

Anon 1:

Kalu dah dicuit, maka bersiaplah. Inshallah. Haramain.

Putri

Dan ilmu kalau tak dimanfaatkan tak ada gunanya. Yang akan menemani kita di kubur adalah ilmu yang dimanfaatkan dan yang bermanfaat.

Tuan Pegawai Khalwat

Yang dimaksudkan dengan keperluan berguru, adalah supaya yang dibaca itu tak mempunyai kesilapan. Apatah lagi pemahaman. Dan seruan ini bukan hadith, hanya kalau tak silap, pesanan Sayiddina 'Ali k.r.w.

maklang:

Insha Allah dengan keberkatan ilmu yang telah diajarinya. Maklang apa khabar menghadapi tengkujuh yang terlewat.

Simah Hanim:

Begitulah pernanan dan jasa guru. Akan disebut-sebut dan dikenang selama-lamanya.

Masaklomak:

Yang berguna adalah menyedari tahap ilmu di dada. Itulah ilmu. Dan tak semestinya ilmu yang sikit itu tak boleh dibuat teladan.

Hari ni masak lomak lagi ke?

NATO said...

subhanallah...ma a'jaba!
ta'jub dgn kisah ni..lagi ta'jub tok dpt mengenali insan yg mulia begini..ilmu yg manfaat tak semestinya hanya boleh kita perolehi dr org yg ahli dlm ilmunya malahan kekadang boleh kita perolehi diatas kesilapan yg kita lakukan...itulah hikmah di sebalik kejadian

p/s - nak gak tau..bila peristiwa ni berlaku..??