Sunday, September 10, 2006

Salam




SALAAMU ALAIKUM

I pray the prayer the Easterners do,
May the blessings of Allah abide with you,
Wherever you stay, wherever you go,
May the beautiful palms of Allah grow,
Through days of labour and nights of rest,
The love of Allah make thee blest.

So I touch my heart as the Easterners do,
May the blessings of Allah abide with you.

~ author anonymous ~


Kebelakangan ini, pelbagai masalah melanda usaha-usaha untuk mengemaskinikan blog. Masalah streamyx yang berterusan, kesihatan yang terjejas dari sebab terkena hujan, dan kini pula kesibukkan untuk menyelesaikan tugas-tugas sebelum Ramadhan al Mubarak.

Salam dari saya buat teman-teman sakalian, dan terimakasih di atas pesanan-pesanan. Semoga keberkatan Sya'aban masih bersama kita dan tidak pula kita leka dan lalai dengan tidak mengambil peluang yang diluahkan Ilahi dengan Rahmah-Nya pada bulan ini.

Insha Allah akan saya menjawab komen-komen dan akan saya panjangkan pengalaman baru tentang usaha saya untuk membawa Chris dan rakan-rakannya ke pangkuan Islam.

14 comments:

bunga rampai said...

Lama menunggu, baru tiba. Alhamdulillah. Salam jua buat Bro Keng, harap kesihatan bertambah baik.

Kebetulan saya ada pengalaman lebih kurang kisah ini, insyaAllah saya ceritakan selepas pulang dari kembara.

~ahni~ said...

Tak sihat rupanya Tuan Keng. Semoga cepat sihat. Saya selalu berusaha supaya 'fit' dan sihat bila tiba bulan ramadhan supaya seronok rasa berpuasa tapi kalau tak sihat jugak, redha

Ordinary Superhero said...

Saya pun ada mendapat khabar Ayoh Keng kurang sihat. Semoga kesihatan bertambah baik sekarang ni.

Ramai orang komplen Streamyx buat hal. AlhamdulilLah, tak de masalah pulak di kawasan rumah hamba.

Anggun said...

Tuan Keng,

Sedih hamba mendengar perkhabaran tuan yang tidak sihat..Maka terjawab gerangan mengapa blog tuan tidak dikemaskinikan.

..Semoga Allah mengurniakan kesabaran kepada tuan dan didoakan agar tuan segera sembuh dan sihat walafiat..amin...

Saya menanti catatan tuan ya..:)

The Lost Butterfly said...

Get well soon...

Jiwa Rasa said...

Sdr Keng,

Selamat menyambut Sya'aban dan Ramadan. Moga dikurnia kesihatan untuk bermesra dengan bulan yang mulia...

dith said...

Keng,

Samalah kita tak sihat

zizie ali said...

akhi keng,
di luar, 'kerja' kita hampir serupa, walaupun blog kita berbeza. jgn beritahu sesiapa, ini rahsia kita berdua. :)

Sayuti said...

sakit itu untuk mengingatkan kita tentang nikmat sihat, tuan.

sibuk pula untuk mengingatkan kita tentang nikmat kelapangan.

selamat menyambut ramadhan.

lentiform said...

Hope you are out of the blues now

NBB said...

jangan lupa makan ubat pak keng. er...apa jadi dengan cerita kulup nak kawin dengan janet tu?

Has said...

Keng, mu tok cukop vitamin kot ;-)

Aku menginginkan "Salamunkaulam min ralbilalamin", eh betul ker, malah nak check; tapi orang puteh nya:

"Peace!" a Word of salutation from a Lord Most Merciful!

Calang orang jer yang dapat, bahkan kata orang kalau masuk syurga pun belum tentu dapat nikmat tuh.

Selamat ber Ramadan

Pegawai Khalwat said...

Tuang Keng, semua itu cabaran mengembangkan hidayah-Nya.

Ku Keng said...

Rampai:

Kami menanti kisah kembara dik Rampai.

~ahni~:

Alhamdulillah. Baru terkena air hujan dah kalah. Begitulah ketahanan yang tak lagi tahan.

OS:

Streamyx tak mengaku yang mereka ada masalah. Sekarang berfikir-fikir untuk tukar kepada Maxis atau Digi.

Anggun:

Saya diberi semangat oleh satu hadith yang menjanjikan pengampunan Allah SWT kepada orang yang sakit. Jadi itu adalah satu anugerah kepada badan.

The Lost Butterfly

Alhamdullah dah OK. Thanks.

Jiwa Rasa:

Selamat menyambut Ramadhan yang akan menjelma dalam beberapa hari lagi.

DITH:

Alhamdulillah, sudah seperti normal.

Zizie:

Mari kita berkongsi pengalaman.

Sayuti:

Yut, kawan-kawan kamu di Sabah aktif berdakwah dan amat berjaya. Hanya perlukan sokongan material. Bantu mereka Yut.

Lentiform:

ALhamdulillah no more blues.

NBB:

Ubat dah makan dan dah terlambat agaknya. Janet lebih cekap.

Has:

Bitaming cukok tapi dah nak gerah nak wak guana.

Semoga kita dianugerahi salam yang sebegitu. Amin.

Tuan Pegawai:

Ya untuk bekerja kerana Allah tak semudah yang difikirkan. Tapi insha Allah bantuan Allah akan datang. Pasti.