Powered By Blogger

Wednesday, September 27, 2006

RAMADHAN KARIM

"Ramadhan Karim".

Begitulah sapaan yang akan sering diterima oleh seseorang apabila bertembong dengan sesiapa sahaja di lorong-lorong di sekitar Hussein, Khan Khalili atau Azhar iaitu di sekitar balad ‘Ataba, di kota Kaherah. Malahan juga dimana-mana sahaja di kota itu. Pembuka kata untuk bersilaturrahmi dalam bulan Ramadhan al Mubarak ini hanyalah dengan “Ramadhan Karim”, dan penerima teguran akan membalasnya dengan “Allahu Akram” serta senyuman.

Kemeriahan Ramadhan di Kaherah bukanlah dengan bunga api atau mercun atau bedil buluh mainan anak-anak, tetapi adalah pada keindahan warna-warni Khemah Ramadhan yang akan dipasangkan di tepi-tepi jalan dan lorong-lorong, dan di sekitar masjid-masjid dan kedai-kedai makan. Khemah berawan larat yang sungguh menarik, di mana iftar di sediakan sewaktu petang, dan untuk bersyisha dan minum teh atau kopi selepasnya. Warga kota Kaherah memang terkenal dengan budaya melepak di kedai-kedai teh. Alasan mereka adalah rumah-rumah mereka sempit dan panas dan hanya ada ruang untuk wanita-wanita. Anak-anak muda dan lelaki mesti menghadirkan diri di luar rumah.

Yang mengingatkan ku kepada Kaherah pada setiap bulan Ramadhan adalah juga pada masah-harati atau mesahharati, atau pelaung untuk mengejut bersahur. Satu budaya yang telah hilang dari negara-negara Arab yang lain. Hanya masih kekal di Kaherah terutamanya. Khabarnya. Pada ketika aku di Kaherah sebagai pelajar dulu, ada seorang masah-harati buta yang mengelilingi lorong-lorong dan jalan-jalan di sekitar ‘Atabah, sambil mengetuk-getuk tin dan melaungkan panggilan untuk bersahur dalam nada yang sungguh merdu. Beliau sungguh masyhur sehingga TV Kaherah menyelang-yelikan video laungan beliau pada malam-malam Ramadhan.

Di Malaysia kebelakangan ini sapaan Ramadhan Karim dibuat melalui sms. Sudah canggih. Mungkin budaya yang dibawa balik oleh pelajar-pelajar dari Mesir. Tetapi dalam sebegitu banyak sms Ramadhan yang aku terima, ada tiga sms yang aku kira begitu menarik.

Yang pertama daripada Bapak Didik Supriyanto dari Malang (Indonesia):

Bila seluruh UMUR adalah bagian DOSA,
maka TAQWA dan TAUBATlah ubatnya;
Bila semua HARTA adalah RACUN,
maka ZAKATlah penawarnya;
Bila seluruh BULAN adalah NODA,
maka RAMADHANlah pemutihnya.
Selamat menunaikan ibadah Ramadhan.

Yang kedua pula daripada Hafiz Abdul Shukur, imam dari Nilai, yang berbunyi:

Ramadhan datang lagi untuk mengulangi tuntutan hakiki,
Tanyalah pada diri.
Apakah Ramadhan tahun ini yang terakhir
dan akan menjadi sama seperti akhir kali,
Yang banyak dibiarkan berlalu,
Tanpa diisikan dengan iqra dan zikir?
Syukur pada Illahi, kerana Ramadhan masih sempat ditempuhi,
Dan kita diberi peluang untuk meperbaikkan kualiti.

Selamat berRamadhan.

Dan sms yang ketiga merupakan pesanan dari Habib Ahmad al Idrus, dari Malang (Indonesia):

Seorang Muslim, pada saat berbuka puasa, membaca:-
”Ya ’Adzhiimu ya ’Adzhiim.
Anta Illahii, laa ilaa ha ghairuk.
Ighfirlil dzanbal ’adzhiim,
fa innahuu laa yaghfirudz dzanbal ’adzhiim,
il-lal ’Adzhiim”

(wahai yang Maha Agung, wahai yang Maha Agung. Engkaulah tuhanku dan tiada tuhan selain Engkau. Ampunilah dosa-dosaku yang sebegitu besar, dan sesungguhnya tiada yang dapat memberi pengampunan ke atas dosa-dosa yang besar selain Engkau, yang Maha Agung)

niscaya akan terhapuslah dosa-dosanya dan menjadi dia persis bayi yang baru lahir.

Hadith riwayat Ibn Majah dan ditingkatkan sebagai hadith hasan.



Dan akhirul kalam, Ramadhan Karim dari Ku Keng sekeluarga.
Semoga Ramadhan ini akan dipenuhi dengan kegiatan ibadah yang lebih berkualiti dari yang lampau-lampau.


Nota kaki: Gambar hanya untuk menunjukkan contoh Khemah Ramadhan.

18 comments:

Bunga Rampai said...

Salam,

Allahu Akram, drpd saya untuk Bro Keng sekeluarga.

Pasar Ramadhan di Malaysia tidak berwarna warni. Barangkali jimat kos? Atau tidak terfikir oleh kita bahawa di sebalik pasar Ramadhan ada makna tersirat selain berniaga?

Terbayang gerai-gerai Ramadhan dipenuhi hiasan batik dan songket :)

hjghaz said...

Tuan Hj KENG,

Masahharati terkini saya adalah alarm handphone....itu pun selalunya kena
"snooze"......

Salam dan Ramadhan Karim untuk tuan n famili.

Anonymous said...

Keng,

Ramadhan Karim!

Cubalah hidupkan budaya masahharati di kawasan perumahan Keng...mudah2 an merebak ke tempat lain, :p Tapi kalau kawasan campur non muslim, entah apa reaksi mereka yek?

Mama Pongkey said...

Ramadhan Karim, semoga ibadah tidak akan lekang dari Keng sekeluarga,dan diterima oleh Allah swt.

Sang Pencinta said...

'Ayahanda' keng,
kalau lebih islamic, iftar di masjid atau pun anjuran ngo's islam, kurang islamic, 'buka puasa' seperti biasa di rumah bersama keluarga, di pejabat bersendirian (baru abih meeting, tak sempat balik rumah) atau tgh musafir(jalan pulang ke rumah), jalan jem, berbekalkan air sejuk. cuma yang tak berapa islamic, buka bersama artis kesayangan kat saloma bistro..ala-ala dondang sayang...cuma ada sahabat ckp, ok what, dressing baju melayu, surau pun disediakan. wallahu 'alam

simah said...

Ramadhan karim utk Keng Bey

Ni turki adat *masahharati*..orang pukul gong mengejutkan orang ramai utk sahur masih ada...tapi masalahnya bila duduk rumah flat ni.. esp level tinggi selalunya tak dengar..tapi adat ni masih tidak mati di sini.. walaupun di istanbul... cuma awal ramadhan... pertengahan ramadhan n akhir ramadhan diaorang akan bunyikan locheng kutip duit...ikut kemurahan hati.. masalahnya betul ke dia orang yg pukul gong atau tidak.. tu tak sure..kekadang ada yg tipu..so kesian pulak orang yg memukul gong yg sebenarnya..

NATO said...

Assalamu'alaikum w.b.t.

lama rasanya saya tak bertemu tok dlm blog ni..almaklumlah ada keuzuran..

saya ada satu sms saya terima dari kekanda yg dikasihi ttg ramadhan ni yg saya nak kongsi dgn semua yg mengunjungi blog tok ni la..

"Jgn lupa renew lesen mulut, serviskan hati, kawal kadar pencemaran mata & telinga, peliharalah enjin perut, tax minda & cukai kesabaran..anda mungkin pemenag Anugerah Malam Lailatul Qadar Ramadhan 1427H. Ayuh pebanyakkan beribadah dan beramal di bulan ramadhan ini. Selamat Berpuasa yg sebenarnya.."

Sya said...

Ku Keng, kak sya mengucapkan "Selamat Menyambut Ramadan dan Berpuasa".

Kak sya suka sms yg pertama tu.. sungguh bermakna

KakNi said...

Ku Keng,
Selamat Berpuasa dan Selamat Berterawih

Salah satu dari banyakkkk sebab saya suka bila berpuasa (baik bulan ramadhan ataupun tidak) ialah tak payah nak fikir pasal makan. Bila tak berpuasa tu asyik lapar aje, nak kena breakfast, lunch, minum petang, mkn malam. Kalau lambat makan nanti peninglah, pedih perut lah, bad mood lah tapi bila berpuasa tu rasa relax aje, memang nikmat Allah bagi kepada orang yang berpuasa

Ku Keng said...

Dik Rampai:

Salam Dik Rampai,

Kalau gerai-gerai dipenuhi hiasan batik dan songket, raya sakan mat gian kerana mereka akan berniaga barangan curi yang lebih berkualiti.

Selamat berpuasa.

HjGhaz

Terima kasih. Lain kali letak talipon tu jauh-jauh sikit supaya tak senang nak tekan butang snooze.

Puan DITH:

Mereka akan berkata ini satu peluang bagus untuk berniaga tengah malam. Jadi di samping menggerakkan untuk bersahur, mereka mungkin akan jual kuih muih. Tak ada orang akan marah kerana dia pun tolong ingatkan untuk bersahur sama.

Kenakelayan:

Allahu Akram. Kullu 'am wa antum bi khair.

Pencinta:

Selamat berblog. Jangan pedas-pedas sangat.

Dan lain kali simpanlah kurma di ofis dan kereta. Suruh Wak belikan.

Simah Hanim:

Tapi gong tu bergaung kuat sangat. Saya pernah lihat di Eyup dulu. Berdengung telinga.

Mc Kay:

Sungguh menarik sms itu. Dan amat berharap untuk mendapat anugerah laytul qadr. Insha Allah. Sekiranya Mc yang dapat, doakan kami semua.

NBB:

Kawasan rumah baru banyak anjing juga ke? Ke belum pindah?

Kak Sya:

Ada harapan ke untuk mendapat berita gembira selepas raya ini? Kami mendoakan kegembiraan untuk Kak Sya.

~ahni~:

Kawan saya yang belum lagi Islam, cuba berpuasa dan komennya,"Wow, fasting is really good. It controls your temper tremendously."

HCI said...

IF THE SPIRIT RECEIVES PROPER NOURISHMENT,
THERE IS NOTHING THAT WILL NOT GROW.
IF IT LOSES PROPER NOURISHMENT,
THERE IS NOTHING THAT WILL NOT DECAY.

MENG TZU.

Anonymous said...

Keng bey..

I conveyed ur selam to baba n he also sent his selam to u.. insyaAllah he will convey ur selam to senin hocan Nevzat bey ..

hayırlı Ramazanlar..:0)

simah said...

that was me..pardon..

Airmas sz said...

sdr K.Keng mencelah sikit ...lagu doa yang yang saya bikin dari SMS doa pak didik sudah di perdengarkan kepada beliau? apa katanya?

Sayuti said...

selamat tuan. semoga di akhirnya, kembali kepada fitrah.

wassalamualaikum.

Ku Keng said...

Kak Has:

The Malay proverb pulak, "throw a seed into the ocean and an island will grow"

Selamat berposa Kak, semoga kali ini posa sempurna dan ibadah serta amal lebih berprestasi.

Lentiform:

Allahu Akram to you as well.

Simah Hanim:

Cok Tessekur Ederim.

airmas sz:

Ya, beliau sungguh terkejut kerana mendapat pengiktirafan. Terima kasih kerana sudi mengabadikan rintihan hatinya.

Sayuti;

Yut, kali ini kamu bukan lagi pulang beraya bujang. Dan bertambah lagi rumah yang perlu ditandang. Dan sediakan lebih banyak lagi duit untuk diagih-agihkan. Begitulah Yut, akibah tukar status.

Selamat beribadah.

Ku Keng said...

Madah Berhelah:

Yang beliau laungkan adalah supaya ada sesiapa menghantarkannya makanan untuk bersahur. Berminggu-minggu beliau menantikan, tak ada yang peka. Agaknya.

Anonymous said...

aku pulak hantar sms "aiman tak kisah" sebagai ucapan ramadhan. hehehe. rasanya brader keng tak dapat sms begitu?

tok dan naga dapat :P