Tetapi bagiku adat yang baru dibentuk atau dibuat ini tak hebat. Sewaktu di Jakarta beberapa hari lalu, aku tertarik dengan berita dalam koran Media Indonesia tanggal 12 September.
PERANG SUKU DI MIMIKA BERAKHIR
JAYAPURA (Papua): Dua suku yang bertikai di Kabupaten Mimika, Papau, sepakat untuk mengakhiri perang 14 September mendatang. Kedua-dua suku yang bertikai, yaki suku Dani dan Suku Damal bersepakat untuk melakukan upacara patah panah sebagai tanda mengakhiri perang.....Upacara patah panah merupakan acara simbolis semacam gencatan senjata.
Proses upacara diawali dengan memanah anak babi di markas setiap suku. Kemudian sejumlah perwakilan kedua suku berlari memasuki wilayah suku lawan.
Setelah itu mereka berkumpul di suatu tempat dan saling memaafkan dengan cara saling berpelukan, dan kemudiannya menyerahkan sejumlah anak panah kepada pihak ketiga untuk dipatahkan sebagai tanda perang berakhir. Upacara diakhiri dengan bakar batu, atau menyantap bersama makanan yang dimasak menggunakan batu panas.
Aku bertekad untuk mengimpot budaya ini ke Malaysia supaya dapatlah dianjurkan pelaksanaannya kepada PAS dan UMNO; Tun Mahathir dan Pak Lah; Tun M dan Rafidah; KJ dan MCA; dan, dan, dan .... banyak lagi. Hanya tak perlulah kepada acara memanah babi.
17 comments:
Keng,
Alhamdulillah dah sembuh sakit. Bisness hantaran beratusan ribu. Mereka berdua telah set 'siling' tinggi. Lepas ni habis ler anak dara Pahang tak kena pinang atau pun terpaksa tungu Datuk A,B,C,....or Datuk Keng, haha
p.s. Keng nak import budaya tu masuk Malaysia kena pakai AP tak? :p
Keng,Kalau dia orang tak ada panah - dia orang nak patahkan apa? Arang? Kaki? Riok? Balik?
Ha ha.
Cipta lirik lagu heavy metal yang sarat dengan nasihat dan cara2 mengelakan pergaduhan antara suku kaum, adik beradik dan menantu mertua seta bahaya bergasak sesama sendiri. Jadi bila mertua mengamati lagu tu oo..ada nasihat rupanya..ooo. takderlah asyik makan penerajang gaya keldai sesapa yang mendengar musik tuh. Stuju Tuan Keng?
Bagus tu Keng. Acara panah babi tu boleh ditukar dengan sembelih lembu saja. Lepas tu sama-sama gotong royong masak lauk gulai lembu dan sebagainya.
Apa perlu berbangga dengan mas kahwin & hantaran tinggi-tinggi. Tunggu & lihat berapa tahun perkahwinan kekal bahagia, lepas tu boleh berbangga ..... macam DITH & Ikelah dah 22 tahun!
Panah ayam ok kot. Tapi kena ayam kampung la. Takat ayam daging budak-budak pun boleh panah.
Tak pun panah burung wak-wak.
Psss... tapi kena jaga, kot Greenpeace marah.
Bertekad betul ke Bro Keng ni?
Jika perlu bantuan, saya tolong sediakan anak panah :)
Salam.
aku selalu tonton national geographic. memang selalu ditayangkan pribumi indo dengan budaya-budaya mereka antaranya panah babi inilah.
hidup mereka lebih demokrasi.
oh..! patutlah ada orang kata kalangan khinzir tidak sukakan pendamaian.
Kesian anak babi tu Keng, depa nak berdamai, babi pulak jadi mangsa.
Kesian..babi pula jadi mangsa...
kalau tak dapat import budaya itu sekalipun, dapat import pemikiran hendak berbaik2 pun ok, 'first step' kata orang kampung.
'Ayahandaku', cuma nak tanya, ada ke beza antara 'babi' dengan 'khinzir', rasanya kalau panah khinzir, ok kut, rasa nya la..tak mampu digambarkan dengan kata-kata
sorry this is out of topic tapi saya cuma nak menyampaikan salam ramadhan utk Keng bey sekeluarga :0)
salam.
kenapa mesti 'anak babi' yang dipanah? bukan anak rusa, anak kambing, atau anak binatang-binatang lain?
adakah kerana babi itu melambangkan benda2 yang tidak molek, justeru memanahnya melambangkan menghapuskan sebarang kekejian yang masih terselit di mana2?
atau babi itu dikira sebagai sesuatu yang berharga, maka mengizinkan pihak lawan memanahnya di markas masing-masing adalah petanda 'hadiah' dan 'murah hati'?
salam
meow~
The coastal people of Papua Niugini, known as kulabob, originated from the archipelago. Perhaps this is our custom after all, so we should revive it. But instead of having disputants shooting arrows at pigs, maybe they should aim at each other for better effect. Then who knows, maybe the world will be a quieter (and more reasonable place)after they've applied to each other the homoeopathic dose.
Puan Dr.:
Sejarah juga menceritakan tentang Tun Teja yang dilarikan oleh Tok Hang Tuah. Dan wajarlah kenapa Dato-dato ke Pahang untuk mencari Teja mereka.
AP ini di bawah kelolaan Menteri Kebudayaan.
Naga:
Kalu patah arang, tak mungkin berdamai dah.
Anon1:
Mungkin mertua tak faham lirik lagu heavy metal kerana kehingar bingaran terlampau amat.
QOTH:
Tapi mereka mendesak babi itu simbolik kepada perangai orang yang memulakan pertelingkahan.
Semoga kekal abadi.
Tuan Pegawai:
Suruh mereka panah clay pigeons cukup la.
Lentiform:
:))
Dik Rampai:
Salam. Ya anak panah jualkan mahal-mahal sedikit. Untung lebih.
Op:
Dan tak banyak bicara. Kalu tak setuju mereka makan sahaja seteru itu. Bersih dan beres.
Lidah Penghunus:
Amboi bisanya nama!
Terimakasih di atas jemputan. Dah saya tandangi.
Kunci Hilang:
Sebab itulah mereka terpaksa memanah khinzir.
Usha:
Mari kita kembangkan budaya ini bersama.
Lope:
Kerana permulaan gaduh juga disebut "babi kau!" maka penutup pun mesti dengan babi.
Madah Berhelah:
Kalau belum duda, perlu didudakan dulu.
Blackpurple:
Tak pasal pasal. Dahlah nama tak cantik. Dijadikan bahan untuk penyelesaian sengketa pulak.
~ahni~:
Mereka lebih berbudaya. Meskipun sengketa lama, mereka sanggup berdamai. Tak bawa ke anak cucu.
ab matin:
Selamat datang 'anakanda". Kata wak, khinzir tu anak yang belum baligh. Kalu babi tu, wak bilang celenglah. Tanya wak untuk kepastian.
Simahhanim:
Terima kasih. Selamat kembali.
Adibabdullah:
Kerana babi tu mungkin pupus meskipun beribu-ribu ekor telah dikorbankan. Kalau yang lain-lain WWF akan bantah.
Ku Klux Klang:
But some might cheat by using cross-bows.
Post a Comment