Powered By Blogger

Tuesday, September 01, 2009

Berbuka di Udara

"Flight siang ke Jeddah senang," steward berbangsa Cina itu menerangkan kepadaku, "kerana tak perlu hidang makanan. Lagipun penumpang semua nak mengerjakan umrah. Mereka lebih berdisiplin."

Sejuk hatiku mendengarnya, sambil menyandarkan kerusi, menarik selimut dan cuba melelapkan mata. Lampu dalam kabin sudah dipadamkan dan hanya ada cahaya samar-samar dari lampu penanda ruang jalan. Di hujung barisanku, dua perempuan yang lebih separuh umur. Mungkin datin-datin bisik hatiku, kerana mereka berbeg yang berjenama mahal. LV. Pakaian pula nampak mahal. Bukan hanya berdua tetapi ada lima kesemuanya. Syak pertama pada hatiku, "ini pasti geng Abdul Wahab".

Beberapa waktu kemudian tidurku dikejutkan oleh bau makanan yang enak. Mengancam, kerana lapar berpuasa. "Ahh mimpi" bisik hatiku, "mana mungkin ada makanan kerana kami baru melepasi India". Apabila aku membuka mata terpandang yang datin-datin dan geng kesemuanya sedang menjamu juadah. Relaks sekali.

"Encik mau berbuka waktu Malaysia atau waktu Jeddah?" peramugari yang melalui dan terpandang aku sudah terjaga, bertanya.

"Syormu bagaimana?" aku bertanya.

"Kalau mereka, sudah berbuka," jawabnya, sambil menoleh kepada datin-datin tadi.

"Jadi mereka akan solat Maghrib selepas ini pastinya." aku sinis.

Ternyata jawapan tadi terdengar oleh datin yang terdekat dan dia menarik muka panjang.

Inilah angkara ramai yang tidak berilmu tetapi dipanggil ustaz dan diminta pula fatwa tentang hukum-hakam. Sehingga penyanyi rock pun dipanggil ustaz. Sungguh kesian kepada yang menjadi ikutan mereka, kerana kesungguhan untuk beribadat tinggi tetapi ajaran yang diterima tak bernilai.

Sewaktu akan berlepas pulang dari Jeddah malam tadi, aku berpesan kepada beberapa kawan lain, "Harap semua berbuka nanti ikut waktu Jeddah dan bukan waktu KL."

"Kenapa?" serentak mereka bertanya.

"Kerana kita bermula dari Jeddah. Bukankah ini selaras dengan pendapat datin-datin yang bersama kita sewaktu kemari dulu?"

Nota: Flight MH tiba di Jeddah 4 minit selepas waktu berbuka di Jeddah (6.45 pm tempatan). Bermakna orang Malaysia ke Jeddah akan berpuasa lebihkurang 4 jam setengah melebihi waktu kebiasaan di KL.

10 comments:

azharjaafar said...

Orang melayu ambil berat untuk 'buka awal waktu..'

Alangkah baiknya kalau ambil berat juga 'solat awal waktu..'

Anonymous said...

Salam Ramadhan & bertuahnya dpt berpuasa di Mekah,
Hehehehe...terkena batang hidung! *pengajaran utk saya juga -rad*

dith said...

Keng,

That's the price of sitting in business class eh? Having the luxury of sliding back comfortably with warm thick blankets. At the same time you have to withstand the queer antics of some wealthy people..

Bunga Rampai said...

Errr, ingatkan berbuka atas permaidani terbang! Hehehe... :P
.
.
Satu iktibar. Alhamdulillah.

Salam Bro Keng.

Unknown said...

heheehe..betul jugak kan..

WAFA said...

SELAMAT PULANG TUAN KENG

AL-ANEESA' said...

Salam bro...

pengalaman yang menyeronokkan.

salam persahabatan.

Queen Of The House said...

I wonder berapa ramai dalam pesawat tu berpendapat yang sama dengan datin-datin tu ....

Slama Ramadhan, Tuan Keng.

Ordinary Superhero said...

Teringat zaman kecik2 dulu, ada orang kampung yang menyeberang ke sebelah sana kerana sebelah sana dah nampak anak bulan syawal!
Semoga Ayoh Keng sentiasa sihat.

Abu Eismael said...

Salam Sheikh, CUmanya pasal fatwa Sheikh Qardhawi terigat Ramadhan lalu rombongan ofis ke London, ana tak pergi cuma rakan ana gi Flight Siang 1o Pagi, kalau anta haritu berpuasa lebih 4 jam, rakan ana puasa lebih 8 jam..mungkinkah harus menggna rukhsah musafir???