Sunday, August 23, 2009
Ramadhan Karim
Ramai orang dari Amerika menganut Islam kerana kehairanan tentang sikap persaudaraan antara Muslim. Bukan kerana dakwah yang berapi-api dari pendakwah Saudi atau Pakistan. Mereka hairan bagaimana perasaan seorang Muslim di Sao Paolo misalnya tersentuh apabila mendapat tahu tentang kekejaman di Penjara Abu Gharib di Iraq. Mereka kagum dengan kesediaan seorang pelajar dari satu ceruk Australia yang sanggup megorbankan kesenangan dan kemewahan hidup, untuk berjihad di Kandahar; dalam kesejukkan dan keadaan kekurangan makanan apatah lagi kemewahan. Apakah yang menjaringkan mereka? Ukhuwah. Itulah yang menjadi tambatan antara mereka.
Hari itu hari kedua Ramadhan. Beberapa tahun dahulu. Aku ke Hong Kong untuk sesuatu acara dan pesananku kepada penganjur supaya menempatkanku di kawasan berhampiran Nathan Road. Kerana ada masjid di sana. Mereka bukan hanya akur kepada permintaanku, malahan memberikan panduan untuk ke masjid, yang kebetulannya hanya tak sampai sepuluh minit dari hotel.
Petangnya aku bersolat ’asar di Masjid Kowloon dan selepasnya mencari ruang untuk membaca al Quran. Sekitar masjid pada waktu itu bising dengan hingar-bingar jentera kerana ada kerja-kerja pembinaan untuk projek pembesaran ruang. Di hujung tepi tangga tertera makluman ”Hall Construction in Progress. No Iftar will be served this Ramadhan.” Dan aku terfikir-fikir. “Nak keluar berbuka dulu atau tunggu berbuka selepas Maghrib?” Keputusannya, tunggu Maghrib sajalah. Sesudahnya bolih pulang ke hotel dan berbuka dengan korma Deglet Tunisia yang dibawa bekal dari KL.
Aku terus dengan bacaan al Quran. Tak beberapa lama, terasa-rasa seakan ada seseorang disisi ku, dan apabila menoleh sememangnya ada. Seorang India yang lebih muda dariku. Dia memberi salam, ”I am Abdul Hameed, please sir join me for iftar. I have some dates and water.”
Minhtithu la yahtahsib. Begitulah dalam ayat seribu dinar. ”(Rezeki) dari yang tidak dikira-kira atau dirancang.
Dan bersama Abdul Hameed-lah iftarku pada hari itu. Bukan hanya berdua tapi disaingi lagi oleh seorang temannya, seorang peniaga berketurunan India juga, yang mempelawakan kami dengan halwa dan sirapnya. Nikmatnya juadah beberapa biji tamar beserta secawan sirap; dan secubit halwa. Itulah keikhlasan ukhwah.
Ramadhan di Hong Kong seronok. Entah dari mana datangnya jemaah, tiba-tiba solat tarawih sudah memenuhi ruang besar solat. Jemaah dari pelbagai bangsa. Berukhuwah kerana agama yang maha suci.
Ramadhan Karim
Gambar: Masjid di Nathan Road, Hong Kong
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Ramadhan Kareem to you and family, too.
Lama m.i.a...:p
Salam Ramadhan Bro Keng,
Jalinan ukhuwah yang tulus erat dengan Tuhan menghasilkan rangkaian ukhuwah yang teguh dan berpanjangan sesama manusia.
Mudah-mudahan ketemu Layla pada satu malam rahsia itu. Amiin.
Assalamualaikum,
Salam Ramadan, tuan. Pastinya pengalaman amat menarik dapat berkunjung dan berukhuwah di negara orang. Semoga Ramadan memberi cahaya yang menerang hati.
salam ramadhan di perantauan saudara..moga kedatangannya kali ini membawa seribu erti
aiseh lama tak update ... sibuk sangat nih
Ramadhan Kareem to you and family.
salam bro, saya kat oxford 3rd week of june...
selamat berpuasa :)
Post a Comment