Powered By Blogger

Tuesday, September 08, 2009

Tamu di Masjid Hajjah Fatimah




Berbuka puasa di sesetengah masjid di Singapura berbeza dengan budaya di Malaysia. Kalau di KL misalnya, sambil menunggu-nunggu waktu maghrib, aktibiti jemaah berbeza. Ada yang bersembang-sembang. Ada yang memegang-memegang makanan dan meneliti rupa-bentuknya. Ada yang hanya termenung keletihan, dan mungkin ada segelintir yang berkumat-kamit membaca sesuatu.



Di Masjid Hajjah Fatimah, di Beach Road, Singapura; tepatnya di Kampong Gelam, aktibiti dikepalai oleh beberapa orang India Muslim, dan jemaah sungguh teratur, tertib dan hanya sibuk dengan zikrullah sewaktu menunggu Maghrib.

Ini pengalamanku beberapa tahun dulu. Petang itu aku, Bachtiar (abang iparku) dan Ram mencari Masjid untuk berbuka. Ram mencadangkan masjid Sultan dan aku menjawab "ikut saja". Tapi Bachtiar (atau Tiar) menolak.

"Kita ke masjid Mak," katanya. Bukan sebenarnya masjid emak kami, tapi namanya menyerupai nama mertuaku sendiri iaitu ibu kepada Tiar.

"Di mana?" kataku.

"Ikut," jawab Tiar, "tak jauh dari sini. Kita jalan kaki saja."

"Siapa Hajjah Fatimah?" tanyaku,

"Seorang perempuan Melaka yang kaya. Asalnya dari Melaka dan balu kepada seorang putera raja dari Bugis. Dua kali rumahnya dimasukki pencuri dan kali ketiganya terbakar. Disebabkan pada kesemua ketika beliau tak ada di rumah dan terselamat, beliau bernazar untuk mendirikan masjid pada tapak rumahnya. Satu masjid yang indah, dan keunikan menaranya adalah condong, seperti Tower of Pisa," Tiar menerangkan.



Setibanya di Masjid, sudah ramai yang ada di ruang makan. Masing-masing menghadap juadah sambil beramai-ramai berzikir mengikut apa yang dibaca oleh kepala jemaah.

"Allahumma firlana yaa ar arhamar Raahimin" dan diselangselikan dengan "Allahummma inna nas aluka ridhaaka wal jannah, wana'uzubika min sakhatika wan nar."

Sungguh merdu dan menyayat hati.

Bukan setakat suasana majlis begitu mengkhusyukan tetapi ambience masjid juga tenang untuk beribadah.

Kini Tiar sudah lama pulang kerahmatullah dan Ram sedang tenat akibah kanser usus. Sewaktu aku menziarahi Ram, cerita ini amat menyeronokkannya. Semoga Allah menganugerahinya dengan husnul khatimah.



Ramadhan Karim.

9 comments:

Ordinary Superhero said...

Doa saya untuk teman Ayoh Keng. Semoga Tuhan meringankan beban sakitnya sekadar dia mampu menanggungnya.

AL-ANEESA' said...

Salam bro..

Memang seronok merasai perbezaan berbuka puasa di negara yang berbeza.

Buat yang telah pergi..al-fatihah.

Awang Goneng said...

Assalamu 'alaikum Tuan Keng!

Di Muslim Channel ada iklan setiap hari dari estate agent Hamptons utk condominium di pinggir masjidil haram. Location! Location! Hampir pula dengan Starbucks, barangkali.

Ramadhan kareem, semoga kita bermanfaat darinya.

dith said...

Reminds me of Masjid Bingkudu, daerah Canduang, Bkt Tinggi, one of the oldest mosques in Indonesia.

The ambiance is so serene and peaceful...

Awang Goneng said...

Tuan Keng!

Sekali lagi, maaf. Komen ini sebenarnya utk rencana 'Berbuka di Udara', bukan untuk ruang ini. Tapi tak apalah, silap alamat.

Semasa di Singapura tak ke Masjid Baalawy?

Salaam!

MYA MARJA said...
This comment has been removed by a blog administrator.
MYA MARJA said...

Assalamualaikum,
Salam Ramadan Tuan Keng. Moga makin bertenaga menghadapi sepuluh akhir Ramadan ini.

Bunga Rampai said...

Salam Bro keng,

Kecik-kecik dulu masa tunggu berbuka depan makanan, mulut kumat-kamit dengan bacaan: "bila nak buka nih ... bila nak buka nih?"

Terima kasih info menarik ini. Saya tak tahu pun masjid ini wujud.

Al-Fatihah kepada yang sudah kembali kepadaNya.

lloni said...

satu masjid yg dah taujud lagi...masjid aminah..ingin sangat ketahui siapa aminah ini...