Powered By Blogger

Friday, January 02, 2009

Jumaat Lalu Tahun Lepas




Hari ini seminggu lalu aku menghadhiri pengebumian dua teman. Kedua-duanya mati akibah kanser. Pada paginya Lukman dan petangnya Nik Ruslin.

Allahyarham Lukman seorang pensyarah universiti yang gigih pengelibatannya dalam pembinaan kapasiti tenaga mahir dalam perbankan Islam. Allahyarham Nik pula bertugas di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan mengetuai Jabatan Pasaran Modal Islam. Kedua-duanya amat aktif dalam perbankan dan kewangan Islam.

Hanya dua minggu lalu aku bertanyakan Puan Saidah, kakak kepada Lukman tentang ehwal adiknya dan beliau menyuarakan dengan keseronokan tentang perkembangan kesihatan pada dirinya. ”Lukman beransur pulih. Matanya sudah boleh bergerak, meskipun belum ada penglihatan,” begitulah ceritanya. Allahyarham menghidapi lymphoma atau kanser darah.

Tentang keadaan Allahyarham Nik pula, baru dua bulan lalu aku meminta Kak Has untuk memberi pandangan tentang apa yang perlu dijalaninya, mengikut kaedah alternatif. Kebetulan ketika itu beliau pulang ke KB untuk menziarahi keluarga. Mereka tidak bertemu tapi dari perbualan Has dengan isterinya Has memberitau, ”I think the hubby needs urgent attention.” Apabila Nik menaliponku selepasnya, dari getaran suaranya, meskipun beliau bersungguh mengatakan, “Hor, sihak doh. Cumo kade-kade senok jo sikik,” dapatku merasakan bahwa keadaanya tidak sepertimana jawapannya. Begitulah sikap Allahyarham, sentiasa tidak mau menyusahkan sesiapa.

Meskipun banyak yang hendakku ceritakan tentang pengalamanku bersama Allahyarham, memadailah apa yang ditulis oleh Nazri Chik , OSH dan Zahid Aziz tentang beliau.

Allahummagh firlahum warhum.

Kepada Syed H pula, jazakallahu khairan atas pemberian kumpulan awrad Imam Abdullah al Haddad dan lain-lain padanya.



9 comments:

Sya said...

Semuga roh keduanya ditempatkan di kalangan orangyg soleh dan dirahmati Allah s.w.t. Al Fatihah

maklang said...

semuga kedua2 arwah dicucuri rahmatNya...

MYA MARJA said...

Assalamualaikum...,
Mereka yang mendahului kita perginya, memberi ingatan kepada kita yang akan menyusul kemudian. Entah bila masa dan ketika. Semoga kita sentiasa waspada.

HCI said...

Keng, tidak apalah mereka pergi dahulu, sebab perjuangan hidup dengan kanser seperti yang dihidapi mereka amatlah sukar.

Al Fatihah untuk mereka yang pergi dahulu.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum

Tersentuh jiwa saya apabila membaca paparan ini. Kepada Allah jua kita akan kembali. Jiwa kecil ini termangu mengenangkan bila pula giliran kita. Rasanya belum cukup lagi ibadah kita kepada Khaliq. Ya Allah masih banyak lagi yang belum terbuat untuk Mu dan ummat mu.

Unknown said...

اللهم غفرلهم وارحمهم
انالله وانا اليه راجعون

Anonymous said...

Innallillahiwainnahilahirajiun,... I am sorry for your loss and sadness...

Anonymous said...

Salam tuan keng,

Tkasih atas kehadiran tuan di majlis pengkebumian adinda saya Mohd Lukman..kami masih amat merasakan kehilangannya yg amat sangat..tambahan anak2nya masih terlalu kecil untuk mengerti semua ini..semoga Allah mencucuri rahmat dan memberi keampunan ke atas roh almarhum..Alfatihah..

Salam -Sa'idah

Bunga Rampai said...

Al-Fatihah. Semoga damai di sana bersama orang orang yang soleh disisiNya.