Wednesday, January 07, 2009

Kenapa Tak Peduli?





Selagi roti canai masih senang didapati;
Selagi teh tarik masih dapat dinikmati;
Selagi masih dapat menghirup Pepsi dan mamah pizza,
Selagi dapat berwifi di Starbuck sambil pesan-pesan kopi;
Apa peduli pada jeritan kanak dan wanita di Gaza,
Apa peduli pada kekejaman Yahudi;
Kita apa peduli,
Kita apa peduli,
Bukan anak kita yang mati.







Nanti bila benar azan sudah tidak dikasi,
Baru kita sedar kita sendiri dikepung fikrah Yahudi,
Kalau pintu Gaza dikunci Masri,
Pintu kita dikunci sendiri.

Sudah lambat mau ambil peduli.



7 comments:

shafarina said...

insyaallah, ada peranan juga walaupun memboikot cuma.

dith said...

Bila lah nak muncul pejuang2 seperti Salahuddin al Ayubi lagi untuk bebaskan Plaestin?

Not in our time?

Pa'chik said...

ado gok hok maroh... suruh ngaloh ko srok'ey...
maroh ye orang nok mati syahid...

Ordinary Superhero said...

Buat apa nak peduli kalau tak kena kat kita? Memang kita bangsa yang leka (dan mudah lupa).

Samsul said...

sajak siapakah ini ... menarik

Mak Su said...

peduli juga, walaupun tak ke sana, paspot pun tak pernah buat, mahal :(

famia said...

barangsiapa yang tak ambil peduli perihal isu macam ni.. memang umat Islam yang zalim.

kita di sini..

berdoa.. berdoa.. dan berdoalah.
tanpa henti.