Tuesday, December 09, 2008
Takziah, Syed H
Pagi itu hari biasa-biasa. Tak ada apa-apa yang mengejutkan dunia. Apatah lagi suasana politik tempatan. Phoneku seperti biasa. Sesekejap berbeep-beep tanda isyarat ada mesej rengkas (sms) diterima. Antaranya, ”Ummi ana baru meninggal. Inna lillahi wainna ilahi raajiun.”
Ku amati lagi. Benar ini mesej dari Syed. Syed akrab denganku. Terus aku menaliponnya. Tapi taliannya sibuk dan akhirnya setelah kesekian kalinya, dapat menghubungi beliau.
”Bib!” sahutku.
Sebelum sempat aku meneruskan, ”Tak. Tak. Ana silap. Ummi ana bernafas. Tadi silap.”
”Aaih. Boleh silap!” fikirku. ”Bagaimana?” Soalku dalam terkejut.
”Sekarang kami dah panggil ambulan. Nak ke Hospital.” Sambut Syed lagi.
Tengah hari itu aku ke hospital untuk menziarahi Umminya dan Syed.
”Laa Bib,” beliau menerpaku, ”Wallahi tadi kami sangka benar-benar Ummi dah pergi. Jadi kami dah ikat dagunya dan qiyamkan tangannya, dan hampir-hampir nak menyelimutnya, tiba-tiba nampak pernafasan. Masha Allah. Betul-betul panjang umur. Ummi sakit lama, jadi kami pun dah bersedia.”
”Mi,” Syed menegur Umminya yang sedang terlantar, ”ini Keng. Akraba ana.” Umminya tersenyum dan sekilas pandang seolah-olah tiada apa-apa padanya. Hanya esoknya, beliau di-bypass. Dan selepasnya, Umminya Syed sihat dan bertambah sihat.
Itu hampir enam bulan dulu.
Sehari sebelum Eid, banyak berita yang mengejutkan kotaraya KL. Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Kemalangan ngeri bas ekspres di Tangkak. Dan aku menerima sms lagi. Kali ini juga dari Syed.
”Ummi ana meninggal. Solat di Masjid selepas Zuhur.”
Cepat-cepat aku menalipon Syed. ”Bib! Soheh ke?”
”Ya. Sudah waktunya. Inna lillahi wa inna ilaihi raajiun.” Jawabnya tersedu.
Hari itu kami menghantar Umminya kepenginapan terakhir. Baik pemergiannya. Harinya dan bulannya dan waktunya. Ramai yang hadhir untuk menyolatkan.
Tinggal tahap ketiga – selepas alam ruh, janin dan dunia. Menuju ke-empat. Didoakan semoga Umminya Syed dalam keselesaan Barzakh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Al Fatihah utk ummi Syed. Semuga ditempatkan di kalangan mereka yg solehah
Al-Fatihah.
Alfatihah dan takziah buatnya. Moga bersama dicucurkan rahmat bersama para orang soleh.
Amin!
Bro,
"Tinggal tahap ketiga – selepas alam ruh, janin dan dunia. Menuju ke-empat. Didoakan semoga Umminya Syed dalam keselesaan Barzakh."
Amin.
salam takziah buat kawan...semoga al jannah buat arwah
Banyak2 bersabar :-)
(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com
al ftihah...pasti dia akan aman di sana
salam en keng!
:)
Post a Comment