Masyarakat di semak samun kebelakangan ini dalam keadaan cemas. Tempat tinggal mereka banyak dicerobohi. Terutamanya pokok-pokok buluh tempat tinggal ciak dan tempat berteduh merak. Licin jadinya rumpun-rumpun buluh ditebang manusia. Hal ini diluar pemikiran masyarakat unggas. Kenapa tiba-tiba manusia berminat dengan buluh. Tiba-tiba berduyun-duyun mereka berkunjung untuk menebang buluh-buluh yang ada.
Unggas bermesyuarat lagi.
"Kenapa dengan manusia-manusia ini," tanya ciak.
Kesian nampaknya ciak kerana semenjak masyarakat mereka teralih dari tempat tinggal kebiasaan, telah timbul perseteruan antara mereka. Begitu juga dengan merak yang terpaksa lari mencari tempat perteduhan yang lain. Dan juga gagak, yang tak sunyi dari gangguan manusia yang mencerobohi kawasan-kawasan gagak dengan membentangkan rintangan plastik yang berwarna biru muda dan tua dan juga hijau dan merah. Rintangan ini menyekat ruang penerbangan gagak, dan tak kurang pula yang terlanggar dengannya dan telah cedera atau mati.
"Tak taulah aku,"balas merak, "tapi dari apa yang aku fahami mereka mempunyai masalah seperti kami juga kaum merak. Ada manusia yang mengakui bahawa mereka pemastautin asal tempat ini, jadi sepatutnya mempunyai hak yang lebih. Macam kami jugalah, kaum merak. Kami yang bertempat hanya di bumi kerana tak berupaya untuk terbang, mestilah mempunyai hak yang lebih keatas bumi ini. Kamu ciak dan gagak boleh terbang dan tempat-tempat kamu di merata-rata. Kamu lebih berkeupayaan."
Dan bermulalah perbalahan antara mereka. Masing-masing menuntut hak yang lebih. Unggas-unggas yang lain yang tak mau mencampuri barisan burung itu, mencari jalan keluar. Mereka pergi ke burung yang dianggap lebih bijak. Seekor murai tua menjadi pilihan mereka kerana pada mereka murai sentiasa gembira. Sentiasa bernyanyi-nyanyi.
Murai mendengar saja ulasan dan keluhan unggas-unggas tadi dan akhirnya bersuara.
"Dengar pandanganku," kata murai dengan penuh bijaksana. "Aku sudah tua dan sudah arif dengan tabiat manusia. Apa yang kamu saksikan, iaitu pencerobohan semak samun kita ini dan rintangan-rintangan kain yang berwarna-warna ini akan membawa petanda yang mungkin tak baik. Itu namanya tanda gelombang yang membawa kekuatan yang luar biasa. Gelombang biru, gelombang merah, gelombang hijau dan pelbagai lagi. Gelombang ini membawa perpecahan kepada manusia. Akan tetapi gelombang yang akan berkuasa akhirnya akan di dahalui oleh hujan. Bukan hujan air dari langit, tapi hujan kertas yang beraneka saiz dan bentuk. Hujan ini nanti akan menjadi perebutan antara mereka dan ramai akan mabuk kerananya. Perhati sajalah, dan ambil iktibar darinya. Selepas hujan ini manusia akan kembali tenang, sehingga beberapa tahun."
Dan tepat sekali keesokan harinya turun dari langit hujan-hujan kertas. Ramai manusia yang berlari-lari mengejar hujan dan tepat sekali seperti kata murai, hujan itu menamatkan gelombang dan gegaran.Unggas bermesyuarat lagi.

Segala-galanya terlupa. Dan ramai dari mereka kembali kekal dalam kesusahan.
SELAMAT MENGUNDI.
JADILAH PENGUNDI YANG BIJAK.
YANG DAPAT MENENTUKAN ANTARA HAQ DAN BAATHIL
2 comments:
Ahah.....
Salah satu masa orang pakat cari buluh adalah masa ni, selain dari masa raya.
Salam Bro Keng,
Saya harap cerita ini bersambung.
Post a Comment