Powered By Blogger

Saturday, March 08, 2008

Contengan




Tadi aku ke sekolah di depan rumahku; sekali lagi kesana selepas empat tahun.

Bukan untuk bersekolah tapi untuk mengundi.

Apa yang mengejutkan aku adalah grafiti yang banyak diconteng pada dinding pemisah antara kelas-kelas. Pelbagai grafiti yang tertulis dengan dakwat kekal. Kenapalah kecomokan ini dibiarkan. Fikirku. Adakah guru-guru atau petugas-petugas tak terkeleh akan cakaran-cakaran ini dan sekiranya ia, adakah ianya tidak menyakitkan pandangan mereka?

Dan antara grafiti-grafiti itu apa yang tertera di dinding belakang meja petugas SPR mengejutkan aku.

"Mau janda best? Taip ON JANDA dan hantarkan mesej ke 019-XXXXXXX"

Aku kurang pasti kualiti murid apakah yang dijanakan dari sekolah ini.


10 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Cuba kita tanyakan pada Menteri Pelajaran. Apa agaknya katanya ya?

:)

zizie ali said...

graffifi tersebut sengaja tidak dipadamkan krn ia merupakan dokumen penanda aras tahap akhlak murid sekarang.

Pa'chik said...

ON JANDA

Pegawai Khalwat said...

Sekolah tu mengkhususkan pada bidang teknologi dan pengurusan pemasaran kot.

Ha ha ha.....

MYA MARJA said...

Mungkin grafiti seperti itu pernah dipadamkan. Esok muncul lagi, padam lagi, esok muncul lagi, dipadam lagi, esok muncul lagi. (Agaknyalah...)

Cakap sudah banyak kali. Nasihat sudah kerap kali. Tengking, marah entah berapa kali. Mahu dirotan budak-budak itu, nanti cikgu yang merotan itu masuk lokap. Mahu dibuang sekolah budak-budak itu, sekadar buat contengan dinding sahaja. Kes budak yang cekik cikgu dia pun tak terbuang sekolah. Akhirnya, hmmm alahai...

Ordinary Superhero said...

Mungkin budak2 sekarang sudah jauh lebig advance dari guru2 mereka.

sinaganaga said...

Keng,
Kalau aku dapat budak tu - aku terajangjan saja, bang!

Anonymous said...

Grafitti yang lebih teruk ada di TV kita. Tapi bila kita ke rumah orang-orang kita TV terpasang tak berhenti, macam 'wallpaper' saja. Tutuplah TV di rumah dulu. Kemudian baru ada masa untuk berfikir. kemudian barulah soal akhlak terpapar.

Bunga Rampai said...

Salam Bro Keng,

Begitulah hasil didikan sistem yang korup!

Anonymous said...

Keng,

Islam Hadhari, biasala...