Sesuai dengan nama belantara itu, Belum, maka begitulah keadaan pentadbiran politiknya. Belum. Belum berkerajaan. Belum berpakat. Belum mencukupi. Belum direstui. Segala-galanya belum.
Ternyata kali ini Barisan Unggas setelah berpuluh tahun menguasai belantara, kalah dalam pemilihan suara untuk menubuh kerajaan baru. Taklah kekalahan yang teruk sangat, tetapi tidak memadai untuk menubuh kerajaan untuk penggal baru ini. Barisan lawannya yang secara kumpulan mempunyai jumlah suara yang jauh melebihi Barisan Unggas masih belum bersepakat. Sekejap pungguk yang dicadangkan menjadi ketua, meskipun pungguk tidak mempunyai majoriti antara mereka. Sekejap layang-layang yang diutarakan. Kumpulan ini berjaya mengaut jumlah undian yang melebihi pungguk. Akan tetapi bersungguh-sungguh pula ciak dari kumpulan ciak cauvinis yang mendesak supaya mereka mengepalai kerajaan belantara di sebabkan mempunyai majoriti yang terbanyak antara mereka. Meskipun undang-undang belantara hanya menetapkan kriteria seseekor kepala kerajaan mestilah dari jenis pemastautin asal belantara, ciak masih bertegas. Ciak tidak memenuhi syarat ini kerana merupakan unggas migrant, dan bukannya unggas tempatan. Mereka bermigrasi kabarnya dari sejauh negara Siberia.
Kecoh jadinya Belum. Setiap hari unggas-unggas lain bergegas ke istana raja belantara untuk menyaksikan upacara penobatan kerajaan baru, tetapi ternyata kecewa. Sepatutnya urusan ini sudah diselesaikan kelmarin, tetapi apabila penasihat agong sang ciak cauvinis membantah pemilihan pungguk, acara tertunda lagi. Begitulah permusuhan ketara antara ciak dan pungguk. Sebabnya hanya satu. Pungguk mempelopori pelaksanaan undang-undang yang tegas keatas unggas penjenayah. Tapi ini dibantah ciak kerana asalnya merekalah kepala penjenayah. Mencuri-curi padi dan tanaman manusia. Malahan mencuri juga makanan unggas lain. Begitu adalah budaya ciak biasa. Apatah lagi ciak cauvinis.
Tadi pungguk bermesyuarat lagi untuk mencari jalan keluar.
“Kita mesti mengepalai kerajaan belantara ini,” tegas presiden pungguk, dari yang tertua antara mereka, dan berkepala pun sudah putih.
“Tapi kita bukan majoriti,” tegas seekor pungguk lain “kita hanya menumpang kemenangan unggas-unggas lain, terutamanya ciak cauvinis!”
“Tak menjadi hal,” tegas presiden lagi, “ini agenda kita. Dok payoh peduli mereka. Mereka sesat. ” katanya dalam pelat yang berbeza dari pungguk Belum.
Dan teruslah mereka berbantah dan berpolemik.
“Oook ook ook,” kedengaran sayu laungan pungguk dari sedahan durian berhampiran. “Dengarlah daku. Aku banyak mengembara dan izinkan aku berkongsi bersamamu apa yang aku perhati dari kalangan manusia. Ook ook ook.”
Terdiam presiden pungguk. Tersentak pungguk-pungguk lain. Segala perhatian ditumpukan kearah dahan durian tadi.
“Ya, ya ceritakan!” laung pungguk-pungguk muda yang masih belum berkepala putih.
“Ehem, ehem,” pungguk dari mulakan, “manusia pun serupa kita. Mereka mempunyai sistem apa yang dinamakan demokrasi. Dan apa yang kita mengalami juga dilalui mereka. Persis seperti keadaan kita.”
Semua pungguk terdiam.
“Dan ada antara mereka yang mempunyai fahaman atau anutan ruhani yang menjadi landasan fikiran atau fikrah mereka.”
“Ya ya, ook ook ook,” sambut pungguk-pungguk muda tadi.
“Yang aku dengar, apa yang mereka berhujjah begini bunyinya.” Pungguk tadi yang kelihatan bijaksana menyambung. Kali ini dengan lebih tegas bunyinya. “Buat apa kita dalam barisan eh ini. Bersuara seorang yang agak pertengahan umur antara yang hadhir. Tak pastilah apa yang dimaksudkan dengan barisan eh, tapi biar aku teruskan.” Rayu pungguk itu.
“Barisan eh ini tak mempunyai prinsip yang berlandaskan anutan keruhanian. Sambung orang tadi. Tak seperti kita. Kita mempunyai dasar dan prinsip duniawi dan ukhrawi. Bezanya pula dengan barisan en, iaitu barisan yang telah kita kalahkan adalah mereka mempunyai kecenderungan kepada duniawi. Bezanya mereka dengan kita adalah dalam pengamalan hal-hal ukhrawi mereka agak liberal. Dan dalam keadaan sama-sama tersepit ini, mari kita membuat pilihan. Untuk kekal dalam Barisan eh dan menjadi boneka kepada puak cauvinis yang memegang majoriti antara kita, atau bersaing degan Barisan en yang kemungkinan besar dapat kita kawal?”
“Ketika itu,” pungguk itu teruskan ceritanya, “tak ada orang yang membantah. Mungkin mereka cuba memahami apa yang disarankan.”
“Tiba-tiba bangun melenting seorang dari hadhirin, yang agak tua kelihatannya, sambil melaung ‘bantah, bantah’. Dan semua perhatian tertumpu kepadanya. ‘Ini bercanggah dengan agama kita, bersekongkong dengan musuh.’ Tiba-tiba majlis menjadi panas. Ketika itulah ramai terdengar suara-suara yang membantah. Tapi yang menyarankan usul awalan tadi hanya diam. Dia membiarkan keadaan reda kembali.”
“Musuh? Siapa musuh? Bukankah ada terdapat puak cauvinis yang juga musuh ketat kita dalam Barisan eh?” pungguk itu meneruskan cerita. “Mereka sebolehnya mau menghapuskan kita. Tapi Barisan en taklah begitu teruknya. Hanya mau kita leka dalam amalan kita. Melebihkan hiburan dan acara-acara yang melekakan.”
“Sambungnya lagi.” Pungguk itu meneruskan ceritanya. “Saya, eh eh ana pun ada hujjah juga. Pertama: Ad dharurah tubiihul mahzhurah. Keperluan mengizinkan apa yang tidak diizini dalam keadaan dharurah. Kedua: Umum balwa. Yang memberi manfaah yang melebihi kepada masyarakat, diutamakan. Ketiga: Maslahah ‘ammah. Iaitu maslahah atau kepentingan umum. Apa tak mencukupikah hujjah-hujjah ana? Sambungnya. Apakah, katanya, kita mengenepikan hujjah fiqah ini semata-mata untuk memenuhi dendam kita. Akhirnya siapa yang rugi? Kita yang rugi. Barisan eh, ternyata tak ambil pusing tentang matlamat keruhanian kita, malah membencinya, dan Barisan en taklah setakat membenci, tetapi hanya tidak mau melebihi dalam pengamalannya. Manakah yang lebih afdhal. Berkerjasama dengan pihak yang ada persamaan atau bersekongkol dengan musuh yang ketara?”
“Dan sebaik dia bersuara, orang tadi pun bangun dan keluar dari majlis. Tak taulah kesudahannya tapi intisarinya, ini adalah satu iktibar yang baik bagi kita.” Begitulah tegas pungguk tadi. “Oook oook ook.”
Dan kehari ini Belum masih belum. Hari ini majlis dibantah lagi. Kali ini oleh layang-layang pula, setelah ciak cauvinis mulai berlembut.
Mungkin esok atau lusa unggas dan manusia akan berjaya mencari jalan keluar.

12 comments:
Sekarang ni, hampir pukul 3 pagi.
Nada cerita pungguk dan ciak ini, makin lama dibaca, makin seram.
Tapi kurang jelas lah, Ayah Keng. Kerana seramnya cerita ini, saya tak mahu tersalah tafsir simbolisma yang tersirat. Boleh tolong terangkan? Dalam email, kalau perlu.
Maaf. Saya ni, lurus orangnya. :)
(Ayah Keng pernah tonton The West Wing tak?)
InsyaAllah, Belum akan kekal sebagai hutan yang belum tercemar, walaupun penghuni nya datang dan pergi. Minta² penghuni barunya lebih baik dari sebelumnya.
salam,
hmm..dengar khabar kekalutan dan salah faham dah selesai. moga tugas memerintah dapat dijalankan segera
salam.
:)
Entah bila sudahnya!
Salam Bro Keng.
Bro Keng,
Dah sampai ke Belum ke belum ? Not sure Bro Keng ada masa sb kerja consulting works tu demanding juga...Kalau belum, cari masa jom kita ke Belum...tempatnya nyaman...org putih kata apa tu ""serenity"....
en dah penah khianat dulu.. hulur persabatan bila tersepit, ditendang terajang bila dah senang
itu yang mereka takut kot..
kalau menyambut huluran tangan en... nanti dikata khianat pulak... berjuang bermatian menentang mereka, tetiba bersekongkol pulak... kalau mereka ikhlas nak bersama, buang dasar yang ada, terima quran dan hadith...
Keng,
Hantar saja ciak2 tu naik roket balik Siberia!
Abang Keng,
Wah! ini sudah Manthiq Ut-Thair versi millenium nih! Bagus nih!
Belum ni belum ada projek lagi? Manalah tahu, masjid keristal, Monsoon Cup II, rimba ilmu...
Saya ada sikit simen lebih dari Penang.
Hadir!
pening kepala kalau dengar cerita kat tempat yang belum belum ni...
p/s: maklang ni pun tinggal kat tempat belum belum yang dimaksudkan ke??
Post a Comment