Powered By Blogger

Wednesday, February 13, 2008

Nombor 4




Khabarnya nombor itu penting.
Menjadi penentuan. Meskipun berkali-kali berkata tidak dan tidak*, akhirnya ternyata ia. Kerana telah difirasatkan kepada nombor.

Segala-galanya berdasarkan kepada kaedah feng shui.

Sekiranya penamatnya 4 maka mati lawan.
Begitulah.

Parlimen bubar pada 13 bulan 2. Jumlah angkanya? 6
Khabarnya penamaan calon oleh plesiden amnu pada 21 bulan 2. Berjumlahnya 5.
Dan khabarnya pula tarikh hari undian 1 bulan 3 yang berjumlah 4.
4 mati lo!!
Giliran pilihanraya: ke 12 - jumlah angka 3. Turutan dari 4.

Susunan yang sungguh teratur mengikut firasat feng shui untuk mengatur kemenangan. Bermula dari nombor yang hidup dan berakhir pada kematian.

Begitulah minatnya amnu dengan nombor.




Tak pasti sama ada mamat ini dari persidangan ke, dari kenduri kawin ke atau dari masjid. Tapi ternyata budaya yang digilap oleh amnu, memupuk cintanya pada nombor.

P.S.: Minta-minta dia hanya ingin menukar duit kecil untuk membayar parking. Atau mungkin dia hanya sopir dan tugasnya membeli untuk bosnya.

Nota:
* BANGI, Feb 12 (Bernama) -- Parliament will not be dissolved tomorrow to pave the way for the 12th general election, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said today.

"No, not tomorrow," he told reporters.




14 comments:

IKHWANI said...

salam saudara keng,

pertama kali kesini.

sedih melihat golongan kita yang turut beratur kerana nombor ni..

nombor ni bukan saja orang amnu yang suka..sistem pendidikan sekolah kita juga terlalu mementing kedudukan yang di simbolkan dengan nombor tanpa melihat sangat pencapaian anak2 dari sudut lain..satu kerugian besar saya kira.

Pa'chik said...

keng buleh jadi tok bomo nombor nih.. hahah...

cino kot tu keng... kito ke negaro muhibboh.. buleh paka blako baju mlayu nga saping.. hahaha...

Pa'chik said...

mace bule poso.. rama pulok ke oghe melayu hok buleh baco sakkobar cino... hahaha...

Lily Abdullah said...

Abg Kukeng

Apakah nombor empat itu punya kaitan dengan tingkat empat...aku tertanya-tanya bang...Aku tidak banyak pilihan,kalau "love",telan(kata bang Naga banyak benarnya)

Ordinary Superhero said...

Ayoh Keng,
Kita perlu mengikut adat, kalau pegi beli nombor hari Jumaat, kena pakai baju melayu; kalau pergi beli nombor hari khamis, kena pakai baju BATIK!.

Yeop-Harley said...

Ayah Keng,

Pada pendapat saya, si mamat tu beratur kerana ingin meminta supaya TOTO tidak dijual kepada orang Melayu. Kerana tak dibenarkan oleh JAKIM.

Jadi bukanlah dia nak membeli TOTO. Walaubagaimanapun TOTO itu halal. Halal pada sisi perundangan kerajaan!!

dith said...

Keng,

Gambo tu lucu habih...gamoknya apa le perasaa dia semasa menunggu di situ yek...kelakar ada...sedih pon ada...apa nak jadi weii..

Kalau betul la kerajaan menentukan hari mengundi mengikut nombor Feng Shui, saya tak tahu lah nak cakap apa. Ini lebih bida'ah dari bida'ah, :p

Bunga Rampai said...

Salam Bro Keng,

Tak cukup ciri-ciri keamnuan mamat tu. Tak berkeris pun!

Pegawai Khalwat said...

Agaknya depa nak jadikan Melayu genius matematik.

Agaknya....

jagoan said...

Aku jangka 2740 first prize untuk esok. Sebab aku bermimpi 2+7+4+0=13. Cubalah kira.

zizie ali said...

mamat tu berdiri dalam barisan. bukan dalam bulatan.

Ordinary Superhero said...

Ayoh Keng, bilo pulok nok buak entry no. limo?

Anonymous said...

perkhh.. mane dapat pic tu? Siap pakai samping tuh.. memang kontroversi betul..
Cuba bagitau mana kau amek pic ni.. teringin nak tau dalam kawasan kerusi mana. Haha..

blackpurple @ jowopinter said...

Imam besar pun percaya nombor ek?

:)