Sejak kebelakangan ini kalau ke Singapura, saya tak berkesempatan untuk bersolat di Masjid Haji Muhammad Salleh di Palmer Road serta menziarah seorang teman yang bertugas di sana, kerana tabiat suka bertangguh-tangguh. Dan apabila sudah ada waktu terpaksa pula ditangguhkan rancangan kerana ternyata sudah terlewat untuk menziarahi Habib Hassan al Khatib, petugas di Maqam Habib Noh , sebuah maqam yang terletak disebelah masjid. Habib Noh merupakan seorang waliullah yang tersohor di rantau ini.
Pagi tadi saya menerima sms
Sh. Hassan al Khatib, petugas Maqam Habib Noh di Singapura, telah kembali ke rahmatullah sebelum subuh tadi. Jenazah di blok 312 St. 33 Tampines. Solat di Masjid Sultan ba’da zuhur. Semoga Allah SWT merahmati almarhum. Al Fatihah.
Saya mengenali Habib Hassan semenjak lebih 20 tahun lalu. Seseorang yang penuh muhibbah dan amat meraikan teman. Sentiasanya selepas berdoa di maqam dan bersalam dengannya sebelum pulang, beliau akan memegang tangan saya dan berkata, “Tunggu akhi, ini, ambil pisang-pisang dan nasi. Bawa pulang.”
“Ana di hotel Bib, jangan bikin susah.”
“La’ la’ ambil. Ini barakah. Kasi kawan-kawan" desaknya.
Begitulah Habib Hassan. Tak pernah meminta, tapi sentiasa menghulur.
Semoga Allah SWT menempatkan roh beliau di taman yang indah, antara syuhadak dan auliya’. Allahummagh firlahu warhamhu. Allahummagh firlahu warhamhu. Allahummagh firlahu warhamhu.
Nota: Gambar Maqam Habib Nuh dengan ehsan LilMudPie
5 comments:
Salam Bro Keng,
Al-Fatihah. Semoga roh almarhum ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan mulia di sisiNya.
Entri yang ringkas tapi penuh dengan ilmu. Alhamdulillah.
Tak pernah meminta,tapi sentiasa menghulur. Kata-kata yang melapangkan hati. Terima kasih.
p/s Bertangguh update blog tak apa kan? ;)
al-Fatihah. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Sh. Hassn al Khatib.
Keng, kau bertuah krn selalu berkesempatan taaruf dgn para alim.
al-Fatihah
Al-Fatihah.
Ya, saya setuju. Menghulurlah lebih baik. Barakahnya tu.
innalillahi wa inna ilaihi rajiuun..
suami saya kenal dengan allahyarham Habib Hassan, dan pernah menziarahi rumahnya... memang banyak allahyarham berkongsi cerita tentang Habib Nuh, dan bagaimana Allah memelihara maqamnya daripada dirobohkan...
al-Fatihah...
Post a Comment