Powered By Blogger

Tuesday, January 22, 2008

Reinkarnasi





Hari ini bukti teori reinkarnasi semakin kukuh. Yakni doktrin perpindahan ruh ka suatu jasad yang lain untuk mengelakkan kematian. Mengikut kepercayaan Buddhisma, ruh yang jahat berpindah kepada binatang yang garang seperti serigala atau ular sawa; yang baik kepada kucing parsi, mungkin.

Apabila Lingam menyatakan bahwa “Aku punya rupa, aku punya suara, tapi itu jugak itu bukan aku. Aku takda cakap sama itu Firooz punya orang. Yenadeei.” Untungnya kerana itu pegangan dan kepercayaannya. Mungkin Chua tidak. Kalau ia mempercayainya, pasti dia akan berhujjah sama seperti itu. Chua sebaliknya mengaku, “Itu gua lor, itu gua punya amoy, tapi aiyaa, itu celaka gua punya kawan kasi jual itu gua punya wayang.” Mungkin dia juga percaya tapi "Gua bulom mati lor, mana bolih gua sulah li-inkarnate!"

Inilah kemajuan yang membuka tirai tahun. Beberapa hari lagi kita akan masuk ke tahun tikus dan ternyata sudah menyerlah sifat ketikusan.

Demonstrasi jalanan akhirnya dieterima sebagai penyebab untuk mengubah dasar negara. Hari Rabu cuti. Yapedeei, yapedeei! Logiknya? Kerana kesesakan jalanraya.

Sebagaimana saksi minggu lepas, dalam kes Lingam, “Entri ini, saya tak ingat menulisnya. Mungkin qarin saya yang menulis. Bukan saya.”




12 comments:

Pa'chik said...

haha.. banyok oghe dok ingat lo nih.. eheheh...

MYA MARJA said...

Dia peguam, pandai cakap putar-putar, belit-belit. Baru bertemu buku dengan ruas.

Kaklong Syikin said...

salam,

hmm..macam2 hal besor berlaku dlm negara kita skrg ni. Petanda nak kena tukar kerajaan baru ke?

dith said...

First, there's the Pearl Gate, now the reincarnation desk, what else after this huh? :))

Talking about Chua and reincarnation, remember Charle's and Camellia's bugged phone conversation? There was something about reincarnation too! :p

blackpurple @ jowopinter said...

Teringat tentang 'bebalisme' itu.

Anonymous said...

correct. correct. correct.

Anonymous said...

Get Vietnamese workers, dogs missing.

Get Bangladeshi workers, Malay girls missing.

Get Indonesian workers, money missing.

Get Indian workers, jewellery missing.

Get Chinese workers, husbands missing.

Call the police, the evidence goes missing,

Call the lawyers, the judge go missing.

Call the ministry of transport, the reports go missing.

Call Putrajaya, The PM IS SNORING.

Pegawai Khalwat said...

Kucing Parsi?

Kucing siam atau kucing burma rasanya lebih dekat kot.

Tokey-tokey ca ya nun alip tersenyum sakan, boleh kutip nyok. Orang kita pun ada tumpang sama, kutip nyok free.

maklang said...

lama tak masuk sini...maklang pun macam lupa2 nak komen apa!

ku keng apakabar? sihat?

Ordinary Superhero said...

"Macam mana itu Firooz mau telipon sama saya, saya sendiri pun tak ingat saya punya hp numberr...

Yeop-Harley said...

Dalam menjatuhkan hukuman hakim boleh kata, "Ini rupa macam jail, dalam pun macam jail, tapi jangan bimbang, bukan jail."

Dan selesainya kes kesemua ahli tribunal boleh melancong. Bawa sekali lawyer-lawyer dan sekiranya ada yang meletakkan tangan dibahu, jangan maraaa.

KakNi said...

Mungkin jugak bukan saya yang tulis komen ni...