Powered By Blogger

Friday, February 01, 2008

Permintaan Ruh




Budaya Mesir berlainan dengan budaya kita. Apabila dikhabarkan tentang kematian, jawapan yang diterima adalah "Alhamdulillah". Ini mungkin akan memberi kejutan kepada masyarkat Melayu, seolah-olah kematian itu disyukuri. Mungkin kerana si mati itu amat dibenci, sangkaan pada si pendengar.

Apabila saya menyahut secara sama sewaktu menerima berita kematian Sohibus Samahah Datuk Ishak Baharom, mantan Mufti Selangor yang disayangi ramai, reaksi yang diterima juga dengan ketidaksenangan. Lantas saya menjawab, "Syukur kerana almarhum tidak menanggung kesakitan yang lama; dan syukur kerana beliau pasti gembira menemui Khaliqnya."

Inna lillahi wainna ilaihi raaji'un.
Allahummaghfirlahu warhamhu.



Ada dua permintaan ruh kepada malaikat. Pertama kepada malaikat maut, sewaktu nyawa akan dicabut,
"Tunggu sebentar, kerana aku ingin melakukan sedekah."
Begitulah besarnya fadhilat amalan sedekah, sehingga akan menyenangkan keadaan sewaktu akan mati.

Dan permintaan kedua, sewaktu akan disoal selepas mati,
"Tunggu. Hidupkan aku kembali kerana aku ingin beribadat."


Untung sekiranya kedua-dua diperkenankan! Tapi alangkah lebih beruntung sekiranya kedua-dua itu istiqamah dilakukan.



5 comments:

Bunga Rampai said...

Salam Bro Keng,

Al-Fatihah.

Saya tidak tahu budaya Mesir begitu. Namun sudah lama saya berfikir-fikir alangkah baiknya kita mensyukuri orang yang meninggal kerana akan menemui Khaliq.

Pasti gembira menemui Khaliq bagi mereka yang berjiwa bersih. Tapi bagi yang jahil, gembirakah?

Entri ini membuka mata hati lebih luas. Terima kasih.

Selamat bermusafir. Semoga dalam perlindunganNya.

Pa'chik said...

teringat dulu ada belajar, mati itu tetap juga rahmat dari Allah... [bukan yang mati kafir lah.. hehe..]

Pegawai Khalwat said...

Sifat berprasangka itu antara kelemahan kita.

Budaya setiap tempat sememangnya tidak sama, tapi adakalanya kita terlalu cepat menilai seseorang dek kerana budaya yang berbeza.

Yeop-Harley said...

Ayah Keng,

Dua permintaan yang tak pasti dipenuhi.

Alangkah baiknya sekiranya usia dapat diputar kembali.

MYA MARJA said...

Assalamualaikum,

Semoga sedekah menjadi amalan: tenaga, masa, harta... Pesan-pesan yang baik juga adalah sedekah yang tidak kelihatan.