Powered By Blogger

Thursday, January 10, 2008

hijrah






“Wahai Ka’abah, kalaulah tidak kerana kaumku menghalauku, aku tidak akan meninggalkan kamu. Sesungguhnya aku berjanji akan datang kembali mendapatkan mu”

~ kata-kata nabi sewaktu akan berhijrah ke Medinah ~


Itulah permulaan Hijrah.

Kepiluan hujjaj adalah ketika usai tawaf wida’ kerana akan berpisah dengan Ka’abah dan akan sering merinduinya setelah berpulang kenegara masing-masing. Takut-takut tidak akan bertemu kembali.

Aduhai diri. Ketika menyambut tarikh Hijrah Rasul; ketika berlalunya tahun demi tahun; kepiluan menyelubungi diri dan terasa takut dan bimbang bahwa hari-hari yang berlalu atau tahun yang berundur akan membawa penyaksian yang memberatkan timbangan kiri.



Mujurnya ......

“Perbuatan dosa yang menimbulkan rasa rendah hati dan pengharapan kepada rahmat Allah serta pengampunan-Nya adalah lebih baik daripada perbuatan taat yang membangkitkan rasa sombong, ‘ujub dan bangga diri.”

- Al Hikam: Sheikh Ibn ‘Ataaillah As-Sakandari –





11 comments:

abdullahjones said...

bro, moh kita tahun ni.

dith said...

Keng- Lukisan tu sungguh cantik sekali. Teratur sekali rumah tu mengadap kaabah. Agaknya begitulah keadaan Mekah waktu silam yek? Semoga 1429 melihat kita sebagai insan yang lebih khusyuk dalam solat dan komited dalam urusan agama. Ameen

AJ- Lama tak dengar berita. Apa khabar? Wah ajak Keng buat Haji? Jangan ambik pekej mewah gila dan wukuf dalam khemah berhawa dingin, sudah ler. Popaleh!:))

abdullahjones said...

khabar baik Puan Doktor.Abang Doktor sihat? Kirim salam.

Butaseni@Wan Raja said...

salam hijrah tuan

OP Zaharin said...

harapnya 1429 lebih baik dari 1428.

Pegawai Khalwat said...

Salam 1429 kepada Tuan Keng.

Agak lama juga saya tidak komen panjang dalam blog tuan.

Ketandusan masa.

Moga tahun ini entri tuan akan terus menyedarkan kami dan membuatkan kami terus menjadi pemikir.

sis_aflah said...

Salam Ma'al Hijrah Pak Ku.. :)

Bunga Rampai said...

Salam Ma'al Hijrah Bro Keng,

Mujurlah qalbu masih bisa menitiskan air matanya seusai membaca tulisan ini. Alhamdulillah.

zizie ali said...

makasih. tulisan sebegini bisa mengejutkan hatinya yg lalai.

Led said...

sy bebetul setuju pasal dosa tu. kita pun tak pasti besar mana dosa kita setiap hari.Kita fikirkan samada taubat kita tu diterima atau tidak.walau kita tahu tuhan Maha pengampun.

HCI said...

Keng,

Jangan lupa hari Sabtu! 10 Muharram