Powered By Blogger

Friday, November 24, 2006

Jawi dan JAWI

Seminggu lalu saya menghadhiri pengebumian Pak Khir Johari, selepas menerima panggilan dari anak saudara beliau. Kenalan sekerja dulu.

Hari yang sama juga menerima sms tentang berita yang sama. Khir yang mematikan jawi akan diuruskan oleh JAWI petang ini di Masjid Negara.

Secara kebetulan tulisan jawi menjadi topik perbincangan yang hangat kebelakangan ini.



Presiden Persatuan Wartawan Melayu (PWM), Datuk Yazid Othman mendakwa dalam pembentangan kertas-kerjanya pada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-7 baru-baru ini, bahawa ASAS 50 telah mempengaruhi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk meminggirkan tulisan jawi.

ASAS 50, hujjahnya telah berjaya dihimpit dan diperangkap komunis, dan agenda komunis adalah untuk mematikan tulisan jawi kerana tulisan jawi adalah satu-satunya medium yang digunakan orang Melayu untuk menyalurkan pemikiran mereka. Begitu juga peranan jawi dalam penyebaran agama. Hal ini kata Datuk Yazid, sama seperti yang berlaku di Turki, ketika Kemal Ataturk menghapuskan tulisan dan bahasa Othmaniyyah dengan tujuan untuk menghapuskan atau menuteralisakan pegangan Islam.

Almarhum Pak Khir, sebelum menjadi menteri, adalah bekas setiausaha agung SABERKAS (Sayang Akan Bangsa, Ertinya Korban Apa Segala), sebuah pertubuhan anti penjajah yang juga radikal.

Adakah wujud apa-apa agenda yang tersembunyi antara ASAS 50 dan SABERKAS?

Wallahu a'lam.


Nota: Sedihnya saya pada waktu selepas solat jenazah Pak Khir, komen yang saya dengar hanya, "We will miss him. He had a great sense of humor."

21 comments:

hjghaz said...

Tuan Keng,

Seorang Mantan Presiden "BENTENG" yang juga Mantan Menteri Pelajaran adalah ahli SABERKAS se Angkatan beliau.

Motto nya selari dengan "Biar mati anak jangan mati adat"

Adakah Bangsa dan Adat boleh mengorbankan segala2nya....???

Anonymous said...

Dan Tuan kini jawi lebih dikelirukan dengan ejaan barunya.

abdullahjones said...

bro, mati kita nanti, apa agaknya yang di ingat orang tentang kita? Penulis blog kaki carut agaknya kata mereka tentang saya.sigh.

Anonymous said...

Ramai orang dok pandai baca tulisan jawi.

Pegawai Khalwat said...

Pak Matlob yang memperjuangkan jawi masih gagah agaknya. Saya pun dah lama tak ikuti kolum beliau.

Saya kenal Pak Matlob cuma melalui novel-novelnya sewaktu dahulu, tidak kenal beliau secara personal.

Tapi nampak macam Pak Matlob berjuang berseorangan. Yang lain sekadar menyokong dari jauh, yang mana tidak cukup pada saya.

Di Seberang Perai pun ada kawasan yang bernama Jawi juga. Tapi hanya pada nama.

Pa'chik said...

ramai gak boleh baca tapi tak tau nak tulis jawi. Tambah dengan ejaan baru yang tambah memeningkan. Sama macam bahasa malaysia awal², banyak sangat perubahan sampai orang jadi pening. Tambah yang rabun jawi macam saya.

Anonymous said...

Tuan,

Jawi merupakan ketika itu penghubung masyarakat Melayu degan fikrah anti-penjajah yang datang dari terutamanya Mekah dan Mesir (Ikhwan).

Sebaliknya dari Indonesia pula ketika itu sedang marak api-api anti-penjajah dengan agenda Melayu Raya. Kemungkinan inilah yang dikiblatkan oleh ASAS 50 dan SABERKAS. Hanya antara mereka ada perbezaan. Yang mula hendakkan kepimpinan Sukarno dan yang kedua pula mahu kepimpinan itu dari Malaya.

Agaknya.

Dengan menghapuskan tulisan jawi maka senanglah untuk merubah fikiran orang-orang Melayu dan sekali arong juga menjauhkan mereka dari politik yang berwadahkan kepada Islam. Hasilnya? Kita sama-sama sedang melaluinya sekarang.

Ini juga hanya pada pendapat saya.

Kak Teh said...

salam, di sebelah sini pula, di beberapa pusat pengajian barat, ramai juga yang bukan melayu yang minat belajar menulis tulisan jawi untuk mengkaji manuskrip-manuskrip melayu lama. sayanglah kalau kita sendiri tak belajar.

HCI said...

Keng, bila kita mati, kita ada blog untuk orang yang rindu kat kita :-)

HCI said...

alamak nak kena approve pula, he he he, nanti silap kita tak ada, tak ada orang nak approvekan comments orang yang missed kita. :-((

Anonymous said...

Selalunya orang kata, orang lama2 aje yang tahu baca dan tulis jawi. Kalau tak ada orang dulu mana ada orang sekarang, ye tak Tuan Keng?

Orang muda2 sekarang pun ramai yang samada boleh baca tak boleh tulis atau sebaliknya. Saya rasa tak salah kalau kita belajar, lagi bagus.

Di sekolah anak saya pun diadakan kelas tambahan khas untuk murid2 belajar jawi. Satu usaha yang murni oleh sekolah berkenaan. Tahniah. Yang harunya, anak belajar jawi, emak bapak tak tahu jawi. Bila anak tanya, jawab tak tau, tanya cikgu di sekolah. Kah Kah Kah......

Anonymous said...

السلام عليكم ايهندا
سموكا الله مرحمتي المرحوم
لمبت جوكا توليس جاو ني . بياسا توليس فاكاي. ايجاءن سكارغ فون ده فلباكاي . لاكي فون "كي بودر" ني حوروف عرب . جادي, حيريف جاوي تاء وجود . فد سغ فنجينتا, سميمغث جاوي دغن فغاجين اسلام تراوتام القران . سكيراث نية مريكا مغهافوسكن توليسن جاوي اونتوق مميغكيركن كولوغن اكام درفد منتدبير كراجاءن , مك مريكا توتغكوغجواب دغن كمونكارن يغ سدغ برلاكو ديواسا اين

Anonymous said...

Salam,

ASAS 50 memang dikenali terpengaruh dengan gerakan Young Turks di Turki. Zaman sebelum merdeka, gerakan Young Turks memang popular dan jadi pendorong bagi anak muda di dunia terjajah untuk keluar dari penjajahan.

Mungkin ASAS 50 juga ada input kepada kerajaan dalam menghapuskn tulisan Jawi. Namun, pengkhianat besar dalam menghapuskan tulisan Jawi adalah orang politik yang berkuasa meluluskan dasar.
Jenayah besar itu akan dituntut oleh anak cucu hingga hari kiamat.

Perkara yg sama juga akan berlaku kepada dasar mengajar sains dan matematik dalam bahasa JWW Birch. Ada suara yg cuba menyalahkan Laporan Zahid. Pengkhianat sebenar adalah yang membuat dasar dan meluluskan dasar tersebut. Orang itulah yg perlu bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan.

Pa'chik said...

Budak² masuk jawi, anak muda kena tangkap ngan jawi, yang tua marahkan jawi pasal tangkap anak dia.

Anonymous said...

Bro Keng, salam..

Kadang terfikir, apa peranan JAWI dalam memperkasakan rohani anak-anak muda. Beberapa pengalaman negatif berinteraksi dengan pegawai-pegawainya membuat saya ragu-ragu.

Anonymous said...

orang ingat aku sebagai apa agaknya ya?

tuan tanah said...

saya sudah lama tak membaca tulisan jawi. bertambah merangkak daripada dulu agaknya. *sigh*

Bergen said...

Ku, bahasa nnayu pong kiter dok leh nok kkassa, guaner gamok nok kkassa jawi? Harapang setinggi gunung. Bila jjadi bbollok wok ggini sapa nok jadi hero?

sinaganaga said...

Keng,
Maaf. Kerana lama tidak berkunjung.
Aku tanya, “Keng mana?” “Mesyuarat!” Kata Kak Nor.

Ejaan jawi terkini: ada alif dgn hamzah di atas, ada alif dengan hamzah di tengah, ada alif dengan hamzah di bawah... Aku boleh jadi gile kalau macam ni. Uwaaaaa....

p/s: Ingat senang ke nak adjust hamzah di tengah dalam indesign? Banyak tuuuuu!!!! Uwaaaaa....

Anonymous said...

Keng,

Seperti biasa saya kena ulang baca kerana banyak sangat makna tersirat dan sindiran dalam tulisan anda. (especially your last note, :p)

Ku Keng said...

HjGhaz:

Eksperimen dalam pelbagai idelogi, akhirnya membawa bangsa tak kemana.

Orang G Jawi;

Memelikkan. Dalam kaedah menulis, yang rengkas menjadi keutamaan. Misalnya shorthand. Tetapi sebaliknya, jawi diperpanjangkan ejaannya dan lebih mengelirukan. Pilihan yang sungguh pelik.

AJ:

Mereka akan ingatkan kepada AJ sebagai anak bangsawan yang kacak, mempunyai suara merdu dan seorang bilal yang amat cekap. :-)

Mat JW:

Meskipun mereka dah masuk jawi!!

Tuan Pegawai:

Pak Matlob memang pejuang jawi, dan beliaulah juga yang mempelopori pengubahsuain ejaan jawi.

Pa'chik:

Yang rabun terus langgar tembok dalam merangkak-rangkak hendak menyebut ejaan yang baru.

Aznawi:

Ini satu pandangan baru kepada saya.

Kak Teh:

Kita akhirnya yang dalam kerugian.

Has:

Blog itu dipanggil obituary.
Dulu ada pantun Inggeris:

Here lies Solomon Grundy,
Born on a Monday,
Christened on Tuesday,
Married on Wednesday,
Took ill on Thursday,
Grew worse on Friday,
Died on Saturday,
Buried on Sunday.
That was the end of
Solomon Grundy
.

Anon1:

Tapi ramai anak Melayu yang bersekolah Cina, dan mereka tak ada masalah untuk membuat kerja rumah meskipun mak bapak tak tau Mandarin!

Sang P:

Anta punya ejaan pun ada kesilapan. Begitulah kelirunya ejaan yang baru ini.

Jiwarasa:

Yang satu menggunakan yang lain. Dan padahnya. Ketara sekarang.

Pa'chik:

JAWI yang sekarang pun dah meminggirkan jawi.

BRampai;

Salam. Pegawai JAWI yang sibuk nak menunjukkan kuasa menangkap orang tapi tak menjalankan tugas-tugas untuk membawa ilmu kepada orang.

Op:

Banyak yang mereka ingatkan Op. Kesemuanya baik-baik insya Allah.

Tuan Tanah:

Kalau dah lama tak baca kena belajar semula kerana ejaan dah amat berlainan. Dulu makan di eja mim alif kaf nun tapi sekarang mim alif kaf alif nun, misalnya.

Bergen:

Bollok wok bedor oh doh.

Madah B:

Sikap yang perlu diubah segera.

Naga:

Terima Kasih bro., ada seminar sebenarnya.

Dulu hamzah menghiburkan kita dengan biola dan lagu Melayu asli.

KKK:

Mereka belajar jawi dari Munshi Abdullah.

Puan DITH:

:-))

Perlunya kepada pemilihan kawan yang baik-baik sewaktu hidup supaya pelakuan kita menjadi baik dan dikenangi pula dengan baik.