Powered By Blogger

Thursday, June 15, 2006

Tahukah Anda tentang Negara Champa?

Di sebabkan kesibukkan tugas, pada ketika ini, saya muatkan disini untuk pandangan para sahabat bloggers, satu bahagian dari penyelidikkan yang sedang saya persiapkan tentang Negara Champa. Sebuah negara yang kerapkali dikelirukan dengan Negara Kemboja. Champa mempunyai pertalian yang erat dengan sejarah orang-orang Melayu dan perkembangan Islam di Nusantara.

Malah, Wali Songo yang dimasyhurkan di tanah Indonesia, adalah para mubaligh dari Champa, yang ada perkaitan kekeluargaan dengan Raja-raja Patani dan dengan ulamak-ulamak Patani yang masyhur seperti Sheikh Daud al Patani.

Demikian seterusnya:


Kerajaan Baru Champa di Panduranga.
Adakah ini kerajaan Islam Champa?

Akhirnya pada 1471, Kerajaan Ðai Viět di zaman Dinasti Le, sewaktu pemerintahan Le Thanh Ton (1460 – 1479), berjaya merampas Vijaya, ibu negeri Champa ketika itu. Le Thanh Ton telah mengambil sebagai tahanan seramai 30,000 orang Cham dan membunuh sekitar 60,000 orang tahanan-tahanan perang termasuklah Raja Champa dan ahli-ahli keluarganya.

Dengan kejatuhan Vijaya pada 1471 maka keluasan Negara Champa semakin mengecut dan ibu negara Champa berpindah untuk kesekian kalinya. Kali ini jauh ke selatan ke Panduranga. Mengikut sejarah, semenjak perlantikan Po Tri Tri sebagai raja untuk keseluruh Champa dan dengan perpindahan beliau ke Panduranga untuk menubuhkan kerajaan yang baru, maka bermulalah perkembangan Islam secara besar-besaran di Champa. Bahasa Sanskrit yang selama ini menjadi bahasa rasmi Champa juga tidak digunakan lagi.

Semenjak era inilah Champa bertukar corak. Tidak pasti sama ada Champa terus menerus diperintah oleh raja Islam sehingga kejatuhannya ke Vietnam, akan tetapi berdasarkan kepada keunikan sistem pentadbiran yang di amalkan di Champa di mana terdapat pelbagai kerajaan dalam satu wilayah pada masa yang sama, maka berkemungkinan bahawa ada raja-raja Islam yang memerintah Champa pada zaman tiga abad selepas kejatuhan Vijaya.

Keunikan sistem pemerintahan Champa adalah kerana Champa terdiri daripada perseketuan pelbagai kaum yang dikenali majmuknya sebagai 'Urang Champa'. Selain daripada kaum Cham sendiri, penduduknya juga terdiri daripada pelbagai kaum etnik daripada rumpun lain yang juga daripada rumpun bahasa Austronesia iaitu puak bukit (hill tribes) yang terdiri daripada kaum-kaum Chru, Edê, Hroy, Jörai, Rhade (Koho), dan Raglai dan termasuk juga mereka daripada rumpun bahasa Austroasiatic seperti kaum Dera atau montanagards[1]yang terdiri daripada kaum-kaum Ma, Sré dan Stieng.

Meskipun terdapat raja, yang memerintah Champa secara keseluruhannya, terdapat juga raja-raja kecil misalnya Raja Bao Dai, yang menjadi raja untuk kaum etnik yang tertentu. Ini mempunyai persamaan dengan kaum Batak dan Mandiling di Indonesia, misalnya, yang mempunyai raja-raja mereka sendiri, tetapi semata-mata sebagai raja adat. Dalam mengkaji sejarah Champa mungkin pengkaji sejarah tidak memahami kedudukan raja pada kaum masing-masing dan hal ini telah menimbulkan kekeliruan di sebabkan dalam satu zaman yang sama akan terdapat rujukan kepada dua atau tiga raja yang berlainan nama. Dalam tradisi pemerintahan Champa, hanya raja yang mempunyai kekuatan tentera dan kekuasaan politik negara diiktiraf sebagai ‘Raja kepada Raja-raja ('Rajatiraja') Champa’ (“King of Kings of Champa”). Berdasarkan kepada manuskrip-manuskrip yang terdapat berkemungkinan besar selepas kejatuhan Vijaya, kuasa ini pernah untuk beberapa ketika dipegang oleh raja yang beragama Islam.

Mengikut rekod sejarah Negeri Johor, pada 1594 kerajaan Champa telah menghantar bala tenteranya untuk membantu Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II Sultan Johor (memerintah: 1571 – 1597) dalam peperangannya dengan Portugis[2]. Daripada rekod-rekod Belanda pula terdapat catatan bahawa perhubungan baik antara Kerajaan Melayu Johor dan Champa wujud pada 1607, iaitu sewaktu Champa di bawah pemerintahan Po Nit dan Johor pula di bawah Sultan Alauddin Riayat Shah II (memerintah: 1597 – 1614).

Ini tak mungkin berlaku sekiranya tidak ada persamaan atau ikatan yang kuat antara kedua negara tersebut. Apakah asas setiakawan antara mereka? Adakah kerana mereka menganuti agama yang sama atau disebabkan oleh persamaan rumpun bangsa?

Daripada rekod-rekod yang terdapat di Belanda pula, terdapat maklumat yang meperkukuhkan pendapat bahawa pada tiga abad tersebut, Raja Champa adalah terdiri daripada raja yang beragama Islam dan Bahasa Melayu pula digunakan dengan meluas di Champa. Terdapat sepucuk surat yang dikirimkan oleh Raja Champa pada 1680 kepada Penguasa Syarikat Dutch East Indies (“VOC”) di Betawi[3], dalam bahasa Melayu. Raja Champa sewaktu itu, Po Saut, di dalam surat tersebut telah menggelarkan dirinya sebagai “Paduka Seri Sultan”. Dengan gelaran ini, sebagaimana yang diterangkan, besar kemungkinan bahawa kedudukannya adalah sebagai Rajatiraja atau ‘Raja kepada Raja-raja di Champa’! Pada zaman itu pengaruh Bahasa Melayu di negara-negara pesisiran pantai di Asia Tenggara sungguh meluas sehinggakan Raja Kemboja juga menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa diplomatik dalam perhubungan surat menyuratnya dengan pihak-pihak Portugis dan Belanda[4].


Nota Kaki:


[1]. Rumpun kaum yang sama dengan kaum Kadazan di Sabah dan Alisan di Taiwan.
[2]. Lafont, P. B., "Aperçu sur les relations entre le Campa et l'Asie du Sud-Est," Actes du Séminaire sur le Campa organisé à l'Université de Copenhague, le 23 mai 1978 (Paris: 1988b) pp. 71-82. Lihat William Collins: ibid. m.s. 18.
[3]. Batavia sebelumnya dipanggil Jayakerta. Sekarang ini letaknya di Jakarta.
[4]. Manguin, Pierre Yves, "Etudes cam II; l'introduction de l'Islam au Campa," Bulletin de l'Ecole Française d'Extrême-Orient, Vol. LXVI (1979) pp. 255-287. Lihat William Collins: ibid. m.s. 18.

10 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Bagus dan berinformatif entri sdra ini. Tq.

edyan7 said...

I found this blog interesting. Sy mintak izin link ye! Saya silent reader je... nak komen tak pandai.

Anonymous said...

Kopi sudah sejuk,
menunggu kunjungan
Pemegang janji,
tidak kelihatan

*sebelum dan selepas*

InsyaAllah is 99.99999999%,O uncle dearest :)

simah said...

interesting...kali terakhir saya dengar perkataan kerajaan champa ni masa belajar sejarah masa tingkatan satu..satu perkataan yg kurang dugunakan di waktu sekarang

Sayuti said...

menjawab tajuk: tak tahu. sekarang baru tahu sikit...

Pegawai Khalwat said...

Kerajaan Champa memang ada disebut dalam sukatan pelajaran pelajaran sekolah menengah Malaysia. Tapi tidak dijelaskan.

Entahlah... mungkin juga kerana pembikin sukatan dan teks itu tidak ada maklumat yang tepat dan lengkap.

Atau juga mungkin mereka sedar budak-budak ni tak ramai yang suka sejarah.

Entah kenapa. Adakah kerna mata pelajaran itu sendiri, atau cara guru mengajar, atau kerna murid itu sendiri.

Yang pasti, info begini sangat berguna pada aku masa kini. Boleh aku selitkan dalam perbualan dan teater.

Terima kasih pak!

Psss.... aku heran, kalau aku komen blog Keng mesti panjang berjela.

Ku Keng said...

Blackpurple:

Insha Allah akan saya lengkapkan rencana ini dan sebarkan, buat pengetahuan umum.

edyan7:

Thanks for finding my blog to be of interest. Would appreciate your comments in future as well. And thanks for placing mine on your link. I have visited your blog.

Anak Sedara:

Kopi tak minat. Ya, terlampau sibuk dengan dunia sehinga melupakan anak sedara sendiri.

Simah:

Champa atau Chepa banyak mempengaruhi sastera Melayu.

Sayuti:

Alhamdulillah kerana sekarang dah tahu; terang dan nyata.

Tuan Pegawai:

Kalu maukan artikel yang lengkap bolih saya hantarkan. File terlalu besar untuk dimelkan.

Kalau baca Sejarah Melayu, banyak terdapat cerita-cerita tentang hubungan Champa dan Melaka.

Alhamdulillah Tuan, komen yang sentiasa panjang itu tak mengapa. Kerana isinya menarik.

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it Nadwaga leczenie meridia Kenia river cruises Beef 2b jerky 2b humidifier 2b 2006 meredes benz Fist peeing Remove spyware remove spyware a font color how to get rid of spyware on computers lop com adware toolbar Acyclovir development Plotters gx24

Anonymous said...

I am champa and stay at Malaysia. Currently at Multimedia University Malacca Campus. Thank You because made this article. If you want to know about Champa visit my website. It is hard to take back our land that was conquered by the Vietnamese. We are struggling to preserve our identities as a cham people that is being erased slowly by the Vietnamese. May Allah S.W.T help our nation..

Sata Saalimun @1974 said...

sy org cham...
mmg sedih kehilangan negara....
tp apakan daya...
takdir menetapkan menumpang negara orang.....