Powered By Blogger

Monday, September 14, 2009

Haram pada siang



Di Bazar Ramadhan Karyaneka:

Menarik. Pelbagai kuih muih; pakaian dan karyatangan. Aku tertarik dengan baju Tenun Cini.

"Berapa Dik?"

"RM 900."

"Berapa?"

"S-e-m-b-i-l-a-n-R-a-t-u-s!"

"Haih. Baju RM900 tersadai begini saja. Tak berbungkus pelastik dan tak diatur secara menarik?"

"Baru sampai bang. Sutera."

Di sudut demonstrasi membuat dodol, rendang, wajik, batang buruk, ketupat, dll., mereka sibuk menjamu mat dan minah salleh. Sambil bergelak ketawa.

"Haram memberi makan pada siang bulan puasa."

"Mereka tak puasa."

"Haram memberi makan sesiapa saja pada siang bulan puasa!"

"Mereka bukan Islam!"

"Haram memberi makan pada siang bulan puasa meskipun kepada kaum kafir. Wajib menghurmati bulan Ramadhan!"

Aku beredar sebelum dipukul dengan sodek pengacau dodol.

Nota: Teringatkan kepada kisah Yahudi yang masuk Syurga kerana menghukum anaknya yang makan di khalayak umum pada siang Ramadhan.

p.s.: Mari mencari Layla.



9 comments:

dith said...

Bukan pon sutera Cina, hanya sutera Cini, hehe

Ada cerita tu perempuan pakai tudung hisap rokok makan siang hari di fast food dgn anak2 dara dia...can you beat that? :p (nauzubillah!)

Dgn keadaan orang Islam yang serabut mabut sekarang, harap ada orang alim yang khusyuk serta abid untuk melindungi kita dari bala Allah swt!

Ordinary Superhero said...

Mungkin selepas ini Ayoh Keng boleh berkat sedemikian di kedai-kedai mamak yang terpampang gambar bulan sabit dan bintang berwarna hijau.
Selamat menyambut tawaran Ramadhan yang masih berbaki.

Unknown said...

emm..betol2..mahal sungguh baju2 batik yg ada...harga dh setengah gaji saya,,huhu..mampu tengok dan pegang je..

Bunga Rampai said...

Haih, MAHALnya!!!
Baik beli Iman dengan bersedekah.

Ada satu cerita rakyat. Kononnya kalau kepala dipukul dengan sodek, orang yang dipukul itu bertukar menjadi monyet!

Salam Bro Keng.

Anonymous said...

Isy, berapa elai Ayoh Keng beli?

Pegawai Khalwat said...

Salam Tuan Keng,

Lama saya dak berkomen kat sini.

Baru-baru ni dengar cerita dalam radio oleh seorang pemanggil. Kereta suami beliau dipecahkan pencuri, dicurinya kad Touch n Go.

Katanya mujur tak dicuri baju yang ditempah dari pereka baju terkenal yang harganya beribu ringgit.

Lepas tu ada pula cerita si isteri berbelanja RM 11,000 untuk baju raya (mungkin kasut sekali) sahaja.

MasyaAllah.

Duit sebanyak tu, kalaulah digunakan ke arah lain seperti menggembirakan mereka yang kurang gembira.

Tapi itulah, itu hak mereka. Apa boleh kata lagi.

Mak Su said...

tq, mengingatkan saya juga, pengajaran... sbb saya ni dangkal juga bab2 cenggini

Anonymous said...

bagi kucing makan takpe. kalau tak dia mati kebulur.

-nurul bahiyah-

Salam Perjuangan said...

salam ziarah mai la tengok kat blog ni macam2 ada di http://asshafiee.blogspot.com