Thursday, September 18, 2008
Ulat Kaabah
Usai do'a di Multazam, aku cuba beredar ke tepi untuk bersolat pula di Maqam Ibrahim. Sewaktu itulah bahuku dicuit.
"Bapak mau cium Hajarul Aswad?" tanyanya. Ketika itu aku teringat kepada pesanan kawan-kawan yang tertipu dengan pelawaan itu. Bukannya ajakan ikhlas tetapi perniagaan sekumpulan Indon yang mengawal kawasan Hajarul Aswad dari ditembusi oleh mana-mana jemaah dari Malaysia atau Indonesia, kecuali yang dilindungi mereka. Dan perlindungan bukan cuma-cuma. Dengan harga yang tinggi, dan serendah-rendahnya SAR100 setiap jemaah.
"Tak perlu," jawabku rengkas.
"Saya bantu Pak Cik," tegasnya lagi.
"Udah. Jangan niaga di sini."
"Bukan niaga Pak Cik, cuma mau bantu." desak beliau.
"Saya bilang jangan ganggu saya dan jangan cemarkan tempat ini." suaraku keras sedikit.
"Eh, Pak Cik kan baru tawaf. Ternyata Pak Cik ini kurang beriman. Lor. Mari cium Hajarul Aswad untuk menebus dosa dan tambahkan iman." Kini ternyata beliau ini ulat Kaabah.
Aku mendiamkan diri dan terus ke tujuanku.
Begitulah hilangnya keaiban manusia sehingga di tempat yang penuh keberkatan dan yang sepatutnya dihurmati, mereka sanggup menipu jemaah-jemaah yang lemah.
9 Sept. 2008
Makkah al Mukarammah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Are you still there? Please make dua for us!
For a while I thought the Kaabah was infested! :p
Sdr. Penulis,
Nasib baiklah kaabah itu berada di Mekah dan tidak di Indonesia. Kalau tidak tak tahulah bagaimana jadinya.
Bisa diatur pak....
Hidayah benar2 milik Allah SWT.
Bro, aku belajar satu lagi perkara..
Tuan..baru ni saya tahu ada kegiatan sebegitu di Makkah! Ironi sungguh ya, di bumi suci manusia masih tidak ambil kesempatan menambah amal..malah menambah dosa..Nauzubillah..
Salam Bro Keng,
Tak nampak merpati Kaabah?
Alhamdulillah.
Kadang2 rasa nak report kat kerajaan Saudi - tapi tak tahu nak jumpa sapa.
Ayoh Keng, I thought they have banned all sorts of camera phone inside the mosque?. your first picture clearly showed a lady trying to snap a picture of Ka'abah.
Emm masa tahun 2003 dulu tak ada pun ulat2 Kaabah ni skrg ni ada pulak.. orang dah tak ada rasa taktu lagik atau segan silu lagik hanya kerana beberapa rial
Pertama kali dengar ungkapan ulat Kaabah.
Post a Comment