Powered By Blogger

Saturday, September 27, 2008

Go For Broke




Dalam meneka-neka sudah atau belum, ia atau tidak kedatangan Layla, kita mempunyai malam ganjil terakhir pada malam 29 Ramadhan ini.

Memutuskan harapan kepada-NYA antara terbesar dosa yang dapat dilaksanakan manusia. Merintih dengan penuh harapan, itulah penyebab yang terkecil yang Allah nantikan dari kita untuk pengampunan-NYA.

Allahumma innaka 'afuwun Kariim,
tuhibbul afwa, fa'fu 'anna


Ya arhamarraahimin-irhamna


Kurbankanlah tidurmu dan cekanglah matamu. Ganjarannya seumpama seribu bulan.


5 comments:

Bunga Rampai said...

Salam Bro Keng,

Aduuuh, menitis air mata!
kata-kata yang menusuk kalbu.
Ramadhan akan berangkat tidak lama lagi.

Mudah-mudahan doa-doa kita bersambut, pengorbanan kita dinobat, jiwa kita bercahaya.
Amiin.

Honeytar said...

Tuan Keng,

Terima kasih atas ingatan ini...

Anonymous said...

Keng,

Pada malam 27 di persekitaran rumah saya, cuaca dingin dari masa sebelum berbuka sehingga lah ke pukul 12 tengah hari 28. Air paip pun dingin sampai ke tengah hari ke esokkannya.

Pada malam yang dingin itu, langit terang walaupun tiada bulan, kedinginan tidak beserta dengan angin. Pokok-pokok tidak bergerak, tetapi dengan postur yang tidak kaku. Pokok-pokok rambutan kelihatan seperti tunduk layu.

Hanya satu pemerhatian oleh kami suami isteri.

Sempat saya msg ke dua rakan yang tumour dan kanser menjadi isu.

Apa hukumnya kita alertkan kawan dengan sms ya? Ni zaman moden, tapi kalau boleh, hairan juga, tiada sms sebagaimananya kehujanan sms mengucapkan selamat hari raya.

Bagaimana jika tahun kemudianya, kita buat sms network, Layla Alert katakan.

Dari org Ganu dudok Klate.

[Nama samaran digunakan supaya tersapu jika ada perasaan riak. Dengan itu juga, di harap Keng, delete message saya di entri yang lalu]. Takut apa yang digarap hilang begitu sahaja, tetapi berniatkan sesuatu yang baik.

abdullahjones said...

salam bro,

sangat setuju dgn rancangan makan itu. email saya bila lapang.

eid mubarak juga.

Queen Of The House said...

Salam Aidilfitri ... semoga Ramadhan yang lalu membawa banyak keberkatan.