Powered By Blogger

Sunday, September 21, 2008

Layla oh Layla



Sebagaimana anda, aku juga mencari Layla.

Seandainya anda yang menemuinya, ingatkanlah Layla tentang kerinduanku padanya. Kerinduan yang amat memuncak dan mendadak; penuh dengan harapan, pujukan dan rayuan. Aku inginkan dakapan erat Layla dan tak rela dipisahkan.

Aku akan membelaimu dengan kasih sayangku wahai Layla. Oh Layla. Engkau menjadi rebutan insan.


Hadith menyatakan bahawa ehwal keadaan setiap manusia ditentukan pada malam al Qadr. Apakala Baginda Rasulullahi Sollahu 'alaihi wassalam ditanya caramana umat dapat menikmati rahmah dari Allah SWT, beliau menyatakan tentang du'a Nabi ALlah Musa a.s. dan jawapan Allah SWT kepadanya:

Ya Allah, aku inginkan penghampiran dan pendekatan kepada-MU. Allah SWT menjawab, "Penghampiran dan pendekatan kepada-KU adalah kepada mereka yang berjaga pada Laylatul Qadr."

Ya Rabb, aku inginkan kasihan belas-MU. Allah menjawab, "Kasihan belas-KU adalah pada yang menunjukkan kasihan belas kepada faqir dan miskin pada Laylatul Qadr."

Ya Rabb, aku inginkan bantuan-MU untuk mempermudahkan laluanku pada Siratul Mustaqim. Allah menjawab, "Itu hanya keistimewaan pada yang bersedeqah pada Laylatul Qadr."

Ya Rabb, aku inginkan pokok-pokok untuk teduhan serta menikmati buah-buahnya di Syurga-MU. Allah menjawab, "Itu hanyalah pada yang memohon ampun pada Laylatul Qadr."

Ya Rabb, aku ingin dijauhkan dari api Neraka. Allah menjawab, "Itu hanya pada mereka yang mengingati-KU pada Laylatul Qadr."

Ya Rabb, aku ingin disayangi-MU. Allah menjawab, "Itu hanya pada mereka yang mendirikan solat dua rakaat pada Laylatul Qadr."


Pesan junjungan besar Nabi Muhammad Sollahu 'alaihi wassalam bahwa Laylatul Qadr berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama’ untuk mencari Laylatul Qadar, adalah jika awal Ramadhan jatuh pada hari:

  1. Ahad atau Rabu: jatuhnya Lailatul Qadar berlaku pada malam 29 Ramadhan
  2. Isnin: jatuhnya pada malam 21 Ramadhan
  3. Selasa atau Jumaat: jatuhnya pada malam 27 Ramadhan
  4. Khamis: jatuhnya pada malam 25 Ramadhan
  5. Sabtu: jatuhnya pada malam 23 Ramadhan


Wallahu a'lam.


= 21 Ramadhan. Mungkinkah malam ini kedatangan Layla? =

11 comments:

Anonymous said...

salam ayah keng
saya ingatkan malam tadi...pasalnya hari ni redup semacam je dan seterusnya hujan lebat....nak qiam malam ni lagi di mesjid, esok kerja pulak. kalau mengikut kaedah imam ghazali malam ni la...saya nak cuba qiam di mesjid malam ni...malamnya 21 ramadhan.

yeop harley
lupa password

Anonymous said...

apakah dia telah pergi?
apakah aku tidak berpeluang lagi tahun ini??????

اللهم بالغنا ليلة القدر

dith said...

Chop, chop....bukan ke malam 21 maknanya malam hari sabtu bukan malam tadi. Sbb malam tadi adalah malam 22

Anonymous said...

salam,

insyaAllah..moga2 kite dapat berkat malam lailatul qadar..

zara

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Ku Keng

Moga moga dimakbulkan supaya diperolehi Laylatul Qadr dalam minggu keampunan 10 hari terakhir ramadhan ini

Bunga Rampai said...

Salam Bro Keng,

Malam Al-Qadar sebesar-besar kurnia cintaNYA kepada manusia.

Namun jangan kita lupa sepertiga malam-malam lainnya tetap indah dan sarat dengan kasih sayangNYA yang tidak berbelah bagi untuk hamba-hambaNYA yang setia mengabdikan diri keranaNYA.

Anonymous said...

Salam Bro,
Dulu kecil kecil, kami menunggu layla di varandah tangga rumah kami dengan sebesen air. Air tetap tak beku, kami yang beku tertidur dibucu tangga...:)

Sya said...

Anak2 bertanya "mak pernah jumpa lailatul Qadr?" .. "tahun ni rasa mak jumpa tak" lalu mak menjawab "kalau ikutkan ibadah tahun ni.. mak tak mungkin akan jumpa.." malu dan sedih mengakui pd anak2

HCI said...

Keng,

Alamak terlewat baca.

Walaupun begitu, tidaklah ralak kerana setiap malam ku intai dan ku tunggu akan si Layla.

HCI said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

hmm...kalau berjaga menemankan mak di wad jugak boleh masuk korum tak?