MELAYU
= SN Usman Awang =
= SN Usman Awang =
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
(Melayu sudah global merentas dunia, bergadai nyawa; hilang pedoman)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka
16 comments:
Salam Tuan,
Aduhai, gadis Melayu yang berbaju merah jambu itu..! Sopannya amat menyentuh.
Salam Tuan Mya Marja, yang itu anak raja....Tuan Puteri sebuah parti Melayu yang terbesar di Malaya....
(hadir)
Ku Keng.. Lama dah tak menyinggah di sini. Terimakasih kerana menyinggah di blog.
"Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubaraq"
;)
Melayu dgn Islam
macam minyak dgn air
Aku pilih Islam!
Setuju dengan Megezot. Tapi Islam itu apa? Minyak atau Air? Aku harapkan ia adalah Air yang boleh menyejukkan. Bukan minyak yang mudah menggelegak.
Manusia itu pelupa.
Rasa nak menitis air mata pun ada.
Salam,
Puisi ini berdaya membangkit dan mengangkat semangat orang Melayu untuk berjuang mempertahankan martabat bangsa Melayu. Namun berapa ramai orang Melayu yang mampu menterjemahkan sindiran dan pesanan dalam puisi ini menjadi satu ilmu lalu dimanfaatkan untuk mendidik diri sendiri juga generasi mendatang demi kelangsungan bangsa Melayu itu sendiri?
Yang orang Melayu sekarang tak sedar ialah adanya banyak provokasi untuk memecah-belahkan Melayu. Pertama keluar sebuah 'kajian' dari sebuah pulau yang menyangkal adanya Melayu, kemudian Melayu dianggap sebagai bangsa pendatang ke sini seperti bangsa-bangsa lain juga, kemudian dikeluarkan poster-poster seperti di atas yang menjadikan Melayu itu lebih penting drpd Islam. Pikirlah, adakah orang-orang Melayu yg sanggup berbuat begini atau orang-orang yang mahu layukan Melayu?
Saya setuju dengan Anon di atas. Kita dalam segala kebodohan membenarkan sejarah bangsa dan bahasa dirubah. Contohnya dalam iklan kemerdekaan negara sekarang ini. Lihat saja, siapa yang ditonjolkan? Seolah-olah pengorbanan bangsa lain begitu signifikan dalam perjuangan kemerdekaan. Beginilah sejarah dipahat dalam benak anak-anak generasi muda. Siapa yang pernah mengingatkan rakyat semua tentang Social Contract, yang dipersetujui (meskipun dipasksa dipersetujui) oleh semua? Yang menempatkan kedudukan bangsa dan agama dalam tempat yang tak boleh disentuh dan dibincang? Kini apa yang terjadi? Lihat sendiri kepada janji-janji politik yang diberkan oleh baik kerajaan atau pembangkang. Melupai segala-galanya demi untuk sikap populis. Amat sedih.
Terimakasih Tuan Keng, atas selitan gambar-gambar yang menarik. Bukan dilakonkan malahan fakta sebenar.
= Tok Janggut Ulu Tembeling =
heh heh heh ( tak tahu nak komen apa )
salam keng bey.. selamat berpuasa di bulan amadhan mulia dari kami sekeluarga di sini....
JazaakAllahu khayr, uncle.
:D
Ramadhan mubaarak.
Suara Baru Pemuda ;-)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
aku tidak percaya politik... tiada yang bersih dengan politik...
Post a Comment