Satu usia yang matang. Hampir persaraan.
Ketaranya; rakyat semakin bijaksana dalam segala-gala. Misalnya bijak berhujjah tentang cara dan bagaimana untuk memulihkan ekonomi negara. Peka harga minyak dunia. Mempunyai pelan pembangunan, lebih hebat dari RMK Sembilan, yang mudah dan dijamin akan mengukuhkan ekonomi bangsa. Dasar pelajaran yang akan menambahkan bilangan profesyenal. Bisa memartabatkan tenaga kerja mahir di merata dunia. Ini bukan bicara menteri atau pakar segala. Tetapi dari siapa saja di kaki lima. Pantang ditanya pendapat; pemandu teksi, penjual roti canai dan nasi lemak. Penganggur dan mat gian penjaga kereta. Semua akan berhujjah pendapat. Roda sudah berputar haluan, setelah 51 tahun mengharungi zaman.
Begitulah 51 tahun merdeka, bangsa Malaysia menjadi bijaksana dalam segala bidang.
51 tahun Merdeka; rakyat bijak ilmu agama. Mubahalah dan sumpah laknah amat diketahui mereka. Pandai menghukum tanpa perlu berbincang dan rujukan kepada apa-apa nas dan pendapat ulamak silam. Tanya apa saja masalah yang rumit dan ada saja pada mereka pendapat dan hukuman. Tanya bab sumpah, mereka akan menambah-nambah. Hukum yang terserlah kononnya cacat sana cacat sini, tidak sah kerana banyak yang tidak munasabah. Bila timbul hal yang mencabar - kes murtad, kes azan, kes pengunaan nama tuhan; mereka diam seolah-olah ini hal ringan.
51 tahun Merdeka; hilang pulau, hilang kuasa, hilang maruah, hilang bangsa, pupus bahasa dan lekang agama. Apa yang disorakkan? Begitu banyak kiasan dan bidalan pada khazanah bangsa. Pak Pandir, Si Luncai, Pak Kadok, Mat Jenin dan pelbagai. Bukan ditimsalkan sebagai panduan tapi hanya menjadi pengelipur lara waktu malam.
51 tahun Merdeka. Malam ini akan ramai muda-mudi tidur berselerak di jalan. Mana lelaki mana perempuan. Tidur berselang-selang pakaian terselak hampir-hampir telanjang. Mereka hanyut dan sesat; hilang akidah, hilang pegangan. Biarkan. Biarkan.
Gambar:
Terima kasih kepada Fahmi Fadzil
2 comments:
salam keng..
merdeka le ning macang merdeka dari hukung tuhang doh.... maksiak meghate ghawe... pening nengok ke budok-budok lening... jamang kecik dulu dok ajing jup'pe supe nga le ning...
abih anok daghe dok b'sidar kot tepi-tepi jalang tetengoh malang...
hok bgekndong ikuk jatang dok soh kighe la... laghi naik muto lang tlangjang pung ade...
jahanang.. habih keghano mung...
bakpe mek... mung buak gitu...
huhuhu...
hok khaja'ang duk kighe... ape dok gatung de'ghe di khet'te...
Salam Bro Keng,
Nampaknya usia tidak lagi mematangkan manusia. Usia yang berganjak menjadikan manusia angkuh dan menjadi tuan yang memakan diri sendiri.
Biarkan. Biarkan.
Jangan. Jangan. Jangan biarkan. Kita-kita yang masih celik perlu terus tabah dan sabar membimbing semampu yang boleh dengan pelbagai cara dan pendekatan. Paling tidak, gunakan senjata doa memohon kasihanNYA.
Berpantang undur sebelum menang! InsyaAllah.
Post a Comment