Powered By Blogger

Sunday, August 03, 2008

Pak Imad





Era 70-han, merupakan era peralihan paradigma dalam bidang pembelajaran kepada Bangsa Melayu di Malaysia. Pada era itu, murid-murid Melayu diberikan peluang untuk memasukki pusat-pusat pengajian sains dan teknologi, yang mana sebelumnya pintu masuknya dikunci rapi oleh bangsa-bangsa lain. Usaha ini dipelopori dengan gigihnya oleh Dato Patinggi Abdul Rahman Yaakob dan Tan Sri Ainuddin Wahid, ketika itu Rektor Institut Teknologi Kebangsaan - ITK (kini UTM).

Di samping itu Tan Sri Ainuddin juga menusukkan unsur dakwah kedalam jiwa anak-anak Melayu supaya mereka kelak menjadi teknokrat yang juga berkebolehan sebagai mubaligh. Untuk tujuan ini, dua tokoh yang dikehadapankan beliau. Mereka adalah Almarhum Ustaz Fadhil Nor yang ketika itu baru sahaja pulang dari Al Azhar; dan Ir. Imaduddin Abdul Rahim (Pak Imad) dari Institut Teknologi Bandung (ITB). Kedua-dua tokoh ini berkuliah dan berdakwah dengan gigih sehingga berjaya mempegaruhi ramai penuntut yang dulunya buta agama untuk ke surau ITK. Pada hari Khamis malam Jumaat Pak Imad dengan kuliah tafsirnya dan pagi Jumaat pula Ustaz Fadhil berkuliah subuh dengan Fi Zilaalil Quran karangan Syed Qutb. Kuliah mereka bukan setakat menarik jemaah dari ITK malahan dari pusat-pusat pengajian tinggi lain di KL dan Selangor, seperti UM, ITM, UPM dan UKM.

Kelmarin pagi Sabtu saya dikejutkan dengan sms dari Kamal Omar tentang kepulangan Pak Imad di Jakarta, selepas mengalami stroke beberapa tahun sebelumnya. Inna lillahi wainna ilaihi raaji'un. Muhammad Imaduddin Abdulrahim dilahirkan pada tanggal 3 Zulhijjah 1349H atau 21 April 1931M, di kota kecil Langkaat yang dikenal sebagai kota dengan tradisi keulamaan dan keislaman yang kuat, dan beliau merupakan juga pengasas Masjid Salman di ITB.



7 comments:

Bunga Rampai said...

Al-Fatihah.
Semoga roh Almarhum ditempatkan di dalam LiqaNya.

Sebak hati membaca entri ini. Kita kehilangan seorang lagi Guru sejati - mengimbangi pelajaran duniawi dan akhirat.

Salam Bro. Sihat wal'afiat hendaknya.

Semut Api said...

rupanya ada jugak pahlawan dalam bidang pendidikan yang telah dilupakan umum ...

alfatihah...

Pegawai Khalwat said...

Sorang demi sorang meninggalkan kita.

Kita dah bersedia?

tegezoot said...

Semoga!

Amin.

tegezoot said...

Semoga!

Pa'chik said...

Inna lillahi wainna ilaihi raaji'un

al-fatihah

Anonymous said...

Assalamualaikum

Amat terkesan dihati. Sesungguhnya kedua tokoh ini amat besar jasanya dalam pendidikan dan pembentukan peribadi dan dakwah kepada mahasiswa UTM serta mahasiswa seluruh negara. Usaha mereka amat besar kesannya hingga kini ramai antara kita adalah hasil dari usaha gigih mereka melawan arus yang cuba mengekang gelombang kebangkitan Islam ketika itu.

Belangsungkawa keatas pemergian Ir Imanuddin. Somoga rohnya bersama para syuhada. Ameen