Powered By Blogger

Thursday, April 10, 2008

Kenangan Makan Goreng Pisang

Pagi itu (dalam tahun 1999) Dr. Rosli bergegas menemui saya yang baru tiba di pejabat.

"Hang sibuk tak?" Sebelum sempat menjawab, "Ana tak dak kereta pagi ni, boleh tak kita pi ke Parlimen sat?" Beliau bukan orang Penang tapi begitulah gaya cakapnya, bercampur-campur ana dan hang dan dalam loghat Penang.

"Ada apa?" sahutku.

"Hari ni Parlimen mula bersidang. Ana nak jumpa Ustaz Fadzil sat." Mungkin ada sesuatu yang nak dipesankan kepada Ustaz Fadzil kerana Dr. Rosli ketika itu aktif dalam parti; mengetuai biro ekonomi.

Setibanya kami di Parlimen, bilik yang dikhaskan untuk MP pembangkang sudah penuh sesak. Ramai yang datang nak menemani MP-MP baru sebelum mereka masuk ke Dewan. Dan saya hanya tunggu di luar kerana tak mau menjadi nasi tambah pula dalam pertemuan mereka. Apabila loceng sidang berbunyi bergegaslah pahlawan-pahlawan baru yang akan pertama kali masuk gelanggang. Dari jauh saya memandang Ustaz Fadzil yang berjalan keluar dan masih dikerumuni kawan-kawan. Dan pandangan kami berpaut.

Ustaz Fadzil berpatah balik dan berjalan ke arah saya, dan kami berpeluk-pelukan. Katanya yang masih lekat di benak saya, "Kita dah menang." Begitulah. Rengkas.

Saya mengenali Allahyarham lama sebelum itu. Seringkalinya, setiap petang sekembali dari pejabat, saya singgah di Jalan Pahang, dan berbual-bual dengan teman-teman di Pejabat Pas. Syed, Ustaz Nakhaie, Pak Daeng, Subki dan lain-lain. Dan apabila Allahyarham berada sama, beliaulah yang bersusah payah menjamu kami dengan goreng pisang dan teh tarik yang dibeli Syed dari warong di seberang jalan hadapan Pejabat. Perbualan kami selalunya berkisar tentang menteri baru dari ABIM, yang latang dan bengis memerangi PAS ketika itu. Dan kami ketawa panjang apabila menilai keadaan betapa merebaknya lesen perjudian di waktu beliau gigih untuk meng-Islamkan kerajaan Malaysia. Dan PAS pula digelarnya parti kampung.

Itulah kenangan saya yang manis bersama Allahyarham.

Alangkah seronoknya sekiranya beliau bersama ketika ini. Selamat bersidang kepada ahli-ahli Parlimen Rakyat dan BN.

12 comments:

dith said...

Keng,

Begitulah politik di malaysia. Yang nak kan Islam mengguna berbagai approach, samada dari dalam , luar atau berasingan. Tapi yang sedih apabila bekerja dari dalam sudah mula tukar nada suara. Yang paling terang adalah Ust yang anta sebut tu, :))

Muslim Missionary Society, Selangor & Wilayah Persekutuan (Malaysia) said...

salam ayahanda..mewakili sahabat menjengah masuk..agar persaudaraan terus terjalin, semoga roh al-marhum sentiasa tenang di sisi Allah, amin

Sayuti said...

tuan keng,

bila nak jadi calon pula?

Anggun said...

Semoga kita sentiasa mengambil iktibar yang baik2 sahaja dari yang telah pergi kan Tuan Keng..PS: Tuan Keng nanti tunggu depan TV ka sidang Parlimen siaran langsung nanti?

shafarina said...

menteri baru dari ABIM itu kini masih berpendapat demikian atau tidak.

kalau ikutkan sekarang ni.. err sudah nak kata kan.

Ordinary Superhero said...

Al Fatihah untuk almarhum Ustaz Fadzil dan almarhum Habib Hassan. Moga roh mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh.

Pegawai Khalwat said...

Terima kasih.

rajawali art studio said...

;)

Bunga Rampai said...

Masih ingat pisang apa?

Salam :)

Syazwina Saw said...

Selalu teringatkan Ustaz Fadzil.

Sayu.

JazakAllah, uncle.

sinaganaga said...

Bang,
Semasa saya buat kerja pameran ABIM, saya syak saya ada jumpa sekeping gambar - gambar allahyarham dengan Saudara PM Wanabee tu - ermmm, tak berapa ingatlah! Rasa2nya ada. Gambar kedua2nya semasa ABIM. :)

sinaganaga said...

Oh lupa, kim salam peluk cium saya untuk Kak Nor, dengan ucapan iringan: tahun ini kita berdua masih tak dijemput untuk Majlis Jasamu Dikenang ke?

Damn! Saya makan nasi campur sendiri2 sajalah, Kak Nor. Ha ha.