Powered By Blogger

Friday, December 28, 2007

Dakwah di Pedalaman




Dua hari lalu saya menerima 4 sms yang panjang dari seorang pendakwah bebas, Saudara Abdul Halim Abbas, yang aktif di pedalaman Sabah. Kumpulan beliau amat gigih di sana bukan dengan tujuan untuk meng-Islamkan orang yang masih animis, akan tetapi semata-mata untuk mendidik mualaf-mualaf di pedalaman yang sudah lama tertinggal dan terlupa oleh pentadbir-pentadbir agama Islam. Saya paparkan di sini untuk tatapan bersama, lapuran dari beliau dan sekiranya tersentuh hati untuk membantu bolehlah talipon terus ke 019 851 6968.

Assalamu alaikum WW: Kursus kem remaja di Pulau Banggi mendapat sambutan yang baik. Peserta 50 orang. Penduduk kaum kaum ibu bapa turut serta menjadi peserta kursus dalam 30 orang. Mereka dahagakan ilmu. Kursus ini diatur oleh Ustaz Basal. Bayangkan kalau di seluruh Sabah ada progrem seumpama ini dibuat. Tentu masyarakat kita akan menjadi masyarakat terdidik dengan agama. Salam. A Halim Abbas.

Assalamu alaikum WW: pada 10 Zulhijjah sahabat-sahabat kita telah menyembelih qurban di Kampong Napong Satu, 20 km dari Pekan Ranau. Islam bertapak di sini sebelum melebihi 50 tahun. Makin berkembang dalam tahun 70-han. Kampung yang terletak di celah lembah yang subur. Di celah-celah banjaran Crocker yang menyambung ke puncak Kinabalu. Mengalir sebatang sungai yang jernih membelah lembah ini. Tak ada pendakwah buat mendidik mereka pada masa ini. Sejak 1975 – 1994 ada ikhwan kita Che Gu Jamil yang mendidik mereka. Tapi dia telah pindah ke Kampung Lohan. Surau hampir mati, kami solat Aidil Adha di surau asrama anak yatim Yayasan Suria Tuaran. 3 lembu disembelih sebagai kurban. Setelah khutbah saya mengisi tazkirah untuk mualaf yang hadhir sebelum makan kenduri kurban. Salam. A Halim Abbas.

Assalamu alaikum WW: 24 Dec. Majlis Khatam al Quran madrasah Manzalilul Masakin yang baru dibuka pada 4 Mac 07. Hari ini 15 orang layak khatam al Quran. Menurut penduduk inilah majelis khatam yang pertama di Pulau Banggi. Madrasah ini didirakan dari kayu bakau, atapnya dari zink berkarat dan bocor sana sini. Tak ada dinding. Tempias hujan terpaksa bertahan sahaja. Hujan sangat lebat. Hadhir dalam 150 orang. Mereka ingin tau bentuk majlis khatam al Quran itu dan ibu-bapa begitu bangga anak-anak mereka khatam al Kuran pada hari itu. Ustaz Basal yang menjadi guru sukarela dukung perpaduan ini begitu gigih dengan mendidik anak-anak kampung ini; pagi-pagi kelaut menjadi nelayan, dan malam mengajar dari maghrib hingga jam 10 malam. Sewaktu madrasah ini dibuka hanya ada 12 buah naskah Iqra’ dan 5 buah al Quran untuk menampung keperluan 86 murid. Pada May 07 barulah ada derma Iqra’ dan al Quran untuk
diberikan kepada madrasah ini. Insha Allah jika ada bantuan kepada Madrasah ini generasi al Quran akan dapat dibangunkan. 2 ekor lembu korban yang di buat di sini oleh saudara-saudara dari KL pada tahun ini. Program hari ini akan disambung dengan kursus selama 2 hari. Salam. A Halim Abbas.

Assalamu alaikum WW. 25 Dec.: Malam tadi program dakwah di surau Parong Laut, Kota Marudu. Jemaah yang hadhir 30 orang. Semuanya mualaf suku Dusun. Mereka baru 4 tahun Islam. Walau bagaimanapun taraf hidup dhaif tapi mereka mau menimba ilmu. Sebuah al Quran pun tak ada. Tersentuh juga perasaaan lihat Ust. Halim beri ajar kepada mereka. Sebenarnya petang tadi kami hanya meninjau ke sini. Rupa-rupanya ketua kampung sudah suruh anak-buahnya berkumpul, katanya ada orang datang mengajar malam ini. Ketika nak keluar dari kampung ini orang kampung mula tiba di surau. Jadi Ustaz Halim kata, "kesian mereka, kita dakwah dululah", jadi kami pun berpatah balik ke surau tu. Ana berkata dalam hati, nanti mereka ini pasti menuntut hak mereka wal muslima ikhwana kepada kita di hadapan Allah. Apa nak jawab? Masya Allah ... kita perlu pendakwah dan prasarana asas untuk dakwah. Laporan dari Rosnani Untul.


Sebaik-baik derma adalah ketika kita sendiri dalam kesusahan.


8 comments:

Unknown said...

Salam Tuan Keng

Selamat Menyambut Aidil Adha. Saya tahun ni tak berkorban pun sebab tak balik kg. Waaaaaaa....

Sebenarnya senang nak ajar orang yang nak belajar. Yang susahnya, nak ajar orang yang tak nak belajar. Hehehehehehe

Bunga Rampai said...

Salam Bro Keng,

Sungguh, kita perlu berdakwah.

Terima kasih entri ini.

tegezoot said...

Bila Allah memberi Hidayah.

Yeop-Harley said...

Ayah Keng,

Sebenarnya saya malu kepada sms di atas. Kerana saya sendiri sentiasa mengatakan pada diri, "nanti, nanti..." apabila ada panggilan untuk bersama kumpulan macam itu.

dith said...

Mana pergi Jab Agama di sana?

Lebon Botong said...

melihat sms yang di sms pd saudara saya rasa kita perna jumpa ? ada masa lihat blog ini http://nazri-suaramualaf.blogspot.com

Lebon Botong said...

melihat sms yang di sms pd saudara saya rasa kita perna jumpa ? ada masa lihat blog ini http://nazri-suaramualaf.blogspot.com

Lebon Botong said...

salam. ada masa masuk di blog ini http://nazri-suaramualaf.blogspot.com ( prgrm ust.abd halim di sabah )