Powered By Blogger

Saturday, December 22, 2007

Mencari Pertemuan




Bulan ini keadaan kelam-kabut lagi. Sebagaimana tahun-tahun yang lalu. Dan yang lalu-lalu. Bulan menjadi punca kelam-kabut.

Temu janji yang dijangkakan pada 14 Zulhijjah tidak ditepati oleh ahli korporat dari Malaysia. Meskipun pengesahan tarikh dan waktu telah dibuat berkali-kali sebelumnya oleh Si Saud peniaga yang tiba jauh dari Saudi. Setelah menunggu beberapa jam, Si Mamat tidak juga muncul. Anih. Puas Si Saud yang datang khusus dari Riyadh ke KL menunggu. Tak pasti Mamat tidak mau menerima kontrak berbillion Riyal untuk projek mercutanda di Mina. Fikir Si Saud.

”Mana anta?” Si Saud bertanya setelah berjaya menghubungi Si Mamat melalui talipon bimbitnya.

”Ana di Kota Baru. Balik raya. Malam ini ana tiba.” jawab si Mamat.

”Kenapa malam ini, kita kan ada temu janji sekarang?” herdik si Saud. Keadaan sudah terbalik. Kalau dulunya orang Saudi yang selalu mungkir, kini dia pula yang tepat pada janjinya. Maklumlah dia graduan UIA, jadi kultur menjaga waktu sudah bertukar.

”Apa pulak sekarang? Kita kan dah confirm pada 14 Zulhijjah?” Si Mamat bekeras.

”Hai Mamat,” Saud menjawab dalam bahasa Malaysia pula. ”Hari ini dah 14. Anta tidur ke? Anta pakai kalendar apa?” Saud berhujjah.

”Akhi. Ana belum nyanyok. Hari ini 13 Zulhijjah. Masih hari tasyrik. Ni cuba anta dengar, masih lagi bertakbir.” Mamat mendekatkan gagang telipon pada cermin tivi, yang kebetulan sedang menayangkan orang bertakbir raya.

”Ya Salam,” Saud mengeluh, ”anta bikin ana bingung. Mana ada lagi takbir ini hari. Ini betullah eid hadhari. Hari ini 14 Zulhijjahlah baghal .....”

Dan mereka terus bertengkar. Berpanjangan.



Bukan salah Si Mamat dan tidak juga salah Si Saud. Kita merayakan ’Eidul Adaha pada hari Khamis dan mereka di Saudi pada hari Rabu. Wukuf di Arafah pada hari Selasa. Dan pastinya 'Eidul Adha sehari selepas wukuf. Hukum yang muktamad.

Jadi sebagaimana biasa, hari di Saudi yang terkemudian menerima matahari dari kita, apabila menjelang 'Eidul Adha menjadi awal sehari dari Malaysia. Yang dikatakan matahari naik dari barat, dan akibahnhya hari akan berkucar-kacir; ini agaknya yang dimaksudkan hadith.




Dan saya juga menunggu kalau-kalau IKIM akan mengeluarkan arahan untuk menggalakkan kita bersama-sama meraikan Hari Krismas; perayaan pagan yang sudah dikomersialkan.



9 comments:

Anonymous said...

Tuan Keng...

Salam Eidul Adha...May ALLAH
Bless us all

Saban tahun, 1 Syawal, dan 10 Zulhijjah kita di Malaysia akan tergelincir dari di Saudi.

Yang Peliknya 1 Muharram akan kembali sama!!!

Si Lembu dan Kambing pun confius..Rakan2 mereka di Saudi pendek umur 1 hari!

P/s...Melihat leher si Lembu disembelih secara grafik ditayang
secara jelas di RTM 1 macam mengundang emosi si HINDRAF yang confius...

ALLAH hu AKBAR

hj ghaz

Honeytar said...

Sdr Ku Keng,

Ptg tadi sambil menunggu minuman sampai, saya membelek The Star's BizWeek lalu membaca "what u wish for Christmas".

Dia interview seorang ahli koperat bernama Raja xxx and describe her as "the rare people that believes the existence of Father Christmas...".

Berkerut dahi saya cuba memahami. Saya masih berkerut dahi. Confused.

Pa'chik said...

tunggu jugok bile keng nok ulas pasal neh.. heheh...

kalau raye pun dak mboh ikut... hukung krok'ang lagi lah... ekekek...

Yeop-Harley said...

Ayah Keng,

Dalam dunia yang serba canggih - ada satellite phone, ada G3 ada video-phone, dan orang sudah ke angkasa, kita mengelirukan diri.

Pada pendapat musuh, tentera Muslim akan sentiasa dikelirukan oleh waktu yang tepat sesama sendiri, dan tak akan bertindak serentak.

Saya di hutan tak ada masalah. Tok Batin berdasarkan tidak kepada bulan atau bintang. Hanya sebatang rokok.

EID MUBARAK

tegezoot said...

Sudah jadi satu kebiasaan bagi org Melayu Islam mengucapkan Selamat/Happy/Merry sempena hari perayaan agama2 lain tanpa sedar betul atau salah perbuatan mereka. Tambah lagi pada perayaan krismas sebegini, hingga turut sama berada dalam majlis dan memakai 'santa hat'. Sebab apa? sebab lupa dengan firman Allah dalam ayat akhir surah Al-Kafiruun.

Anonymous said...

saya tak la mengucapkan merry merry kerismas ni..saya makan biskut meri je..

Pa'chik said...

ayoh keng, dengo kate ada santa mlayu di pulau duyung... penat doh le ning...

KakNi said...

Pak Keng, saya pun tak paham kenapa kita tak sama hari sambut aidil fitri & aidil adha dan lain2 hari dengan negara arab saudi sana. Bukan ke dari satu negara ke satu negara cuma beza dari segi masa sahaja. 14hb di sana, pasti sama dgn 14hb di sini, tak kisahlah di sana atau di sini yang sampai waktu dulu...

sinaganaga said...

Keng,
Bhumi kita separa bulat.