Encik Hidung Belang
di London,
Menjawab komen saudara (?) pada entri terdahulu.
Bukan hanya anda dihiburkan dengan jazz di Brickendonbury, tetapi kami di sini juga berseronok dengan ahli No. 1 Jazz sarwa jagat, untuk merayakan Kemerdekaan. Mungkin anda tak tahu, yang Jazz itu budaya kita. Kami juga pun baru tau!
Tapi kesempenaan bulan pada bila jazz ini dipentaskan mengingatkan saya sebentar kepada ketepatannya pada bulan Hijriah.
Malam-malam hari sebegini di Kota Kaherah, akan cerah dengan cahaya tanglong Ramadhan.
Menjadi satu budaya bagi mereka menyalakan tanglong sehinggalah ke akhir Ramadan. Kanak-kanak (mungkin hanya dulu di waktu saya belajar di sana!) akan berjalan-jalan di lorong-lorong Kaherah Tua – di sekitar Bab Zuweila, Ibn Tulun dan di kawasan yang di kenali sebagai Bazaar Khemah: menghala ke Sayyidina Hussein di Khan Khalili, dan juga di sekitar Shari’ al Sulthan - sambil melaung-laungkan bayt:Wahawi ya wahawi
Iyyahah
Rooh ya Sha’aban
Ghait ya Ramadhan
Iyyahah
Bintis Sulthan
Labsah al guftan
Iyyahah
YalLah al Ghaffar
Issuna al ihdiyah
YalLah al Ghaffar
Menjadi satu hiburan kepada penduduk sekitar Kaherah Tua untuk memberi sepenuh sokongan kepada kanak-kanak ini. Seperti pesta Halooween di Amerika, mereka akan diberi halwa dan hadiah-hadiah sambil kata-kata galakan untuk ber Ramadhan.
Kepada sang dewasa ini pula, saum pada Ramadhan adalah cerita lain pula! Entah ia entah tidak saum mereka. Itulah Kaherah, penuh misteri. Tapi aku senantiasa mengingati Ramadhan di Kaherah, kerana malamnya hidup juga dengan penuh ibadah.
Tak siapa tahu apakah maksud Wahawi ya wahawi iyyahah. Ada yang mengaitkannya kepada bahasa atau ungkapan pada zaman Fir’aun. Walaubagaimanapun bayt itu menarik:Wahawi ya wahawi
Iyyahah
Kamu dah berundur ya Sha’aban
Dan tiba pula kamu ya Ramadhan
Iyyahah
Anak perempuan Sultan
Memakai kaftan
Iyyahah
Ya Allah yang Ghufran (Pengampun)
Anugerahkan kami hadiah
Ya Allah yang Ghufran
Dan begitulah cahaya tanglong akan dibiarkan menyinar sehingga imsak. Berkelip-kelip antara selingan laungan mesahharati atau pelaung-pelaung yang megelillingi lorong-lorong untuk mengejut penduduk untuk bersahur.
Akhir Sya’aban. Seperti hari-hari ini. Begitulah persiapan untuk menyambut Ramadhan.
Dan kita pula baru bersantai-santai dengan George Benson sambil dihidang dengan halwa telinga berbentuk irama jazz.
Aduh. Berbeza amat.
Ramadhan Karim.
Nota:
Bayt-bayt yang digurindamkan oleh mesahharati di sekitar Kaherah terdapat di sini.
28 comments:
Salam Bro Keng,
Semoga rasa hati kita - cinta dan rindu padaNya tidak berubah.
Beberapa hari lagi Ramadhan menjelang. Semoga kita semua masih dalam pengampunan dan kasihNya, memberi kita peluang sekali lagi menghayati Ramadhan yang mulia.
Salam Tuan Keng
Menjelang Ramadhan yang akan tiba beberapa hari lagi, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa pada tuan dan keluarga serta semua pembaca blog tuan ini. Semoga kita semua berada di dalam lindungan pengampunan dan kasih sayangNya. Amin...
Ramadhan Karim....
Salam tuan,
Selamat menyambut datangnya Ramadhan, dengan kesyukuran dan keinsafan. Syukur kerana kita diberi nyawa untuk menghayati Ramadhan lagi.
Ramadhan Karim....
salam tuan keng..
semuga Allah memberikan kesempatan menyempurnakan Ramadhan dengan ibadat kepada-Nya.
Keng,
Anda sungguh bertuah kerana diberi peluang merasa kehidupan di bandar seperti Kaherah yang penuh dgn pelbagai adat unik dan cantik. Sesungguhnya warna2 kehidupan di Kaherah, Cyprus dll telah membentuk diri anda sekarang.
p.s. sepupu suami baru berangkat ke Alexandria untuk belajar perubatan 6 tahun. Adakah suasana di sana sama seperti Kaherah?
Tak tahu lah nak kata apa...
Selamat menyambut kedatangan Ramadhan al Mubarak buat anda sekeluarga.
salam,
Selamat menyambut Ramadhan, semoga berjaya menikmati rahmah yang berlimpah dan merenangi ujian dengan cemerlang.
InsyaAllah tidak lama lagi untuk kali kedua saya akan ber-Ramadhan di Manchester. Walaupun jauh dan rindu keluarga di Malaysia, masih teringat-ingat harumnya ukhwah Islami yang seolah-olah sentiasa berapungan di udara, semanis baklava di masjid tempat berbuka puasa beramai-ramai sebelum solat berjemaah, seindah senyum para akhawat yang melupakan semua perbezaan rupa-bangsa-bahasa lantas berkasih sayang atas nama Islam.
Tiba-tiba saya gerun kalau-kalau tidak sempat menadah ampun dan redha dalam Ramadhan kali ini...
meow~
Keng, doakan saya tidak terlepas dari kebaikan yang menanti di Ramadhan nanti. Terima kasih.
salam tuan keng...
muga2 ramadhan kita diberkatiNya, InsyaAllah...
Tuan Keng,
Salam Ramadhan juga untuk tuan.
Psss..... yaa.... di hotel-hotel buka puasa memang banyak jazznya.
Salam Bro Keng,
Jika diberi kesempatan, saya ingin sekali melihat kota Kaherah.
Selamat Menyambut Ramadhan, mudah-mudahan kita peroleh rahmat dariNya.
Salam,
Saya pernah bercuti di Kaherah 2 minggu lamanya dan merasa mendaki Jabal Musa lbh krg 11 thn lalu. Teringin pula merasa nikmat menyambut Ramadhan di sana :D
Pohon kemaafan sempena Ramadhan.
salam tuan keng..
selamat menyambut ramadhan buat tuan sekeluarga..
selamat menyambut Ramadhan, Pak Keng. gunakan aerosol nyamuk yang CFC-friendly.
-muzikaslijugayangbest-
lepas ni kita jazz kan nasyid,boleh?hehe
salam ramadan padamu
Wa sedang dengar Dave Brubeck.
Salam Ramadhan al-Kareem ya sheikh Keng,
Semoga Ramadhan kali ini berlangsung lebih baik berbanding tahun2 lepas. Adakah mentaliti Malaysians kekal dengan hebohnya berbelanja di bazaar Ramadhan, pembaziran pelbagai juadah untuk iftar, sunnah sahur dilupakan atau pun sekadar makan pagi di mamak tanpa mengambil kesempatan untuk beramal? Kita sama2 perbaiki insyaALlah.
assalamualaikum tuan,
selamat menyambut ramadan. di kaherah atau kuala lumpur, dalam bulan ramadhan ni, pastikan kita puasa di siang hari dan cubalah berteraweh di malamnya.
semoga di hujung ramadhan, puasa kita mengembalikan kita kepada fitrah asal kejadian kita.
wallahualam.
:)
tuan, Selamat Menjalani Ibadah Puasa
karangan yang menarik perihal ramadhan. cara menyambut ramadhan adalah berbeda di berlainan tempat walaupun puasanya tetap sama. semoga kita tidak akan terjerumus menjadikan ramadhan satu pesta sebagaimana yang berlaku pada syawal.
thanks for sharing.
Selamat Berpuasa dan beribadah
salam ramadhan dr sy penduduk blogosfera... thanks 4 visit my page n 4 ur comment.. sy budak baru belajar. nice post tuan ku keng. :)
bro, saya puasa dan raya disini. selamat berpuasa dan beraya untuk kamu dan keluarga.
ps:jaga selipar baik-baik.
salam ziarah ptg slasa bro keng..
raya dah dtg! raya dah dtg! slamat ari raya! slamat ari raya!
Andai langkah membekas lara,
Andai kata merangkai dusta,
Andai tingkah menoreh luka,
Izinkan saya bersimpuh-sila,
Menghulur tangan di bulan mulia..
Selamat hari raya Aidilfitri
~Hasrul Halid~
dear keng bey...
hayırlı bayram mubarek olsun...
maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga......
among those i love about ramadhan in istanbul is how people flock the camii s on lailatul qadar gecesi.... tak payah tunggu syawal... we were all bathed in lights... camiis were totally overcrowded with people in and outside... traffic jam tak payah cakap la....
selamat menjamu selera makanan raya keng bey! i am jelous! mesti uan keng masak best best punya
Post a Comment