The Star 15 Ogos:
Student rapper apologisesDan hari ini di Youtube (Views: 266,412|Comments: 6289|Favorited: 795 times), masih ada video yang telah menjadi kontroversi.
PETALING JAYA: Student Wee Meng Chee, 24, who caused a furore here with his Negaraku rap video clip on YouTube, has apologised for the parody and will remove the video clip from his blog.
“It has taught me a lesson about the spirit of nationalism and race relations. As a Malaysian, I did not intend to shame the country or ridicule any religion.
.
.
.
“To end the controversy, I will remove the video clip from my blog and I hope other bloggers will stop distributing the video clip,” said the mass communications student at Ming Chuan University in Taiwan.
Meng Chee said he also did not have any intention of creating anti-government sentiments or fan racism by writing the song as he was loyal to the King and the country where he was raised, gained knowledge and given the freedom to develop his talent.
.
.
.
He (MCA vice-president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) added that Meng Chee had already taken out his video from the Internet but other people had downloaded it and sent it out again.
“If we come down hard on every young man, there is no room for any creativity and innovativeness in this country.
Information Minister Datuk Zainuddin Maidin urged Malaysians to accept Meng Chee’s apology.
“He is still young. We should not be too hard on him but he should learn from this, particularly in handling sensitive issues,” he said, commending MCA on the way the party handled the issue.
Zainuddin hoped the people would not continue to harp on the matter as Meng Chee had already apologised.
Walhasil. Kita selama-lamanya diperbodohkan. Tapi bak kata Pak Menteri, "Beliau masih muda, jangan terlalu berkeras dengannya....."
15 comments:
kesalahan dia tidak besar mana.. setakat hina azan saja.
cuba kalau kalu dia kutuk lelaki-yang-suka-tidor itu... huh.. mesti hari tu jugak paspot dia kena tarik balik.
Di zaman ini, di negara ini, kutuk nabi/Islam/tuhan sudah tidak jadik kesalahan besar [kalau kutuk mufti yang cuba menegakkan Islam yang sebenar lagi la], kutuk orang yang hina/penjahat/penyamun... berat hukumannya...
punoh!! punoh!!
ah, dia muda ka mentah ka,bagi aku dia patut dipancung.
setuju dgn el, cuba kalau dia hina pengantin baru tu.
ps: terdesak nak dapat undi cina la ni...
aku baca lirik tu, kalau depan mata ni, mau kami sula aje namewee nih!
Ya la Tuan Keng. Saya baru klik youtube dan masih ada.
Betul kata Pa'chik dan Wan. Budak ni tak buat salah. Begitu juga budak 12 tahun yang merogol tu. Tak buat salah kerana kecik lagi. Dan budak-budak yang membunuh pelajar di Sekolah Agama Seremban pun tak buat salah, kerana mereka budak-budak. Dan budak-budak Pak Lah pun tak buat apa-apa kesalahan, apa pasal Tun M nak marah. Mereka kan budak-budak.
Hanya yang bunuh pompuan Mongolia saja bukan budak-budak. Hah itu salah.
Assalamu alaikum wrw Tuan Keng,
Saya ingin meminta ruang. Berikut adalah terjemahan dari video Wee dan komen saya:
I LoveMyCountry - Negarakuku
Negaraku
Negarakuku (komen: adakah bermaksud coocoo iaitu gila?)
Negaraku
Negarakuku
Negaraku
Negarakuku
Aku cinta negaraku, Hanya bila ada negara, Ada tanah air ku
Hanya bila ada tanah air ku, Di sini aku berdiri di sini
Nyanyikan lagu ini untuk kau dengan lantangnya, Janganlah kau takut
Walaupun aku selalu menggunakan perkataan-perkataan kesat dalam laguku, Tetapi lagu aku hanya seperti durian, berserta duri-duri
Hanya apabila kau berani membukanya, untuk melihat kebenaran nyata di dalam
Ia boleh berbau seperti tahi, ataupun berbau sangat elok
Hanya bergantung kepada jenis hidung yang kau ada
Polis kami mempunyai nama lain yang dipanggil MATA
Kerana mata-mata mereka sangat tajam
Apabila tahun baru semakin hampir, mereka seolah-olah sangat bekerja keras
Mereka akan mengeluarkan pen-pen, tetapi mereka tidak membuka tiket kepadamu
Kerana mereka terlalu dahaga dan mereka perlu minum TEH
Dan juga kopi O, mahukan gula lebih?
Kalau ditambah lagi gula, mereka akan tersenyum kegembiraan denganmu
Mereka akan katakan TATA kepadamu bila kau mahu beredar
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Fenomena seumpama ini tidak perlu dipertingkatkan lagi
TIDAK perlu untuk pertingkatkan kerjasama antara polis dan rakyat
Perhubungan tidak akan berubah dengan secawan kopi
Aku sangat gemarkannya
Sekurang-kurangnya aku tidak akan dapat tiket saman bila aku balik rumah
Kalau berlaku, bapaku mesti berang dengan aku
Aku mesti kena hamun, tak de kereta untuk aku
Kurang asam, apa yang aku boleh buat waktu macam ni?
Macammana aku nak BERGEMBIRA tanpa kereta?
Macammana aku nak beromen tanpa kereta?
Macammana aku nak cari awek tanpa kereta?
Aku sangat cintakan negara ini
Waktu subuh pukul 5 pagi
Ada seruan azan untuk kejutkan aku
Kadangkala ada lagu sekali
Sama macam nyanyi lagu cinta
Kadang-kala suaranya diubah jadi macam gaya RnB
Walaupun kadang-kala mereka menyanyi sampai jadi sumbang
Atau kadang-kala mereka menyanyi sampai serak
Sesetengah suara mereka sama macam kokokan ayam jantan, tetapi mereka lebih awal dari ayam jantan
Hanya dengannya, kami akan dikejutkan untuk pergi ke sekolah atau kerja
Tolong jangan salahkan kerajaan hanya ambil kisah tentang orang bumiputra
Tolong jangan salahkan kerajaan kerana tidak adil dengan kami
Ini semua tunjukkan kami orang cina tidak takut kerja keras
Ini semua hanya berikan kami cara untuk cari jalan keluar
Jangan terperanjat dengan keadilan mereka
Ini hanya tunjukkan kami adalah cemerlang
Hanya kanak-kanak kecil yang belum lagi dikotorkan tahu apa itu kemerdekaan
Kalau tidak, kau nampak beberapa orang lain masih lagi perlukan pengasuh kanak-kanak
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta
Orang-orang yang di dalam kerajaan, mereka lagilah cerdik
Apa jua kerja mereka buat, mereka boleh buat dengan perlahan-lahan
Sedangkan orang-orang yang beratur pun akan tengking pada mereka
Mereka terus berasa selesa sepertimana yang mereka suka
Kadangkala mereka sampai bawak keluar kek mereka
Mereka makan kek nyonya mereka, anda semua boleh terus beratur
Meskipun kalau kau benar-benar tengking mereka
Ia masih lagi ok, kerana pengawal keselamatan tidur di sebelah dan dia tidak akan kesah tentang kau
Mereka tutup kepala mereka, lintas jalan dengan perlahan
Kau perlu benarkan dia melintas dan berhati
Yang paling penting untuk hidup dengan gembira, untuk hidup dengan selesa
Jangan jadi macam orang cina setiap hari sibuk dan penat gila
Kita amat disanjungi sikap sebegini
Inilah gaya hidup mereka, cara hidup mereka
(sikap sikap)
Aku masih lagi cakapkan perkataan baik-baik dalam lagu ini
Aku percaya mereka yang bencikan aku mesti tengah bergembira sekarang ini
Dunia ini sangat damai, dunia ini penuh dengan harapan
Tiada siapa yang tercedera, semuanya berjalan dengan lancar
Kau sangat suci, kau sangat pelembut
Tahi itu bau sangat wangi, tiada perkataan-perkataan kesat
Kau semua sangat berdarjat tinggi, setiap hari menikmati percintaan
Mendengar GuangLiang Pin-Guan penyanyi popular malaysia)
Tetapi mereka telah lari ke Taiwan
Pelajar-pelajar sekolah Cina, selepas habis belajar
Sangat susah nak masuk ke universiti tempatan
Sebenarnya kitorang tak perlu dihasut oleh mereka
Kerana ini salah satu daripada pelan besar kerajaan
Mereka mahu kami pergi ke luar negara untuk mengejar cita-cita kami
Kemudian balik semula untuk menyumbang kepada negara
Rancangan ini memang sangat bagus sampaikan aku tak boleh nak cakap apa-apa
Di setiap pelusuk dunia sekarang ini boleh cari anak-anak Malaysia
Seolah-olah kami lari dari suatu tempat, sangat shiok (?)
Malaysia sedang mempromosikan tahun melawat Malaysia 2007
Tradisi cina dipromosikan di mana-mana
Tetapi kerajaan tidak pedulikan pun pelajar-pelajar sekolah cina
Semua sijil-sijil kami dibuangkan ke dalam longkang
Serupa macam aku, aku pergi ke Taiwan selepas habis belajar
Aku telah belajar sesuatu dan sedang bersedia untuk kembali dan membantu negaraku
Aku sekarang sedang berdiri di tepi jalan di Taipei, bersama dengan gitarku
Tetapi di dalam hatiku aku masih lagi menyanyi
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta
Tolong jangan saman aku
Aku takde duit"
------------
Komen saya:
Kita mungkin tidak ambil pusing jika yang dihina itu adalah kerajaan, polis atau kakitangan awam tetapi apabila yang dihina adalah Islam, agama rasmi Negara maka saya kira tindakan anak Cina dari Muar ini sudah melampau dan perlu diambil tindakan. (Saya melihat dalam video klip itu gambar masjid dan orang sedang solat dengan diselangi gambar seekor ayam jantan, orang yang tidak faham Mandarin pun tahu apakah maksud si biadap ini).
Tambahan pula kita sedang meraikan bukan Kemerdekaan, adakah kita mahu biarkan tindakan melampau ini berterusan?
Yang dihina adalah agama Islam, orang Melayu dan negara kita. Yang menghina adalah seorang penuntut universiti di Taiwan, jurusan sebaran am bernama Wee Meng Chee, 24. Tiba-tiba kita dimaklumkan bahawa Naib Presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga ahli parlimen Muar, kawasan asal si Wee ini telah menghubungi Wee melalui telefon. Di dalam perbualan telefon itu menurut Chua, wee telah memohon maaf dan berharap agar kerajaan dan rakyat memaafkannya.
Belum pun sesiapa yang memberikan respon, Dr Chua sendiri menyebut bahawa memandangkan Wee ikhlas memohon maaf maka sewajarnyalah kita menerima permohonan maaf beliau itu. Tambah Dr Chua, Wee ini seorang anak muda yang tidak mempunyai niat mencemarkan imej negara, lagu kebangsaan atau agama Islam. Dr Chua dilaporkan dalam NST sebagai berkata:
“I accept his apology because I could detect from his voice that he was very sincere.”
Saya terima permohonan maaf beliau kerana saya dapat mengesan dari suara beliau bahawa beliau benar-benar ikhlas.
Saya tidak bermaksud mahu mengeruhkan suasana. Tetapi yang saya faham beberapa NGO termasuklah Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) telah membuat laporan polis terhadap video klip karya Wee itu. Wee bukan lagi kanak-kanak sekolah, Wee adalah seorang dewasa, berpelajaran dan perlu memikul tanggungjawab. Di dalam negara beberapa mahasiswa kita pernah ditahan di bawah akta zalim ISA semata-mata kerana berhimpun menyuarakan pandangan mereka di hadapan Masjid Negara.
Mereka ini menghadapi kesukaran meneruskan pelajaran dan memikul risiko semata-mata kerana berhmpun dan bersuara secara aman. Apa yang Wee telah lakukan
lebih teruk dan parah dari itu. Jika beliau telah menghasut maka sewajarnyalah (Memandangkan laporan polis telah dibuat) beliau disiasat dan dipanggil membela diri.
Mengapa MCA dan sebelum ini DAP beria-ia mahu membela pemuda ini?
Yang hairannya mamak Zainuddin Maidin pun tiba-tiba bagai kerak nasi dijirus air, terus lembik menerima permohonan maaf siswa dari universiti Taiwan ini.
Kalaulah hal ini berlaku di Singapore, LKY akan mengheret budak ini dari lubang cacing yang kesepuluh dan mengenakan hukuman yang terberat ke atasnya.
Yang terguris dan terhina adalah umat Islam dalam negara ini. Lalu yang sewajarnya memberikan perngampunan adalah kita yang terjejas akibat karya gila dan menghina Wee itu. Tetapi ini bukan isu memberikan maaf, ini isu yang jatuh di bawah undang-undang negara yang sedia ada. Bukankahkah prinsip Rukunegara (yang Gerakan mahu kita kembali memegangnya) menyatakan: keluhuran perlembagaan/kedaulatan undang-undang/ kesopanan dan kesusilaan?
Jika orang yang melanggar undang-undang negara dimaafkan senang-senang begini, apakah mesej yang cuba kita terapkan?
Roslan said...
Assalamu alaikum wrw Tuan Keng, ini saya lagi.
Pada hari ini berikut adalah statistik lawatan kepada video budak haram hjadah itu:
Views: 285,325
Comments: 6679
Favorited: 888 times
Sudah meningkat dari apa yang tuan paparkan. Bermakna ini semakin menjadi kesukaan sekiranya jumlah Favorited menjadi ukuran.
Berdasarkan pengetahuan bahasa cina saya yang sangat terhad ini saya fahamkan terjemahan 'mereka tutup kepala mereka' lebih sesuai 'mereka memakai tudung'
saya bersetuju dgn semua pendapat di atas.
Keng,
Nazri kata kabinet tak terima apology si budak ni. Betul ke?
p.s. I cant never treat tomatoes as fruits. Or perhaps the ones we get here are not sweet?
bukan sesuatu yang luar biasa selepas PKM meletak senjata untuk tidak memperjuangkan doktrin mereka melalui kekerasan ianya tidak bermakna cita-cita mereka berakhir di situ saja.
mereka lebih lantang dalam menggunakan saluran-saluran yang sah di sisi undang-undang dan dari masa ke semasa menguji kekuatan pentadbiran dengan usikan-usikan yang pelbagai.
usikan-usikan ini adalah untuk melihat apakah kita masih sensitif, peka, tidak hanyut atau terus khayal dalam mengejar cita-cita peribadi.
Justeru itu adakah Melayu masih ada pemimpin? adakah ummat Islam masih ada pemimpin? Pemimpin yang mempunyai tampok kuasa, peka dan bertindak sebagai pembela?
Andainya ada, pemuda dari Muar ini tidak akan berani mempermainkan Agama dan Bangsa kita.
Nasib baik budak tu tak tambah lagi kata-kata, "i feel stupid speaking Malay"
Ha ha ha....
Maaf, maaf jugak.
Hukuman kena laksana jugak.
Pengajaran kena bagi jugak.
Kalau tidak lepas ni banyaklah lagi muncul ucapan maaf dari pelbagai pihak.
Seperti mana bapak kita dulu mengajar kita yang berbuat salah. Biarpun kita minta maaf macam mana pun, hentam tetap kena juga. Supaya kita tak ulang lagi, dan adik, abang atau kakak pun tak beranni nak ikut.
Tapi mak bapak sekarang ni tak tahulah......
Murtad pun boleh lepas apalagi kes camni...
Salam Tuan Keng
Saya setuju dgn semua yang diperkatakan di atas.
Bukan ke melentur buluh dari rebungnya...ke salah peribahasa saya ni? Ke melentur buluh bila dah boleh buat lemang?
Iyelah tu...dia masih budak lagi, tak boleh keras2 sgt gan dia. Kalau anak kita tu...dari kecik lagi kita berkeras kalau tak, tak menjadi orang le, jadi HANTU le dia.
kalau kesalahan tak boleh dimaafkan.. habis laa dunia ni...
Salam Bro Keng,
Baca, dan ya ... sedih!
Ada anak-anak muda di luar sini mengatakan lagu itu sangat menarik dan kreatif! Alahai ...
Sikap tegas dalam diri para pemimpin amat diperlukan. Tapi barangkali permainan yo-yo itu kegemaran mereka, jadi ... begitulah jadinya. Adeh ...
Post a Comment