Powered By Blogger

Saturday, August 25, 2007

Merdeka?

Benar-benar aku ingin merayakan 50 tahun kemerdekaan ini dengan penuh kegembiraan. Akan tetapi, kejutan-kejutan yang dipaparkan di akhbar-akhbar, hampir setiap hari, kebelakangan ini, membuat aku malu untuk berbangga dengan 'kemajuan' yang telah dicapai oleh negara ini.


  • Ayah merogol anak-anak secara bergilir-gilir, dan anak-anak menangis dan meraong apabila ayah dihukum
  • Jejaka dibunuh oleh teman seks sendiri; juga seorang lelaki
  • Bunuh-membunuh berlaku sewenang-wenang dan di tempat terbuka
  • Dan pembunuhan menjadi penyelesaian kepada masalah. Anak membunuh emak kerana tak dapat duit untuk rasion dadah harian. Bukan kucing membunuh anak, tetapi manusia
  • Gadis-gadis sudah tak mempunyai harga diri. Gambar-gambar mereka dalam keadaan paling sumbang tersebar luas melalui MMS. Bukan setakat nampak muka dengan jelas; dalam keadaan bersenyum selebar-lebarnya pula
  • Mencuri, merompak dan menyamun menjadi lumrah, sehingga banyak kawasan perumahan kini berbentuk 'gated-communities'. Manusia yang dulunya di KL hidup dalam kebimbangan setiap malam, kini resah dan gelisah juga setiap siang. Perompak dan penyamun tak kira waktu lagi untuk merompak
  • Dan yang bersidang dalam almari (kabinet) dan dewan, asyik bertai-chi dan bergelek-gelek. Tapi isu-isu semakin melarat dan masyarakat semakin punah. Punah-ranah.
Itu baru sebahagian dari jenayah di kalangan bangsa sendiri. Ya aku menjadi malu pula untuk menyebut tentang apakah bangsa ku.

Mungkin yang kita perlukan pula adalah perjuangan baru untuk kemerdekaan dari keganasan yang sedang melanda, dan kebebasan dari budaya yang diamalkan oleh masyarakat sendiri.

11 comments:

Anonymous said...

Memang sememeangnya ku makin pening dan confuse apakah kemerdekaan itu, kemerdekaan bebas untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendak diri...jika undang undang tak membenarkan ku tukar undang2 jika agama tak membernarkan kukata tafsiran lapuk..mengapa kita terlampau bangga dengan kemerdekaan walhal kita memusnahkan diri dan masyarakat kita sendiri...dengan tangan dan tindak tanduk kita sendiri...APA ITU MERDEKA...???

Kaki Bangku said...

Kiriman ini sungguh cliched...

Yeop-Harley said...

Ayah Keng,

Kucing beranok pun menyorok belakang almari. Anok-anok dijage elok-elok, penuh kasih-syayang.

Nih dapat anok, campok dalam jamban, tepi longkang, ataeh jalan, ape kejadoh pulok doh.

Teman Yeop, Tok Batin pun menggiling-giling kepale die terkejuit.

Pa'chik said...

orang tak paham apa fungsi kerajaan... pada mereka kerajaan cuma untuk buat jalan, buat projek, buat jembatan... mereka tak nampak yang dasar itu lebih penting. apa yang diperjuang, apa yang ingin ditegakkan. pada mereka, cukup dapat jalan baru, kain pelikat baru, jembatan baru, balairaya baru..

zizie ali said...

thailand tak pernah sambut hari kemerdekaan.

blackpurple @ jowopinter said...

Itu harga yang perlu dibayar atas nama kemajuan agaknya. Malangnya kemajuan fizikal tidak seimbang dengan kemajuan spiritual. Begitulah bila agama tidak dipegang, surah dan sirah diketepikan.

artisticklytouch said...

aku setuju dengan BP....harga kemajuan...

hmm..

Mak Su said...

malu

Unknown said...

Salam Tuan Keng....

Malu memang le malu tapi apo nak di kato...bak kata pepatah...menepuk air di dulang, akan terpecik ke muka sendiri juga...

Pa'chik said...

bidiokelip ni agaknya sesuai ngan komen blekperpel
sini!sini!!

Bunga Rampai said...

Salam Bro Keng,

perjuangan baru yang memerlukan kemantapan mental dan emosi. Setiap kita perlu belajar lagi dan mengajar di mana perlu.