Minggu lalu sewaktu aku di kedai buku, seorang lelaki bertanya dengan suara yang kuat, "Ehh, lu ada itu buku May 13 ke? Saya mau baca, mau tau apa itu cerita." Dengan megah.
Disebabkan budak penjaga kedai tak berkata apa-apa dan mulut penanya pula bertambah celupar, aku menyahut, "Excuse me, if you need to know, let me tell you about it as I was around when it happened and I was always a victim of discrimination in school by my non-Malay teachers, years prior to that.
If you need to know about the Penang Hartal, I can relate that to you as well as I was there in Penang when it happened." Aku merenungnya.
Dia diam dan terus berundur.
Kini kerajaan sibuk menapis semula buku-buku yang terkandung sejarah atau kupasan sejarah peristiwa yang berlaku 38 tahun lalu. Sejarah tetap sejarah dan tak usah nak menafikan ianya berlaku. Yang penting ianya ditulis dengan betul dan tepat. Memadailah dengan tidak merayakan peristiwa itu. Tetapi bukanlah bermakna kita mesti melupainya.
Anehnya yang mencungkil kembali peristiwa pahit ini bukanlah orang-orang yang dizalimi seperti aku sendiri. Apakah muslihatnya?
Pasti ada muslihat kerana akhbar tabloid percuma The Sun, berkali-kali menyiarkan rencana dari kolumnis bukan Melayu yang menyuarakan bagaimana mereka ditindas oleh guru-guru dan pegawai-pegawai Melayu sebelum dan selepas berlakunya peristiwa tersebut.
Berapa tahun dah Merdeka?
Nota:
1. Cuba baca: Preparing for a Pogrom.
2. Gambar di Jalan Cambell (sekarang Jalan Dang Wangi) selepas peristiwa 1969.
15 comments:
masing-masing dengan agenda sendiri. Yang bodoh di bawah mengikut saja. sedang tuan-tuannya kat atas yang senang lenang...
tuan keng, kalau punya masa, cerita la pasal pengalaman yang berharga tu. Bukan untuk memburukkan mana-mana pihak, cuma ingin tahu dari yang tahu.
Salam Bro Keng,
Sejarah dikambus dengan laungan Merdeka yang bertopengkan Warna-Warna Malaysia yang dipersembahkan dalam keterpaksaan dan tanpa memahami nilai dan pengajaran Merdeka itu.
13 May aside, but I admire your intrepid way of barging into that guy. He must be truly intimidated thus left without a word. Perhaps he was afraid of getting caught in a futile debate with an experienced 'war' veteran? :p
I'd like to read about your experiences. Maybe satu hari nanti, I can do so here. I was 6 when it happened, and really don't remember much. Although we were in Kedah (and not KL) I remember my late grandma being panicky and protective of me, being careful when we were out .... but I just didn't have any understanding of what was happening at the time.
Sometimes I wonder about people born and bred in Malaysia, but not speaking a word of the national language (or having very poor command of it) and being extremely critical of the government. Exactly how Malaysian are they/do they feel?
mulut saya terlopong seketika selepas membacanya.
Betul ke tak ada bahan bacaan pasal 13May?
Sejarah yang mahu ditutup, ditutup. Sejarah yang mahu diingati, diingati.. Salam perjuangan..!
Tuan Keng,
Ceritakanlah, kami di Tanjung ni sendiri ada kebanyakannya tak tahu pun cerita belas2 May ini.
Kalau ada pun tidak diceritakan.
Yang saya dengar dari orang tua pun ada.
Mana tahu, intipatinya saya boleh pentaskan.
Secara semiotik tentunya, kalau secara terangan, mungkin itu kali terakhir saya mementaskan teater.
Tuan Keng,
Harap dapat ceritakan pengalaman tuan pada masa tu. Tahun 63.. huh 13 tahun sebelum saya lahir! Dan pulak, saya lahir dan membesar di Taiping.. Pekan Cina!!!! HUH!!!
salam keng..
aku setuju sangat dgn entry ni..
aku pun tak berapa berani nak cerita pasai ni..kang tak pasal-pasal duduk seminggu atas ais.(ditangkap bangsa sendiri) huhuhu..
kita ni umpama kongkang yang tak berani nak buang kutu diatas badan sendiri!!takut pulak nak sevut benda tu,padahal fakta tu.
'diaorang' tu ntah senyap-senyap tengah mengumpul bala temtera.
saya pun tak berapa tahu langsung cerita 13 mei.. boleh cerita tak keng bey?
benim blog da bir entri var.. adı.. *thee shall be remembered*.. size ozelikle bir resim göstermek istiyorum...
o kişi taniyor musunuz? :0) bakarsınız..anlarsınız..
Sensei Keng,
Mereka yang paling "gelenyar gelaebaek" dengan agenda 13 Mei ini adalah tidak lain tidak bukan adalah mereka yang paling mendapat manfaat darinya.
Mungkin Sensei Keng boleh menghuraikan berkenaan Penang Hartal ?
Pa'chik:
Tuan-tuan tu pun bila abih jadi tuan, tak da siapa nak hurmati lagi. Tengok di sekeliling dan lihat bekas-bekas MB yang masih hidup, semuanya lari ke luar negeri masing-masing. Tak pun senang.
B Rampai:
Jadi mereka kesemua berpantomin!
Puan dith:
Lagak-lagak berani je.
QOTH:
Things are getting worse now. B Malaysia suddenly seems foreign to most. Advertisements and signages are looking stranger now. Only small captions in BM or none at all.
tegezoot:
Pi minum ayaq.
~ahni~:
Ada tapi terlalu rengkas dan sekarang mau dibuang dari sejarah.
MYA MARJA:
Di Ijok pun hampir-hampir jadi sejarah. Tapi yang samseng tu bukan orang lain. Yang keris bersilang.
Tuan Pegawai:
Jangan pentaskan, nanti terpinggir.
hasrul halid:
Insha Allah.
butaseni:
Ingat peristiwa selepas peperangan Jepun. Kita buat keluar pisau toreh, depa buat keluar machine gun.
Simah Hanim:
Tesekkur ederim. Dah komen dah.
Ray:
Dulu kita berpidato bersemangat dan bertindak pun bersemangat. Sekarang semangat hilang. Hanya banyak menangis.
Hartal ada dalam entri terbaru.
Semasa 13 Mei tu saya tak de lagi. Ada gak dengar2 cerita dari orang2 lama dalam versi yang berbeza2. What triggers it to happen, tak berapa sure plak. Mungkin tuan keng boleh memberikan gambaran yang lebih jelas lagi dalam peristiwa tersebut untuk anak2 muda sekarang...yek ...yek...yek....
salam
Mak saya ade jugak pengalaman tentang 13 Mei ni..dia ada ketika kejadian nih berlaku..hurm,,takut jugak dgr cite die..Parang panjang2,ramai yg mati..
Post a Comment