Kalau dulu, selepas nonton wayang 1.30 tengah-hari di Odeon, kami masih sempat bersolat zuhur, kerana masjidnya dekat. Dan kala keributan himpunan Reformasi, selepas berhimpun di Sogo, kami berpura-pura tak terlibat sambil melenggang-lenggang masuk ke pekarangan Balai Polis Dang Wangi dan terus bersolat di masjid sebelahnya; dan di kala ada kawan-kawan yang tertangkap, saing-saing berdemonstrasi yang selamat pula, sambil menunggu-nunggu maklumat atau hukuman, juga akan berehat di situ. Itulah Masjid Pakistan Balai Polis Dang Wangi atau Balai Polis Campbell.
Dibina lebih 90 tahun lalu oleh anggota-anggota polis British yang dibawa dari Uttar Pradesh dan Pakistan (kesemuanya berbahasa Urdu) kerana di Campbell-lah kem terbesar mereka di KL. Asalnya hanya sebuah surau, tetapi lebih 13 tahun lalu telah diizinkan oleh MAIWP untuk bersolat Jumaat. Dan inilah satu-satunya masjid yang berkhutbah dalam bahasa Arab. Dan khutbah yang terpendek di KL. Jemaahnya pula duduk berselerak bukan hanya di pekarangan masjid, tapi juga di bawah pokok-pokok dan di kaki-kaki lima jalan Dang Wangi, yang jauh dari saf! Meskipun berkali-kali ditegur, mereka tetap tak berganjak kerana mencari keselesaan. Teguran langsung tak menjadi ajaran. Amat bebal.
Permulaannya keadaan pengurusan masjid begitu dhaif. Taklim sebelum Jumaat bukan dari pensyarah jemputan, akan tetapi dari pita rakaman! Hanya kebelakangan ini saja barulah ada pensyarah jemputan.
Keadaan masjid tentu sekali dhaif kerana binaan sudah tua dan dibina pula diruang kawasan yang sempit. Hala qiblahnya juga menjadi tanda soal. Pernah aku bertanya imam masjid yang berbangsa Pakistan, kenapa sejadahnya miring ke kanan. Jawapnya, ”qiblah”. Maksudnya itulah arah yang betul. Maka saya bertanya, ”Kami pula bagaimana?” sambil menunjukkan kepada arah yang sedikit berbeza dengannya. Dia tak menjawab dan mula menunjukkan rasa kurang senang. Seperti juga bangunan Parlimen atau Mahkamah baru, atapnya bocor. Di beberapa tempat.
Jumaat lalu aku kesana kerana khabarnya masjid ini akan diruntuhkan Jun ini. Jemaahnya masih ramai, dan imam pada hari itu Maulana Nur Muhammad, bersedu-sedu mengajak jemaah bersolat hajat. Dengan harapan keputusan mahkamah pada 22 Mei akan menyebelahi kehendak AJK Masjid.
Meskipun pemaju telah menjanjikan ruang solat yang lebih selesa dan besar dalam kompleks Polis yang baru, AJK masih berkeras mau mempertahankan kedudukan. Dari kawanku yang juga menjadi ahli barisan bertindak, katanya, ”masalahnya bukan untuk memastikan masjid akan kekal, tetapi untuk memastikan AJK masjid kekal.” Oh itulah sebenarnya. Masjid sekecil ini pun tak sunyi dari rebutan kuasa.
Disebabkan masjid tak bertapak di bawah dan bersandar kepada pohon besar yang berusia tua, dan berbanir besar atau akar terjurai, dengan mempunyai batang yang berbidang luas; kemungkinan keputusan untuk meneruskan perobohan akan kekal. Masjid bukannya rumah ibadah yang ada kaitan dengan pokok dan pohon atau sejarah pendatang. Meskipun dalam hal ini ianya ada kaitan dengan pendatang, tetapi bukanlah yang bukan Islam. Kalau ianya berkait, pengumuman akan dihebahkan ke serata dunia. Keseluruh NGO akan meraong. Himpunan sembahyang antara agama akan diadakan. Perarakan berlilin akan dianjurkan di Dataran Merdeka. Dan kabinet akan dipaksa bertindak seperti dalam kes keperluan firma guaman dimestikan mempunyai pemilikkan Bumiputera sebagai syarat menjadi ahli panel guaman Maybank.
Oh Malaysia, 50 tahun Merdeka.

19 comments:
Walaupun khutbahnya pendek, safnya simpang siur dan jemaahnya bebal, Keng masih sayangkan masjid yg berusia 90 tahun ni ye! Banyak sentimental attachments eh!)
(kebetulan word verication kali ini:
tqyva, =taqwa, :p)
tak semua mazhab orang arab tu betul-betul belaka...
kita berpegang teguhlah pada akar kita ..nescaya kita menuju jalan yang betul.
salam
hadisslah akar kita...
Puan DITH:
Very sentimental.
B4 you inquire further, I have been frequenting it was way back when the area where Semua House is, was called Belakang Mati; Pertama Complex and MARA housed the RIMV office; the area behind Pertama was called Gombak Lane, and where SOGO is was called Kampung Semarang. Ha, ha.
butaseni:
Mazhab depa betul tapi pemahamam mereka tak betoi.
Dan akar kita dah mula dibongkar. Lama-lama pokok akan mati.
Hmmmm...... tak tau apa kata.
Ayah Keng,
Kenapa dak ngajak teman? Teman pun sehingga akhir tahun lalu, jemaah tetap hari Jumaat di sana. Bersantai di kedai makan Pak Ali sambil mendengar khutbah.
Banyak kenangan.
Ah..tak perasan pula di situ ada masjid rupanya.
Terbayang-bayang masjid 'antik' di Jln Genting-Klang yang tidak jadi dirobohkan itu, dan terbayang-bayang juga kuil di Mid Valley itu.
Alahai....
pangkat dan pengaruh kalau itu jadi pegangan? alahai umat...
nampaknya cerita patung dewa laut yang baru nak dibina lebih besar dari cerita mesjid nak diroboh
Masyallah Keng! You're that ancient huh?? :P
wan:
Tak apa. Doakan yang pemaju tak berbohong.
Pak Yeop:
Ingat ke deme dah pindah balik ke kampung, menembak landak.
blackpurple:
Kerana terselindung di balik balai polis. Nasib baik Masjid Setapak tak diroboh. Syukur.
tegezoot:
Ramai yang berpangkat tapi tak berpengaruh. Masalah semasa.
AJ:
Aiik. Muncul dari mana? Kata berpemergian.
Pa'chik:
Mereka mesti di jaga. Memelihara sensitivi agama.
Puan dith:
:-)).
As ancient as bas Seri Jaya.
Keng,
Bas Seri Jaya kawe ingat. Masa kawe belajo thn pertama duduk di sek 17 PJ naik bas Seri Jaya gayut kat pintu nak ke Lembah Pantai. Nostalgia habis!
susah nak kata. pro kontra. kalau benar masalah pengekalan ajk adalah faktor bantahan, pihak pemaju mungkin dpt cipta satu formula win-win. sekurang-kurang unt tempoh tertentu. sebab ajk yg ada pun dah putih janggut mereka.
Itu tak masuk bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 ke Tuan Keng?
Setau saya bangunan yang berusia 50 tahun ke atas dah boleh dikira warisan.
Tambahan lagi masjid itu banyak latar belakang dan sejarahnya. Dari diroboh kan baik dipulihara.
Alahh... bangunan kolonial di Tanjung ni sibuk nak pulihara, sampai patung Mary pun nak touch up elok2.
Takkan masjid ni boleh terlepas pandang?
Tuan,
Saya pun sayu jugak masjid tu nak dirobohkan. Pemandangan dari tingkap saya pasti berubah lepas ni..walaupun tingkap saya dah sesaujana mata memandang :(
Cuma terkesima bila sentuh tentang isu perebutan kuasa AJK..mungkin masing2 masih terlalu sayangkan masjid..harapnya begitulah. Wallahua'lam
Pn. dith:
Nostalgia yang amat.
zie:
Kalau benar pemaju akan menyiapkan tempat baru, itu akan menambahkan keselesaan jemaah. Dan sekurang-kurangnya menjamin kebersihan pada tempat wudhuk dan tandas. Insha Allah.
Tuan Pegawai:
Kalu pun ia berkelulusan untuk dimasukkan di bawah Akta itu, sebagaimana saya sebut, disebabkan tak ada pokok yang besar padanya, maka umumnya "masyarkat" tak ada sentimen pada bangunan!
Anggun:
Oh nampak dari bilik. Tinggal di City 1 ke?
Terkesima tu makna apa?
Pak Keng (ke Atuk Keng?), saya hadir (tak tahu nak kata apa).
Dolu-dolu masa teman keje kat2 situ..dari tempat teman boleh nampak orang lelaki sembahyang Jumaat kat tempat parking kete tu. Kekadang nampak gak orang2 ofis yang gi situ....hehehehehe
Nostalgia masa dolu2..."Terkenang semasa dulu...hatiku merasa sayu...."
Ayoh Keng,
Plaintif: AJK mesjid
Defendan: MAIWP dan Pemaju (melayu)
Loyar Plaintif: bukan orang kito.
Ambo tok tahu lepah ni nok gi daftar kariah mano pulok.
Post a Comment