Powered By Blogger

Friday, March 09, 2007

Komen: Jahil-tukil



Terima kasih joe penang, hjghaz, ~ahni~, Pa'chik, NBB, Jiwa Rasa, Anon 1, Tuan Pegawai Khalwat, panwalla, dingin, Anon 2, tuan tanah, Rampai, wan, zara dan madah berhelah, untuk komen-komen anda.

Andainya benar kelaku Arab-Arab yang saya bertembong di masjid dan musholla itu sememangnya mengikut pendirian mazhab-mazhab mereka, maka bayangkan:

Imam Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman al Sudais, pada suatu petang berlenggang-lenggang masuk dari Bab Malek Abdel-Aziz, menuju ke Ka’abah, sambil melaung-laungkan azan maghrib melalui cordless microphone-nya. Seterusnya beliau pun beriqamah juga sambil sedang berjalan. Setibanya di tempat yang disediakan di hadapan Ka’abah, beliau pun mengimami solat maghrib. Beliaulah bilal dan beliaulah imam! Satu pembaharuan.

Dan ketika solat maghrib itu kekecohan berlaku. Si Arab yang berjemaah bersebelahan Si Melayu bergaduh. Kesnya, Arab itu menarik kain pelikat Melayu hingga terlucut dan menyebabnya berboleng-boleng. Sebabnya, Melayu yang bermazhab Syafi’e yang datang lambat untuk menyertai solat tidak rukuk serentak bersama imam, kerana ingin menghabiskan Fatihah-nya dulu. Kebiasaan bagi sang Arab, sekiranya ada makmum lain yang tak turut serta pergerakan mengikut imam dengan serentak, makmum itu akan di tarik dengan kuat.

Pada ketika dan tempat lain pula, solat bercelaru kerana ada makmum yang menamatkan solat mendahului imam. Kalau mereka yang telah menyelesaikan solat ini berada di barisan belakang mungkin taklah sangat kekecohannya. Akan tetapi mereka ini di barisan tengah. Haru biru jadinya!

Sebenarnya kesemua kelaku yang ganjil ini bukannya dari perbezaan mazhab, tetapi dari keadaan jahil-tukil mereka. Perebezaan antara mazhab dalam solat tak lah ketara. Sekiranya ada, perbezaannya amatlah sedikit. Misalnya antara ada dan tiadanya qunut. Antara cara meletakkan tangan ketika qiyam. Antara Fatihah dengan ber-Bismillah atau tidak.

Dan baiknya kita di sini di Malaysia adalah kita tak menghukum sesiapa saja yang bersolat secara mazhab yang berlainan dari kita sebagai salah. Memang benar di Malaysia ada kejahilan. Akan tetapi yang jahil itu tak menghukum orang lain disebabkan perlakuan mereka berbeza dengan yang jahil tadi. Dan selalunya pula si jahil pandai mengasingkan diri jauh dari yang lain.

Apabila saya mengatakan susah beribadat secara Syafi’e bukannya bermakna susah bagi saya untuk menyesuaikan diri dengan pengikut-pengikut mazhab lain. Akan tetapi, susah kerana mereka yang bermazhab lain tak menghurmati cara-cara orang yang berlainan mazhab darinya.

P.S. Cik NBB:
Sekiranya yang memegang bahu itu lelaki, maka tak sah menjadi imam kepadanya. Sekiranya perempuan, maka apa kata Anon 1 itu betul.


17 comments:

hjghaz said...

Tuan Keng,

Ha ha ha.. memang tepat apa yang tuan katakan.

Pak Arab majoritinya tidak toleran seperti kita rumpun Melayu.
2003, ketika saya menunaikan Haj...
Saya alami apa yang tuan ceritakan.

Pak Arab sebelah menarik Kain Pelikat saya bila saya lambat rukuk untuk menamatkan Fatihah.
Mujurlah ikatan kain kita ikatan Tuah dan Jebat...yang mana bersilat pun ianya tak lucut.

Jika tidak... mungkin saya pula yang bersilat.

Rumpun Arab ini "egonya" agak tinggi sebab tu Islamic Banking kita di Malaysia di sambut dingin tapi tidak pula Conventional Banking yang Kufur.

Salam

Yeop-Harley said...

Tuan Keng,

saya pun keliru sikit. Tentang aurat lelaki.

Ramai tok-tok Arab yang berihram, memakai ihram di bawah aras pusat. Sehingga nampak pusat.

Mungkin gadis-gadis di KL ramai yang mengikut fesyen ini. Memakai seluar sehingga nampak pusat dan di punggung pula menayang tatoo rama-rama. Bukan saya senghaja tengok tapi ternampak.

Unknown said...

Hmmmmmmm....tak pasti nak komen apa sebab tak pernah mengalami situasi begini. Tapi rasanya lah...kalau ikut segi pengamatan saya, rumpun melayu lagi toleran dalam banyak hal lebih2 lagi soal beribadat.

Anonymous said...

Ada satu lagi kenganjilan yang saya lihat di negeri Arab.

Dia masbuq. Tertinggal satu rakaat. Kemudian selepas takbir dia pun baca surah, rukuk, sujud dan seterusnya masuk rakaat kedua. Alakazam. Dia sudah sama rakaat dengan jemaah lain. Seterusnya sama-sama habis solat bersama imam.

Apa kejadah ni? Kalau mat rempit yang solat lagu ni tak peleklah. Ini kelaku orang Arab!!!

Bukan hanya jahil tapi ya tuan, jahil-tukil.

Sang Pencinta said...

Ayahanda.

bersua kembali, terima kasih di atas sokongan selama ini..sedikit ulasan dari anakanda..perbezaan sunat/makruh, cara letak tangan masa qiyam bolehlah dikatakan rahmat, tapi perbezaan yang menyebabkan sah/batal halal/haram perlu kita cari titik persamaan agar tidak kecelaruan di dalam jamaah

Pa'chik said...

soal toleran orang kita, sebenarnya lebih kepada sikap orang kita yang tidak suka mencampuri urusan orang lain, tambahan dalam bab mengamalkan perkara darihal ugama.

Anonymous said...

paham cikgu.

Pegawai Khalwat said...

Terima kasih tuan Ku Klax Klang menyebut tentang hadis yang menyebut bahawa kita mesti tahan jika ada orang yang mahu melintas depan kita.

Ilmu baru buat saya.

Mungkin boleh diperbincangkan dengan lebih lanjut lagi. Kerana menahan itu melibatkan pergerakan yang besar dan bagaimana pula jika lebih dari tiga kali.

Saya juga jahil, tumpang bertanya pada yang berilmu.

Sayuti said...

assalamualaikum wbt tuan,

benar apa yang tuan katakan. yang 'jahil tukil' itu memang menyusahkan. lebih susah, yang 'jahil tukil' tapi mahu tunjuk pandai. lebih menyusahkan, 'jahil tukil' yang mahu tunjuk pandai dan tidak mahu menghormati pendapat orang lain.

perihal cara solat, rasulullah pesan, "solatlah seperti mana aku solat". maka, berdasarkan pengamatan masing2 tentang cara rasulullah solat itulah, menjadi asas kepada cara mereka solat. perbezaan memang akan timbul, kerana cara melihat itu lain2 - dari segi perspektif, masa dan sebagainya. meskipon begitu, tak wajar kita berkata cara orang solat itu salah.

analoginya sama dengan tiga orang buta menyentuh gajah dan cuba mentafsir rupa gajah itu. masing2 menyatakan apa yang ditafsir oleh si buta yang lain, salah. bukankah lebih elok kalau mereka mentafsir secara keseluruhan?

samalah dengan kita dalam hal2 ibadah khusus seperti solat ini.

selagi ada "orang 'jahil tukil' yang mahu tunjuk pandai dan tak mahu menghormati pendapat orang lain", selagi itulah akan berlaku perbalahan.

yang paling penting, solat itu wajib. kalau ada yang kata tidak, yang tu yang nak kena tu.

hehe.

wallahualam.

p/s: saya rasa kurang senang bila orang cakap dirinya jahil. lebih elok cakap dirinya kurang ilmu. sebab percakapan itu doa.

dikhuatiri jadi jahil betul, susah. kalau jadi kurang ilmu, bagus. boleh belajar. lagipon, lagi byk kita tahu, lagi banyak yang kita tak tahu, maknanya kurang ilmu. kalau jadi jahil... entahlah apa nak cakap. :)

p/s #2: lama benar tak komen panjang begini dalam blog tuan. sampai p/s pon 2 kali. haha.

Unknown said...

Salam,

Orang Melayu memang toleran. Bukan setakat masalah solat. Masalah maksiat pun orang Melayu toleran. Pegang sangat dengan kata-kata `jangan jaga tepi kain orang'.

Selagi tak berlaku pada lingkungan kita, tak payah ambil tahu. Begitu tolerannya orang Melayu hinggakan hak milik tergenggam di tangan pun boleh terlepas ke tangan orang lain.

Mama Pongkey said...

Perihal menyatakan diri jahil...

Seorang alim pernah berpesan:

Jangan sewenang-wenang buat 'pengakuan' (claims) tentang diri kita.
Jika claim kita lebih bagus daripada yang sebenarnya, Allah akan expose kita. Maka terjadilah kata-kata kita itu terkena pada diri kita sendiri.
Jika claim kita itu merendah diri, Allah akan mengangkat martabat kita.

Mungkin yang mengaku jahil tu hendak merendah diri, dan juga sebab mengharapkan Allah akan mengangkat dirinya dari sifat jahilnya itu?


Allahu'alim.

p/s: saya pun jahil jugak.

Anonymous said...

Assalamu alaikum!

Saya pun tumpang lalu.

Dalam Islam, bila dipuji, kita digalakkan menjawab:

Allahummala tu'akhidzni bima yaqulun
Waghfirli ma la ya'lamun...

[O Allah jangan minta aku menjawab tentang apa yg mereka kata
Dan ampunilah aku kerana apa yang mereka tak tahu]

Kemudian digalakkan menambah lagi:

waj'alni khairan mimma yadzunnun

[dan jadilah aku lebih baik daripada yang mereka bayangkan]

Maksud saudara Sayuti itu bagus, tetapi amnya lebih baik merendahkan diri daripada memuji diri. 'Jahil' sebenarnya mempunyai makna yg lebihkurang sama dengan 'kurang ilmu' (ignorant). Di kaki comment Sdr Ku Klux Klang tu ada kata-kata Imam Ghazali yang bermakna "Kian banyak ilmuku, kian aku sedar kejahilanku". Imam Ghazali sendiri menggunakan perkataan 'jahil' untuk dirinya. Ini selaras dengan resmi para ulama Islam yg biasanya membahsakan diri mereka 'alhaqir' 'alfaqir' dan sebagainya.

Apa kata Tuan Keng?

Saya yang kurang ilmu/jahil,

Bunga Rampai said...

Salam Bro Keng,

Saya pernah melihat seorang wanita Arab bermidiskirt, blaus menutup aurat bahagian atas kecuali leher, dan bertopi. Dia asyik memegang Quran dari lapangan terbang hinggalah kedalam pesawat, sekali-sekala dia akan membaca (dalam hati)Quran itu. Saya duduk di sebelahnya dan bagi saya tingkahnya itu amat menghairankan lalu saya bertanya itu dan ini tentang adab-adab membaca Quran kerana bagi saya dia lebih arif.

Jawabnya Quran itu adalah sebahagian daripada hidup mereka dan akan dibawa ke mana-mana dan dibaca di mana-mana, tak payah berwudhu. Demikian juga dengan solat katanya.

Saya garu-garu kepala.

Sayuti said...

puan kkl dan sdr mad mullah,

terima kasih atas pandangan dan komen yang diberikan.

sangat setuju bahawa kita harus sentiasa merendah diri. mungkin komen saya di atas bunyinya kurang sedap bila dibaca. mungkin agak biadap.

mohon maaf.

astaghfirullah.

saya budak baru dan masih belajar...

shafarina said...

Saya suka juga melihat 'jahil tukil' yang tunjuk pandai ni. Sampai yang tiada, diadakan. Semua atas dasar pembaharuan dan pemodenan.

p/s: banyak juga yg saya belajar dpd komen2 di sini

alabolebelah said...

Pak keng ..best laman ni .. saya selalu ikut

maklang said...

ku keng, terimakaseh kerana ilmu2 yang diberitahu....maklang pun tumpang belajar jugak....