Powered By Blogger

Tuesday, March 06, 2007

Jahil-tukil



Bukan senang untuk bersolat di negara-negara Arab. Apa lagi sekiranya solat itu mengikut kaedah Syafi'e.

Aku pernah dimarahi, selepas menjadi imam di sebuah masjid di Bilad, Jeddah, untuk solat jama' taqdim 'isya kepada rakan-rakan, pada suatu masa. Selepas salam, ada orang lain yang turut ikut sama berjemaah menegurku kerana katanya kami solat tak lengkap dengan hanya melakukan dua raka'at. Selepas dinyatakan bahwa kami jama' qasar, mereka menafikan adanya solat secara demikian. Selepas kejadian ini kami mengambil sikap, untuk bersolat jama' qasar bersendirian pada ketika-ketika yang lain untuk mengelak hal-hal sedemikian.

Pada ketika lain pula sewaktu di musshola di lapangan terbang Dubai, aku melihat seorang Arab melakukan jama' qasar 'isya, tetapi solatnya di belakang imam yang tamam atau bersolat yang lengkap. Apabila aku menegurnya bahawa tak ada solat di mana makmum mendahulukan salam sebelum imam, aku dimarahi juga dengan katanya, "engkau tak tahu". Begitulah. Jangan sangkakan bahwa semua Arab tahu akan cara bersolat.

Baru-baru ini satu lagi kejahilan aku perhatikan juga di musholla yang sama. Aku memerhatikan seorang Arab separuh umur sambil melangkah ke hadapan, melaungkan iqamah dan sesudahnya, beliau menjadi imam! Meskipun ramai yang bersamanya. Lagi haru.

Sebenarnya aku tak suka berjemaah di tempat-tempat sedemikian, kerana selain dari keinginan untuk mengelakkan diri dari keadaan jahil-tukil mereka, aku juga khuatir sama ada mereka yang menjadi imam berwudhuk atau pun tidak. Pada mereka, mandi (mandi yang biasa) sudah mencukupi syarat berwudhuk. Yang menimbulkan was-was kepadaku adalah keadaan mereka yang baru tiba dari perjalanan yang jauh, dan selepas tidur berdengkur sewaktu penerbangan. Masih berwudhukkah mereka?

Sesungghuhnya solat hanya menjadi ikutan kepada mereka. Ada juga pemuda-pemuda berseluar jeans yang hujung kakinya meleret sehingga menyapu lantai; sama arasnya pula dengan tapak kasut, bersolat tanpa apa-apa kewaswasan kepada keadaan kebersihan seluar. Aku melihat mereka masih berstokin dan tak ada kesan air pada lengan atau muka mereka. Berwudhukkah? Apa pula keadaan saf dengan termasuknya orang sebegini?

Dalam bab solat, ternyata kita di Malaysia, lebih ariff dan lebih berdispilin. Alhamdulillah.



17 comments:

joe penang said...

Kalau syak dengan solat mereka baik kita tinggalkan. jangan kata org arab jahil, orang kita pun apa kurangnya. Tengoklah masa solat hingga selesai salam pada hari Jumaat.
Bleh brader cite tak kalu mazhab syafie ikut mazhab lain(bismillah tak wajib/bukan sebahagian fatihahh) blehkah kita ikut?

hjghaz said...

Tuan,

Kalau kita perhatikan orang kita solat memang banyak yang menyedihkan....

Ada yang solat tanpa ada tomaninah...pada tempat sepatutnya.

Ada yang solat, mulut pun tak bergerak pada ayat2 yang wajib..

Ada yang mengambil wuduk tanpa air sampai sepenuhnya.........

Ada yang bermain SMS masa Khutbah di baca........

........Dan kita masih mencari-cari
kenapa kita kalah dalam segala hal!

KakNi said...

Pak Keng,
Maknanya kalau nak ke luar negara kenalah jugak kita mengetahui mengenai mazhab2 lain? Susah jugak kan.

Pa'chik said...

yang susahnya, orang selalu menganggap, bila arab tu, betul la Islamnya.

Anonymous said...

ada satu benda saya tak tau (ni nak tanya pak keng le ni). kalau saya tengah solat jamak, lepas tu ada orang pegang bahu saya mintak saya jadi imam dia, apa saya kena buat?

Unknown said...

Tuan Keng,

kalau saya, saya suka akan keanehan dan benda benda pelik macam cara orang solat ni. Saya akan cari rujukan, nak tahu sebab mengapa mereka solat macam tu.

Kadang-kadang tu betul mereka jahil. Tapi kadang-kadang tu mereka juga ada rujukan hadith dan riwayat yang mereka gunakan, walaupun tahapnya boleh kita soalkan..

Saya anggap itu sebagai antara kepelbagaian yang perlu kita raikan.

Anonymous said...

hjghaz kata :
" Ada yang solat, mulut pun tak bergerak pada ayat2 yang wajib.."

Maksud anda, baca al fatihah dalam solat jemaah ? Setahu saya Mazhab Shafie memang mewajibkan baca AL Fatihah selepas imam baca al fatihah. Tapi kalu tak silap, mazhab lain ( Hanafi ? ) memutuskan kalau sembahyang berimam, dah cukup imam seorang yang baca ( imam yang tanggung ) dan makmum aminkan sahaja tanpa perlu mengulang bacaan imam. Tak gitu ?

nbb kata :
" kalau saya tengah solat jamak, lepas tu ada orang pegang bahu saya mintak saya jadi imam dia, apa saya kena buat? "

Setahu saya, kita sembahyang mcm biasa lah ( sebagai imam kepadanya ). Orang jamak / qasar sahaja yg tak boleh solat dengan imam sembahyang penuh, kan ?


Errr... adakah saya tersilap ?

Astarghfirullahal aziim ..

Harap perbetulkan.




p/s :
Setuju ngan Jiwa Rasa.
Bilamana perkara tersebut kita sendiri ( yg kurang pendedahan i.e kurang ilmu )tak jelas sama ada ianya khilaf mazhab atau ternyata kejahilan yang nyata, maka timbullah dia salah aku betul dsb. Kalau perkara hukum yang sudah jelas dan nyata tak apa jugak. Contoh, kalau ada org Islam kata babi tuh halal dimakan selain masa darurat, berkemungkinan besar dia memang jahillah.

Wallahu a'laam.

hjghaz said...

Tuan Anonym,

Maksud saya...

Bacaan wajib e.g.... Fatihah mesti di lafazkan sekurang2nya dengar pada telinga sendiri. Masaalahnya ada yang berpendapat boleh baca dalam hati aje...

Bukan pasal Mazhab spt tu....

Salam

Pegawai Khalwat said...

Tuan Keng,

Baguslah kat sini sentiasa wujud perbincangan secara ilmiah.

Seperti kata tuan, saya juga pernah melihat keadaan itu di tempat saya.

Di masjid tempat saya berjemaah (tempat kerja, bukan kariah), ramai golongan dari Timur Tengah yang turut bersolat di sini.

Seperti tuan kata, ada yang memaki stokin. Saya bersangka baik, mengatakan mungkin dia telah mengambil wuduk lebih awal dan wuduknya tidak batal.

Tetapi ada juga, ketika sedang solat, boleh mendepakan tangan menghalang orang dari melintas di depannya (yang nak melintas tu pun silap juga).

Macam-macam ceritalah.

panwalla said...

Tuan Keng,

Saya jemaah tetap Masjid India.

Dan depa memang tak baca Bismillah pada surah al Fatihah. Dan saya tau tak menjadi kesalahan bagi mazhab lain mengikut imam Hanafi. Di Mekah dan Medinah juga seperti ini, dan tak ada yang mengatakan bahawa tak sah solat bagi pengikut mazhab lain di belakang imam Hanbali. Di Perlis juga sama Tuan, mereka tak bermazhab dan tak menjadi apa-apa halangan untuk jemaah yang lain mazhabnya.

Inilah keindahan hukum-hukum fiqah Tuan. Bercabang-cabang yang sungguh unik.

Saya sendiri solat mengikut Syafi'e dan ada kalanya berwudhuk mengikut Hanafi. Berurusan jual-beli pula mengikut Hanafi. Dan jangan bimbang Tuan, saya tak nikah kahwin ikut Syi'ah.

Sekian Tuan. Saya pun jahil sebenarnya.

MDM FARAH FAIZURA said...

tidak salah orang Arab itu,

kerna mereka ada rujukan selain mazhab Syafie.

sama seperti tuan yang dikatakan salah oleh mereka,

tapi tuan tidak sala kerna tuan ada rujukan lain selain dari mazhab yang mereka fahami.

Bukan sahaja di Arab, malah di Turki, solat jama itu cukup aneh bagi mereka.

MDM FARAH FAIZURA said...

lupa,

saya ini sebenarnya masih jahil dlm bab-bab sebegini.

:-)

Anonymous said...

Saya dengar, sebab nak menangani benda benda furuk yang boleh memecah belahkan umat Islam ini lah maka wujudnya Ikhwanul Muslimin yang terkenal itu.

Really ?

tuan tanah said...

Yang perempuan pula, ada juga yang bersolat hanya pakai selendang berselempang, rambut terjulur dan tak pakai stokin.

Kadang-kadang saya sungguh hairan.

(Mungkin bukan orang Arab, tapi bukan juga orang Malaya)

Bunga Rampai said...

Salam Bro Keng,

Menarik entri ini.

Moga kita semua dilimpahi-NYA dengan kesediaan mata hati yang sentiasa mencari nur ilmu-NYA.

shafarina said...

Memang sangat berlainan kerana perbezaan mazhabnya.

Saya tak pernah berkesempatan bersolat di negara lain lagi, tak pernah keluar ke negara berlainan mazhab. Tapi pernah tengok orang luar semayang sama di masjid UIA. Lain benar caranya.

Anonymous said...

salam kembali...
sy sgt berminat dgn hasil tulisan en keng..menarik dan mudah faham..
:)