Powered By Blogger

Thursday, February 22, 2007

Penasihat Agama tak Beragama




Kesian pada Nik Aziz. Maksudku Tuan Guru Nik Aziz. Bukan hanya minggu ini atau yang lepas, malah berminggu-minggu dan bertahun-tahun beliau dan pentadbirannya di kritik.

Minggu ini dilapurkan bahawa SAR (Sekolah Agama Rakyat) di Kelantan tak ada acara untuk murid-muridnya menyanyi lagu Negaraku dan lagu Negeri Kelantan. Dan kelmarin seorang kolumnis bukan Melayu NST dan bukan pula beragama Islam yakni kuffar, menghentamnya kerana menegah sambutan Hari Valentine. Ada ke patut, katanya, hari yang mengpromosikan kecintaaan dan kekasih-sayangan ditegah? Bukankah hidup ini amat memerlukan kepada kasih sayang? Benarlah St. Valentine itu bukan Islam, tetapi tak masuk akal katanya kalau perayaan tak dilihat dari sudut ruh atau maksudnya.

Aku berfikir-fikir kenapa Nik Aziz selalu dihentam. Agaknya? Ya, Nik Aziz, mungkin kekurangan atau tak ada ong dalam hidupnya.




Mengikut kaedah feng shui, Nik Aziz perlu untuk mengubah pintu utama rumahnya memiring ke sebelah kiri dan posisi rumah pula jangan menghadap bukit atau persimpangan jalan. Dan Nik Aziz perlu mengubah anak-tangga dari empat ke lapan sebaik-baiknya. Dan Nik Aziz perlu juga menwarnakan pintu utamanya kepada warna merah. Dan terbaiknya sementara perayaan Tahun Baru Cina ini masih ada lagi ini, panggillah naga dan singa untuk melompat-lompat depan tangganya. Baru nanti dapat ong. Dan kalau tanya lagi mana-mana penasihat dan pakar budaya Cina yang lain (semestilah mereka Cina dan bukannya Siam atau India), beliau akan menasihatkan Nik Aziz supaya tidak memakai serban dan jubah hitam, kerana itu warna yang melambangkan kematian. Beliau bukan hanya memakai warna yang melambangkan kematian akan diujar oleh mereka, malah menjunjungnya! Lagi tatak ong. Beliau sepatutnya berpakaian merah yang bersinar-binar untuk menarik ong yang istimewa.

Yang Nik Aziz tak ada pada sisinya, maksud saya adalah beliau tak ada mempunyai, penasihat berketurunan Cina. Bukan hanya untuk hal-hal untuk meraihkan ong dalam hidup dan politiknya, tetapi dalam segala-gala hal. Termasuklah tentang nasihat dan pandangan dalam hal-hal yang berkait dengan agama Islam. Ya Tuan Guru, kalau keamanan kawasan jalanraya di negeri Kelantan dan kawasan perumahan perlu untuk pembakaran colok dan untuk meletak kotak merah di sekitarnya, maka lihatlah kepada maksudnya dan jangan dipandang atau diambil kira hal ini sebagai ada kaitan dengan agama.

Dan sahabat-sahabat sekalian, apa-apa perbuatan dan keperluan dalam hal yang menyentuh dengan agama Islam, jangan-lah tergopoh gapah melaksanakannya, tanyalah dulu kepada orang-orang bukan Muslim yang lain yang kini sedang bebas memberi pandangan dan kritikan dalam akhbar-akhbar Inggeris tempatan. Nanti tersalah hukum tersinggung pula hati mereka.

Botak Chin saban hari menyanyikan lagu Negaraku, sambil berdiri tegap menghurmati bendera Malaysia. Tapi beliau akhirnya dihukum bunuh. Kemana pulak ongnya dan adakah perlakuannya saban hari itu menjadikannya anak Malaysia yang begitu taat setia kepada negara?


p.s.:
Tuan Guru, bulan April nanti negeri Kelantan boleh menjual telur untuk perayaan Easter. Tak apa-apa, perayaan ini menyeronokkan kanak-kanak. Peluang untuk bergembira. Juga menguntungkan.



26 comments:

abdullahjones said...

:)



ps: agaknya, budak-budak sekarang kenal akan Botak Chin.

maklang said...

maklang sambut hari raya puasa dan hari raya haji , lepas tu tiap2 hari yang ada kena mengena dengan kebahagiaan keluarga...

hari cuti pun maklang sambut, sebab hari cutilah yang ditunggu2 lepas lengoh bekerja!

Pa'chik said...

:)

mereka suka mencampuri urusan agama orang lain, sedang kita tak pernah pun nak mengomen tentang mereka. Mereka dengan tarian singa yang membingitkan tidak pula kita bantah. Dengan berarak memenuhi jalan sambil cucuk-cucuk badan pun tak pula kita marah. Mereka dah semakin melampau sekarang ni. Tapi, kemelampauan mereka ini disokong oleh orang yang mengaku Islam. itu yang lebih teruk lagi.

Anonymous said...

... dan kita tak pernah marah pun bila mereka pacak tokong, kuil mereka merata rata, bawah pokok besar, atas bukit, atas tanah awam, tepi highway, dalam mid-valley megamall ...

Seperti melepaskan anjing tersepit.

blackpurple @ jowopinter said...

Sebab itu tercipta perkataan 'jahil'...

tuan tanah said...

Tuan Keng,

Seingat saya masa belajar Sejarah dulu-dulu, orang putih yang nak memerintah tak boleh masuk campur hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam pun.

Siapa yang memerintah Malaya sekarang ni? Confuse pulak saya.

p/s: Pesan pada Tuan Guru, boleh order coklat-coklat berbentuk telur mulai sekarang.

HCI said...

Lagikan nabi dan para rasul dihentam; ini kan pula Tok Guru;

Tok Guru pun dihentam oleh wanita2 gah dan hadhari di M'sia.

Yang lantang adalah yang "pekak dan bisu" kepada cahaya Illahi.

Anonymous said...

Yang memberi muka, maaf bercakap adalah dalang-dalang dalam UMNO. Mengkritik agama sendiri sehingga menonjolkan Karpal Singh sebagai mouthpiece ulung untuk kritik Islam.

Sekarang sudah melarat. Kalau tak percaya bacalah The Sun yang diberi percuma semata-mata untuk menghebahkan kritikan mereka terhadap kerajaan, bangsa Melayu dan ugama Islam.

Ganjilnya apabila Islam dikritik oleh orang kuffar, yang sahut menyokong adalah Melayu-Melayu tak sedar diri. Janganlah kira sangat pada menteri-menteri yang buta ilmu. Ini sokongan datang dari mereka yang diberi takrif "cendiakawan" Islam.

Anggun said...

Ha..ha..

Saya gemar coretan tuan..sinikal!

Cuma sedih dengan situasi kini, Islam makin terpinggir, di atas nama kebebasan yang dicipta manusia, tanpa tauhid rububiyyah nye, MasyaAllah!

Pegawai Khalwat said...

Tuan Keng,

Saya cemburu dengan kesederhanaan Tuan Guru. Beliau dah pangkat (dunia) besar tapi masih bisa duduk di rumah yang sederhana.

Sedangkan sesetengah orang baru dilantik menjadi wakil dah pakai moto besar, kereta besar (baca: mahal dan cc dikenakan road tax).

Dan betullah bab Tuan Keng kata, bakarlah di mana-mana. Sebab kalau di Tanjung ni, kena hari tu (banyak hari tu), boleh bakar kat tengah jalan, pentas dipasang separuh jalan, penyanyi separuh bogel, jalan ditutup sesuka hati. Semua boleh!

Entahlah......

Psss..... lama tak membebel panjang di blog Keng.

Lagi satu psss.... lagu Hasan suka jaga lembu ada di blog saya. Track 2, nak load mungkin lambat skit.

Anonymous said...

Kira-kira sudah dua tiga empat bulan saya sudah tidak mentelaah sangat akhbar kecuali baca luncur, tengok gambar lagi-lagi dunia asing, dan baca komik--saya sudah bosan baca pandangan orang ramai yang 1/1.7 sempit atau tidak begitu luas.
Oh, berita kini suka akan diulang atau berulang terutama yang remeh.

Unknown said...

Biasalah manusia ni...kalau ditegur soal ugama ataupun ada orang yang nak membetulkan yang salah...memang selalu kena hentam. Kat mana-mana pun ada orang-orang yang gini. Ada yang terlampau berani dia kata terang2an dan yang pengecut pula kata belakang2. Kata juga lah kan.....

Cubalah kita renung-renungkan ajaran/teguran yang diberikan oleh ulamak2 dan cerdik pandai yang ada dikalangan kita ni.

Anonymous said...

Tuan guru mesti tarok itu satu kolam ikan koi, rumah punya depan. Tangga tepi kalu, air terujun kasi bikin. Ini air punya hal Cina bilang banyak ong. Life.

Jalan punya muka, tarok satu KALI punya patong. Jahat punya orang mau mari kalu, semua lari. KALI kasi kaco sama dia.

Ini sikit-sikit saya tau la. Nanti banyak mau tau kalu, kasi talipon itu MCA Center. Manyak dia orang bole tolong.

Pa'chik said...

lagi senang bukak pusat pelacuran dari cuba melaksanakan Islam. Takde orang nak marah-marah.

Yeop-Harley said...

Ayah Keng,

Rumah Yeop ada pelihara ikan puyu untuk "pagar" rumah. Ini masuk bab Feng Shui juga ke? Mengikut kata Tok Batin Pandak, kalau pelihara ikan puyu, rumah tak terkena sihir. Kalau ini salah besok Yeop akan gulai ikan tu.

Yeop-Harley said...
This comment has been removed by the author.
KakNi said...

Kalau dikritik tu maknanya diberi perhatian. Nak buat macam mana depa dah nak kritik. Yang payahnya tu yang menyokong kritikan tu. Itu lah yang membangkitkan semangat orang nak kritik lagi dan lagi dan lagi.

david santos said...

Hello!
Thia work is very good
Thank you

Anonymous said...

nak ong kepala hotak kao!!!!! mana kao blajar ong2 nih? tuhan kao sndiri pun buat dr patung, patung plk blh beli kat kdai.. Xpayah nak ajar org lain.. Pandai la Tuan Guru Nik Aziz nak tadbir negeri dia sndri... Dah tau valentine tu salah, nak buat ape sambut menatang ape lgi!!? Stupid x sunat btul!!!

Pa'chik said...

kritik jenis yang sengaja nak carik kesalahan atau mencipta kesalahan, memang prihatin sangat la tu. Lagi pulak, dalam bab menyambut hari-hari tu, dah memang tidak bertepatan dengan ugama Islam, apa yang mereka nak kisah. Kalau ikut nak kritik, banyak dalam ugama mereka yang buleh dikritik pun.
Kritikan yang mereka mampu buat terhadap Islam hanyalah atas kelemahan umat Islam itu saja. Mereka tidak mungkin akan berjaya mencari kesilapan dalam ugama Allah ni.

sinaganaga said...

sinikal. tapi aku suka.

Anonymous said...

Ambo tok gheti nok sambuk2 ari valentine ni. Mujur dpt laki hok tok suko bendo2 lagu ni. Alhamdullillah....

Anonymous said...

Ajak masuk rumah, sekarang dia dah angkat rumah. Ajak jadi wakil minoriti, sekarang dia pulak jadi majoriti. Dulu kita kata hal-hal agama hal kita, sekarang orang kita pulak yang buat perangai macam dia. Dulu kita boleh berlindung di Reseb Melayu, kini Reseb Melayu yang diambil alih tak diganti-ganti. Lama-lama kerana suara mereka lebih, mereka kata, pigi jahanam lor!

Benarlah kita ni si luncai. Tapi sayangnya labu pun kena beli dari dia.

dith said...

Antara yg teruk mengutuk Nik Aziz adalah anak mantan Laksamana malaya yang empunya kolum dalam akhbar berbintang. Dia ni memang pantang orang mengatakan halal-haramnya merayakan sesuatu perayaan agama asing. Melenting habis...

Ku Keng said...

AJ:

Kesian mereka tak peka sejarah.

maklang:

Itu yang terbaik maklang. Ambil kesempatan berehat.

Pa'chik:

Kalanya, kita yang mejemput mereka supaya campur dalam hal yang tak ada kena mengena dengan mereka.

Anon1:

Kalau anda ke Sentul, merata-rata. Pantang ada pokok besar.

blackpurple:

Jahil dan jahal.

KKK:

Kini yang melakukan offensive dari barisan sendiri. Dan ada seorang jutawan dulu mempunyai kereta yang bernombor gabungan 3 dan 8. Akhirnya jatuh papa kedana. Mana perginya fatt-nya (luck) iaitu 8, tak sesiapa yang mau menjelaskan.

tuan tanah;

Sejarah pun dah jadi sejarah.

Ya, kebetulan orang Kelantan suka manis-manisan. Elok sekali cadangan tu.

Has:

Pekak dan bisu dan berhati batu.

Si Luncai:

Bak kata Pa'chik, itulah kejahilan.

Anggun:

Pentingnya mendidik anak supaya tak terpengaruh dengan fikrah sebegitu.

Tuan Pegawai;

Bukan setakat bakar saja, kelapa dan tempurungnya bersepah-sepah. Oh,.. itu tak apa.

Samto Valemtino:

Pandangan sempit dan sikap yang ignorant.

Putri:

Ini pandangan air dan minyak tak bercampur. Pandai betul mereka dalam hal ini.

Kali:

Haih.. betul ke ini link kamu?

Pa'chik:

Kecenderungan yang sesat. Itulah lumrahnya.

Yeop:

Ikan puyu goreng tu sedap Yeop. Tarok sambal cili hijau, lagi kau.

~ahni~:

Yang menyokong lebih berapi dari yang mengkritik.

Anon 2:

Tepat sekali. Sungguh tepat.

Pa'chik:

Nampaknya Pa'chik membara sungguh kali ini. Dan betul sekali. Ini semua kerana kelemahan kita.

Naga:

Saya pun suka bro., kerana anda amat suka.

Anon 3:

Alhamdulillah.

biarkan biarkan:

Ya kerana sikap berbaik sangka yang keterlaluan.

Puan dith:

ALhamdulillah kerana Puan dith dah aktif semula.

Anak mantan penjaga benteng! Ini namanya bijak tak belajar. Kini dia aktif dalam kumpulan Islam yang tergelincir.

Bunga Rampai said...

Salam Bro Keng,

Berulang kali membaca entri ini. Faham, namun sukar untuk memberi komen, entri ini membuat saya agak tertekan untuk mencari jawapan kepada tajuk yang terpampang yang merupakan satu soalan bagi saya.