Powered By Blogger

Friday, January 26, 2007

Harapan

"Siddiqil-'aziz"

begitulah mukadimmah sms dari Ustaz Ghazali (al-Jelebui) kepadaku awal pagi tadi; hari Juma'at sayyidul-ayyam.

"Di kala dini hari dibasahi embun jantan
aku terasa haus dalam kedinginan.
Dan berkali-kali
aku tersentak dalam kesunyian malam yang begitu nyaman,
seolah-olah malam tak mengizinkanku terus dalam kelenaan.

Puas aku ke kiri
ke kanan,
tetapi tak lagi menemui keselesaan pada tilam;
keempokannya tiba-tiba menghilang.

Pada sejadah usang
aku menghamparkan diri kepada-NYA.
Untuk berintih dan bermunajat dalam kesunyian malam
tanpa gangguan deringan talipon tangan.
Tah kenapa, lewat-lewat ini sering air mata berderai
tatkala kesunyian
dan nisan-nisan pula sering terbayang.

Oh TUHAN
ini aku
hamba-MU menadah tangan....
inilah rintihan....
zalimku pada diri dan Tuhan
tapi IA masih izinkan daku untuk bernafas
dan menumpang
di bumi-NYA tanpa halangan.

Beban yang ku bawa,
aduh!
Begitu besar, berat dan hinanya
adakah bisa dibuang?

Oh Tuhan, layakkah aku mendapat kasih-MU?
Berhakkah daku memijak syurga-MU?

Tiba-tiba mendapat lintasan
peringatan-MU pada insan
supaya meminta dengan penuh harapan.
Kasih-MU meliputi langit dan bumi.
Pengampunan-MU lebih besar dari keseluruh dosa-dosa kami
dan seluruh alam.

Ya Allah,
Ampunilah dan sinarkanlah cahaya NUR kedalam hati-hati kami
dan keluarga-keluarga kami
dan pada seluruh sahabat taulan.

Perjalananku telah jauh, namun
duri ranjau
gelora samudera
dan segala apa rintangan kepada-MU
pasti ada noktahnya.

Aku ingin menghampiri-MU ya TUHAN,
kerana rasaku aku sudah lama bermalam
dan sebentar lagi akan pulang.

Wahai teman,
maafkan aku atas apa-apa kesalahan dan kekasaran."



Nota:

Siddiqil-'aziz = temanku yang ku hurmati atau ku muliai. Panggilan penghurmatan kepada kawan;

Sayyidul-ayyam = penghulu segala hari, yakni hari Juma'at.

18 comments:

Anonymous said...

InsyaAllah, Allah swt Maha Pengampun, Suka Memberi Pengampunan dan InsyaAllah akan ampunkan dosa dosa kita, Yakinlah...

Anonymous said...

dan yang menghilangkan kedukaan di hati ini hanya Kau saja ya Allah.

Bunga Rampai said...

Salam Bro Keng,

Aku ingin menghampiri-MU ya TUHAN, kerana rasaku aku sudah lama bermalam dan sebentar lagi akan pulang

Aah, indahnya ungkapan, harumnya menusuk kalbu.

Moga jalan pulang itu mudah dan diredhai-NYA. Amin.

Anonymous said...

wah... hebat2..

zizie ali said...

sajak sms? hebat.

Anonymous said...

Amin...ya Rabbal 'alamin...

panwalla said...

harapan saya juga akan sedar sebegitu.

Unknown said...

Tuan Keng

Wow baru saya tau tuan pandai bersajak. Sungguh menusuk kalbu dan mendalam maknanya. InsyaAllah, setiap sesuatu yang kita lakukan di dunia ini pasti mendapat ganjaran dariNya. Semoga kita sama-sama mendapat rahmat dan hidayah dariNya.

Pa'chik said...

amiin..

Unknown said...

It is a sad sad world we live in. Cest la vie. May Allah have mercy on us all.

Salam.

Iman Mawaddah said...

Subhanallah..saya terpana, muhasabah diri sendiri.

Salam ukhuwah

dith said...

Keng,

Panjang nya sms?

Ameen!

blackpurple @ jowopinter said...

Mengulang kata-kata dengan izin. Terkesan dengan kata-kata yang ini;

Beban yang ku bawa,
aduh!
Begitu besar, berat dan hinanya
adakah bisa dibuang?


Ohhh....

Anonymous said...

Y Allah, ampunilah dosaku, dosa keluarga ku dan dosa orang-orang yang mempunyai hak ke atas ku semoga dengan terampunnya dosa mereka maka terampunlah dosaku pada mereka

Sayuti said...

(hadir)

Pak Malau said...

Assalamu alaikum Ku Keng,

Madah ini mengingatkan saya kepada sebuah syair yang telah saya muatkan pada blog saya.

Pegawai Khalwat said...

Amin!

Pss... kali ni komen pendek je. Tak reti nak komen sajak.

Ku Keng said...

Anon 1:

Amin. DIA-lah tempat untuk merayu kasih. Hanya DIA.

NBB:

Pastinya.

Adik Rampai:

Hidup ini perjalanan. Esok lusa pasti sampai ke tujuan. Dan tujuan itu semua tahu tapi alpa dalam melengkapi diri.

Bangku:

Selamat datang Bangku.

Zizie:

Beliau suka ber-sms.

maklang:

Ya dan kami sama-sama aminkan.

panwalla:

sama-sama kita ingat memperingati.

kupunyahati:

Bukan sajak saya tapi dari teman.

Pa'chik

Allahumma Amin.

Masak:

Salam juga. Yang membentuk hidup adalah diri sendiri. Mesti berpandukan kepada kitab NYA.

Iman Mawaddah:

Salam ukhuwah juga dari saya. Muhasabah sebelum dihisab.

Puan dith:

Panjangnya sms sehingga penuh memori. Saya akan anjurkan supaya ustaz itu beli pda dan hantar saja e-mail.

Blackpurple:

Orang Melayu bilang, memikul biawak hidup. Membawa sesuatu yang menyusahkan diri. Bolehkah dibuang? Dengan taubat. Itu janji Allah kepada kita.

Anon 2:

Amin. Allahumma Amin.

Sayuti:

Ya Yut. Terima kasih.

Tuan Pegawai:

Tak apa Tuan, nantik masukkan saja sajak ini ke dalam dialog drama.